Assalamualaikum wbt
Laporan ringkas Konvensyen Astronomi USM.
Alhamdulillah, saya perhatikan secara keseluruhan konvensyen ini berjaya
mengumpulkan begitu ramai pakar-pakar ahli falak, para amatur dan
penggiat astronomi serta peminat am di dalam satu bumbung.Secara
peribadi, saya rasa amat bertuah dan bersyukur kepada Allah kerana telah
dapat mendapat begitu banyak maklumat, ilmu dan idea sepanjang 3 hari
konvensyen ini.
Bertemu sekali lagi dengan En.Ahmad Taufan, supremo balai cerap KUSZA yg
mana kali terakhir jumpa di balaicerap kusza beberapa tahun dulu, serta
En. Shahril (yang kali terakhir jumpa masa seminar teleskop disember
lalu). Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.Ahmad kerana hasil
borak-borak selama 3 haritu, banyak betul ilmu saya dapat, terutama
bab rubuk mujayyab (betul ke ejaannya?). En. Baharrudin pun ada tapi
sempat jumpa kejap je, pasal dengar cerita dah kena balik terengganu
pada hari jumaat 14hb.
Cikgu Kassim dari Balaicerap Al-Khawarizmi, Melaka turut turun padang
dan sama-sama kongsi idea, terutama sekali perihal pembinaan teleskop
dengan Dr. Azhari (JUPEM). Begitu juga dapat bertemu kembali dengan
rakan-rakan dari Melaka, yang pernah sama-sama cerap komet NEAT ketika
hari terbuka balaicerap al-khawarizmi tahun lepas.
En.Azam kita turut sempat jumpa, walaupun sibuk ke hulu-hilir dengan
kotnya, mengawalselia keadaan konvensyen, bersama-sama dengan En.Nik
Khusairie. Azam habis di promote habis-habisan software Starry Night! hehehe
Alhamdulillah dapat juga bersemuka akhirnya dgn rakan-rakan list
falak-net dan falak-online, seperti mior (dah ok ke sakit perut tu?),
azwan astronomer, botok dll.
Dan gembira juga dapat jumpa kulkukan dan team dari persatuan astronomi
sarawak. Terkilan sikit pasal tak sempat nak bergambar kenang-kenangan.
Prof Madya Dr.Zaidan dan team AIG dari UPM juga ada hadir sama-sama.
Jeles tengok kamera canggih prof zaidan ...
Dan lain-lain yang mungkin saya tertinggal..... memang class dan
berbaloi pergi konvensyen ni!
Dari segi ilmu, saya cukup kagum dengan kreativiti amatur-amatur dari
Penang, seperti CK Lim ( dari company Perseids ) dan En. Lee (salah
seorang ahli kelab astronomi usm) yang mana telah membuat sendiri
teleskop buatan sendiri, jenis dobsonian. Perbincangan ringkas dengan
mereka, boleh saya rumuskan bahawa aktiviti membuat teleskop sendiri
boleh dilakukan oleh SESIAPA sahaja, kerana dari segi konsepnya, mudah.
Dan bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan-bahan yang boleh dicari
di keda-kedai hardware. Apabila saya lihat sendiri teleskop En. Lee (
foto nombor 2 ), semangat saya berkobar-kobar nak cuba buat sendiri!
Semasa malam cerapan tu, agak malang cuaca mendung, walaupun pada
awalnya, sempat tengok Saturn sekejap, tetapi ia terus mendung
sehinggalah sekitar jam 11.30 malam, yang mana tiba-tiba sahaja langit
bebas dari awan!!! Bagi yang belum balik masa tu, memang beruntung sebab
dapat tengok banyak jugak objek, termasuk komet Machholz, Zuhal, M42,
M45 dan beberapa star cluster lain di sekitar buruj Auriga dan Gemini.
Tapi tu semua dalam masa 1/2 jam saje, kerana selepas itu, awan terus
menyelubungi langit. Allah memang nak uji kesabaran pengunjung malam tu!
dan telah menghadiahkan 1/2 jam yang cukup perfect!
Konsep kaedah Video Astronomi yang saya cuba ketengahkan pada malam itu,
saya rasa agak berjaya. Kerana dari segi perkongsian dan penyaluran
maklumat, adalah jauh lebih mudah untuk terangkan menerusi tv,
berbanding secara individu menerusi teleskop. Malah, jika malam tu saya
tak guna mintron tu, rasanya ramai yang tak dapat appreciate keindahan
objek-objek samawi, terutama sepeti Orion nebula, Seven Sisters dan
planet Zuhal. Ada komen dari falak-netters?
Dengar cerita ada 138 teleskop semuanya! Tahniah diucapkan kpd pengelola
kerana berjaya mengumpul ramai peserta.
Cuma izinkan saya komen sedikit sebagai bahan post-moterm pihak
organizer. Saya perhatikan adalah lebih baik jika setiap peserta di
allocatekan tempat atau petak khas dalam sususan yang teratur. Ini bagi
memudahkan pengunjung yang datang melawat satu per satu teleskop yang
ada tanpa rasa keliru. Apa yang saya dapati malam tu, memang cukup
serabut! mengalahkan pasar malam! Ada tempat yang sempit sangat nak
lalu, ada yang kosong, malah kebanyakkan tertumpu ke arah stage utama
atau srkin utama, walhal padang kawad tu seluas mata memandang!
Then, isu power supply yang tak teratur. PC Azam sendiri telah reboot 10
kali pasal current terputus!. Saya berpendapat, susunan wayar yang lebih
baik dengan mengambil kira peserta yang akan menggunakan elektrik amat
penting dalam kes macam ni.
Dan last, since konvensyen ni julung kali diadakan, patut lepas sesi
stargazing tu, semua pserta ramai-ramai bergambar (macam style texas
star party lah) buat kenang-kenangan, barulah rasa ada 'conclusion' nya.
Tak pasti pulak petang Ahad semasa penutup tu ada bergambar, pasal saya
dah kena balik KL masa tu..
Namun begitu, anggaplah teguran di atas sebagai teguran membina.
Maklumlah kali pertama buat sebesar ini, jadi banyak lah kena belajar.
Secara keseluruhan, dari sudut pengunjung, saya dapati konvensyen ini
cukup berjaya dari segi perkongsian maklumat di kalangan peminat dan
penggiat astronomi.
Kita tunggu pula konvensyen 2006 pulak!.....
Wallahualam