Kursus Penentuan Awal Bulan Hijri telah berlangsung dengan jayanya pada 12 dan 13 Disember, bertempat di Kompleks Falak Al Khawarizmi, (KFAK) Melaka. Kursus ini dianjurkan oleh Persatuan Falak Syarie Malaysia dengan kerjasama Jabatan Mufti Melaka.
Kursus ini telah dihadiri kira-kira 30 orang dari serata negeri di tanah air dan pelbagai lapisan peringkat umur. Kursus ini yang bermula pada pagi Sabtu berakhir pada tengahari keesokan harinya. Antara pembentang-pembentang modul adalah, Tuan Syed Kamaruzzaman, Dr. Kassim dan Ustaz Sabarudin. Modul-modul dijalankan di dalam kelas, makmal dan lapangan.
Pada hari pertama di sebelah pagi, modul dijalankan di dalam kelas. Pada waktu petang modul diadakan di dalam makmal komputer untuk mendedahkan kepada peserta kursus mengenai perisian atau software yang dihasilkan untuk aplikasi falak. Antara perisian yang didedahkan kepada peserta adalah accurate times, hasil usaha Mohamed Odeh, Moon calculation hasil kerja Dr Manzor dan simulasi fasa bulan dan gerhana hasil daripada En Rahonny. Pada sebelah malamya, cerapan dilakukan di pelantar balaicerap robotik. Antara objek yang dicerap adalah buruj Orion, Taurus, Cassiopea dan Pegasus serta planet Mustari, Nebula Orion, bintang Sirius dan Galaksi Andromeda menggunakan teleskop, Binokular dan sepasang mata kurniaan Ilahi.
Hari Kedua bermula pada 9 pagi dengan pembentangan ekspedisi gerhana matahari ke china oleh Dr. Kassim. Selepas itu disambung dengan modul Taqwim oleh Tuan Syed dan akhir sekali Muktamar Sanawi Persatuan Falak Syarie Malaysia. Beberapa usul dan cadangan yang bernas telah dikemukan oleh para peserta untuk meningkatkan lagi imej persatuan.
Sekian, Wassalam

Tuan syed menunjukkan Astrolab yang baru diperolehinya

Ust. Sabarudin bertukar pandangan dengan peserta

Para peserta di pelantar cerapan

Muslimah ini sedang mencerap Seven Sisters

Pendedahan awal yang bagus untuk Si Cilik

Dr. Kassim membentangkan laporan ketika Muktamar

sesi bergambar bersama peserta kursus