Assalamualaikum wbt.

Imej di atas diambil pada 9 Januari 2005 jam 10 malam dari Sri Damansara. Objektif utamanya ialah untuk cuba ambil mosaic komet ini bersama-sama dengan gugusan M45.
Ketika gambar ini diambil, kedua-dua objek ini dipisahkan sejauh 4 darjah 39 arc minit. Jadi, ia tak muat di dalam single field kamera ccd mintron saya tu. Oleh itu, terpaksa ambil beberapa siri frame gambar dan cantumkan guna photoshop!
Jelas kelihatan kecerahan langit tidak seragam. Ini disebabkan kehadiran beberapa lapisan awan dan ada di langit.
Dan saya belum buat proses lanjutan untuk 'hilangkan' kesan camtuman imej-imej yang diambil.
Setiap frame merupakan tindihan/stack 10 frame video (secara purata) menggunakan Registax.
Terdapat effect field rotation di dalam beberapa frame. Saya terpaksa rotate beberapa imej tersebut supaya ia align dengan sempurna.