May 24, 2012, 06:40:53 PM
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Laporan Kursus Penentuan Awal Bulan Hijri  (Read 920 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
stargazer
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 139


http://astronomi-falak.blogspot.com/

penembak_88
WWW Email
« pada: December 13, 2009, 11:41:33 PM »

Kursus Penentuan Awal Bulan Hijri telah berlangsung dengan jayanya pada 12 dan 13 Disember, bertempat di Kompleks Falak Al Khawarizmi, (KFAK) Melaka. Kursus ini dianjurkan oleh Persatuan Falak Syarie Malaysia dengan kerjasama Jabatan Mufti Melaka.

Kursus ini telah dihadiri kira-kira 30 orang dari serata negeri di tanah air dan pelbagai lapisan peringkat umur. Kursus ini yang bermula pada pagi Sabtu berakhir pada tengahari keesokan harinya. Antara pembentang-pembentang modul adalah, Tuan Syed Kamaruzzaman, Dr. Kassim dan Ustaz Sabarudin. Modul-modul dijalankan di dalam kelas, makmal dan lapangan.

Pada hari pertama di sebelah pagi, modul dijalankan di dalam kelas. Pada waktu petang modul diadakan di dalam makmal komputer untuk mendedahkan kepada peserta kursus mengenai perisian atau software yang dihasilkan untuk aplikasi falak. Antara perisian yang didedahkan kepada peserta adalah accurate times, hasil usaha Mohamed Odeh, Moon calculation hasil kerja Dr Manzor dan simulasi fasa bulan dan gerhana hasil daripada En Rahonny. Pada sebelah malamya, cerapan dilakukan di pelantar balaicerap robotik. Antara objek yang dicerap adalah buruj Orion, Taurus, Cassiopea dan Pegasus serta planet Mustari, Nebula Orion, bintang Sirius dan Galaksi Andromeda menggunakan teleskop, Binokular dan sepasang mata kurniaan Ilahi.

Hari Kedua bermula pada 9 pagi dengan pembentangan ekspedisi gerhana matahari ke china oleh Dr. Kassim. Selepas itu disambung dengan modul Taqwim oleh Tuan Syed dan akhir sekali Muktamar Sanawi Persatuan Falak Syarie Malaysia. Beberapa usul dan cadangan yang bernas telah dikemukan oleh para peserta untuk meningkatkan lagi imej persatuan.

Sekian, Wassalam


Tuan syed menunjukkan Astrolab yang baru diperolehinya


Ust. Sabarudin bertukar pandangan dengan peserta


Para peserta di pelantar cerapan


Muslimah ini sedang mencerap Seven Sisters


Pendedahan awal yang bagus untuk Si Cilik


Dr. Kassim membentangkan laporan ketika Muktamar


sesi bergambar bersama peserta kursus
« Last Edit: December 13, 2009, 11:45:55 PM oleh stargazer » Logged

sunlay
Kapten Sistem Solar
***
Offline Offline

Posts: 75

lamanindah@hotmail.com
Email
« Reply #1 pada: December 14, 2009, 08:00:33 PM »

salam... ade g kursus skali x??
Logged
stargazer
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 139


http://astronomi-falak.blogspot.com/

penembak_88
WWW Email
« Reply #2 pada: December 14, 2009, 08:47:28 PM »

salam... ade g kursus skali x??

wassalam..
saya join kursus pada petang sabtu...
pagi tersebut saya tlg installkan software pada makmal komputer...
Logged

shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1726


shahgazer
« Reply #3 pada: December 14, 2009, 10:39:40 PM »

salam... ade g kursus skali x??

wassalam..
saya join kursus pada petang sabtu...
pagi tersebut saya tlg installkan software pada makmal komputer...

aiseyman, rugi tak dapat nak join  evil

tak de buat cerapan Geminids ke?
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
sunlay
Kapten Sistem Solar
***
Offline Offline

Posts: 75

lamanindah@hotmail.com
Email
« Reply #4 pada: December 15, 2009, 07:29:10 AM »

salam... ade g kursus skali x??

wassalam..
saya join kursus pada petang sabtu...
pagi tersebut saya tlg installkan software pada makmal komputer...

aiseyman, rugi tak dapat nak join  evil

tak de buat cerapan Geminids ke?


salam sifu .... sy ikut sama dlm kursus ..... tapi mlm tu tak turun join cikgu kassim cerap geminds jam 2pg ... sebelum tuh antara jam 10 mlm hingga 11.30 sambil tunggu cikgu mohd nor g ngeteh di pangkalan balak dapat 3 biji  .... cahaya terang kws kompleks membatas penglihatan ... di pengkalan balak jumpe ngan group petronas nak cerap geminds di hujung pantai pangkalan balak ..
Logged
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.134 seconds with 20 queries.