Nak kongsi gambar Lagoon Nebula.
Ini merupakan percubaan terbaru untuk merakam lebih banyak maklumat untuk nebula ini. Gambar ini ialah gabungan data yang diambil pada dua malam berlainan.
Pada 16 Mei 2009, saya mengambil data H-a (menggunakan penuras) dengan kamera Canon 300D. Dedahan yang dibuat ialah 300 saat pada 800ASA. Sebanyak 16 gambar berjaya dirakam. Gambar yang diambil diproses dengan IRIS untuk dark frame substraction. Hanya data R (merah) yang diambil.

Pada 4 Jun 2009, saya mengambil data RGB dengan kamera Canon 350D. Oleh kerana ada bulan malam itu, dedahan yang dibuat hanyalah selama satu minit. Sebanyak 30 gambar berjaya dirakam. Berbeza dengan camera Canon 300D yang telah dibuang IR blocking filter, camera 350D ini masih lagi dalam keadaan asal. Tujuan saya mengambil gambar dengan camera ini ialah untuk mengekalkan warna dan saiz bintang.

Dengan menggunakan photoshop, data H-a dan RGB digabungkan.

Teleskop yang digunakan ialah Sky-Watcher Mak-Newt 190 (7.9" F5.1 Mak-Newt) dan EQ6 mount. Autoguided dengan guidedog dan dedahan melalui DSLR control. Diambil dari Balik Pulau, Pulau Pinang.