Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Sambil belek-belek teleskop meriam buluh yang makin uzur ni.. saya terfikir, jika seorang tu mempunyai beberapa buah teleskop atau pernah guna jenis-jenis yang berlainan.. agak-agaknya mana yang paling berguna untuk dirinya.
Berguna bermaksud dari segi kepuasan diri, apa yang dapat dicerap etc etc.
Setakat ini, saya dah guna Meade LX90, Dobsonian dan Equinox+HEQ5, dan bino 9x63...
Setiap satu ada kelebihan dan kepayahan...
Tapi secara umum, hati saya tetap kepada Dobsonian veteran tu!

Senang nak pasang, aperture cukup besar.. tak banyak kerenah... bab kata orang, bila dah terkena je 'aperture fever', kita tak akan pandang ke belakang lagi.. mesti nak cekup yang lebih besar!
Mungkin tahun 2010 ni, buat target baru... kembali ke Dobs... atau mungkin Giant Bino!

your experience?