May 24, 2012, 01:55:29 PM
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Fenomena planet bulan JANUARI 2005  (Read 1618 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1725


shahgazer
« pada: January 01, 2005, 11:26:35 AM »




Utarid & Zuhrah

Bulan ini, Utarid dan Zuhrah akan berkejar-kejaran di langit pagi selepas Subuh. Perhatikan ke arah Timur, sekitar jam 6.30 pagi. Zuhrah akan kelihatan seperti sebuah bintang yang amat cerah lebih kurang 10 darjah dari kaki langit. Ketika ini ia pada tahap magnitud -3.9. Yang menariknya, Utarid akan berada hanya 1 darjah ke atas kiri dari kedudukan Zuhrah. Utarid akan bersinar pada magnitud -0.9.

Pada 10 Jan, pasangan planet ini akan ditemani oleh Bulan sabit tua yang amat nipis. Bulan akan berada 4 darjah ke kanan dari pasangan planet ini pada awal pagi 10hb.

Menjelang akhir bulan, kedua-dua planet ini akan perlahan-lahan semakin rendah ke kaki langit, menyukarkan kita mencerapnya, melainkan kita mempunyai kawasan langit sebelah timur yang luas dan bebas dari sebarang halangan seperti bukit, bangunan dan seumpamanya.

Tandakan kalendar anda pada 14hb, kerana pagi tersebut, Utarid dan Zuhrah akan hanya dipisahkan sejauh 45 arc minit sahaja, iaitu 1/3 darjah. Kurang dari diameter Bulan!

Selepas dari tarikh ini, ia mula berpisah jauh, dengan Utarid berkedudukan semakin rendah ke kaki langit berbanding Zuhrah.


MARIKH

Marikh memulakan bulan Januari ini di langit Timur juga, agak hampir dengan pasangan Zuhrah & Utarid. Secara umumnya, sekitar jam 6.30 pagi, ia akan kelihatan seperti sebiji bintang merah yang kelam, lebih kurang 14 darjah ke atas dari kedudukan Utarid/Zuhrah.

Tetapi awas! Jangan pula kita terkeliru dengan dengan bintang Antares. Bintang yang tercerah di dalam buruj Scorpio ini akan turut berada di kawasan yang sama! Jika Marikh berada 14 darjah ke ATAS kedudukan Utarid/Zuhrah, Antares pula akan berada 10 darjah ke arah ATAS KANAN dari kedudukan Utarid/Zuhrah. Kedua-dua Marikh dan Antares akan berada pada tahap magnitud yang hampir sama.

Pada 8 Januari, Marikh, Antares dan Bulan sabit tua akan membentuk segitiga yang indah. Kesemua 3 objek ini akan berada di dalam lingkungan 3 darjah.

Menjelang akhir bulan, ketinggian Marikh akan perlahan-lahan semakin tinggi, tapi perhatikan bintang Antares sudah semakin jauh meninggalkan Marikh dan akan berada jauh lebih tinggi di langit Timur.


MUSYTARI

Planet Musytari akan mendominasi langit pagi sepanjang bulan Januari. Terbit sekitar jam 1.30 pagi, menjelang Subuh, ia akan berada tegak di atas kepala, kelihatan seperti sebiji bintang yang sungguh cerah. Ia akan berada di persekitaran buruj Virgo sepanjang bulan ini.

Pada 4 Jan, sekitar jam 6 pagi, Bulan akan berada begitu hampir dengan planet ini, sejauh hanya 1 darjah sahaja yang memjarakkkan kedua-dua objek ini! Satu peluang fotografi yang menarik.

Perhatikan juga, jika kita menghadap ke arah Timur dan mendongak ke arah Musytari, kita akan lihat sebiji bintang cerah di kedudukan KANAN BAWAH dari Musytari. Itu ialah bintang Spica, bintang tercerah di dalam buruj Virgo.

Pada 31 Jan, Musytari sekali lagi akan dikunjungi Bulan, dan bersama-sama dengan bintang Spica, ketiga-tiga objek ini akan membentuk satu garisan yang bengkok.

Jangan lepaskan peluang memerhati tarian satelit-satelit tercerah planet Musytari (Io,Europa,Ganymede,Callisto) menerusi teleskop.


ZUHAL

Planet Zuhal akan berada di posisi Istiqbal (Opposition) pada 13 Jan. Ini bermakna ia akan terbit ketika matahari terbenam, dan kelihatan di langit di sepanjang malam. Gelang Zuhal sekarang masih condong pada sudut maksimum 23 darjah ke arah bumi, dan menunjukkan hemisfera Selatan planet Zuhal serta bahagian selatan gelang tersebut.

Sepanjang bulan ini, Zuhal akan menemani bintang Castor dan Pollux, 2 bintang tercerah dalam buruj Gemini. Zuhal akan merupakan 'bintang' yang paling kanan sekali. Ketiga-tiga objek ini membentuk satu garisan yang membengkok.




Uranus, Neptune, Pluto.

Ketiga-tiga planet ini berada hampir dengan matahari, menyukarkan sebarang bentuk pencerapan yang berguna. Uranus dan Neptune berada di langit sebelah petang, manakala Pluto berada di langit sebelah pagi.


Komet MACHHOLZ

Komet Machholz akan berada di dalam buruj Taurus dan dijangka akan bersinar pada magnitud 3.8!

Tandakan kalendar anda pada 7 Jan, di mana komet ini akan melintasi berhampiran dengan gugusan bintang the Seven Sisters, M45. Satu peluang fotografi yang menarik!

Menjelang akhir Januari, ia mula meluncur laju ke arah Utara, dan semakin rendah.
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.089 seconds with 20 queries.