May 24, 2012, 06:41:59 PM
News: Portal Falak Online sedang menjalani proses pengubahsuaian dan penyelenggaran tahunan. Harap Maaf atas segala kesulitan yang mungkin berlaku
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Eta Carinae Nebula & Tarantula Nebula  (Read 2079 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1726


shahgazer
« pada: January 26, 2005, 04:53:46 PM »

Eta Carinae Nebula merupakan satu nebula gergasi yang cukup enigmatic di dalam buruj Carina (sebuah buruj di langit selatan). Jika ia berada cukup tinggi di langit, ia akan lebih mudah dilihat, malah semudah Orion Nebula. Namun, disebabkan koordinatnya yang hampir dengan poin Selatan, ia tak akan berupaya mencapai ketinggian lebih dari 30 darjah.

Tarantula Nebula pula ialah sebuah nebula yang terletak di dalam Galaksi satelit kita, iaitu Large Magellanic Cloud (LMC). Tetapi ia sungguh besar dan bercahaya, sehingga kita masih boleh melihatnya dengan mudah menerusi teleskop. Dikatakan, jika kita letakkan Tarantula Nebula pada kedudukan dan jarak Orion Nebula, ia akan menutupi keseluruhan buruj Orion!

Saya agak terkejut apabila cubaan saya mengambil kedua-dua objek ini membuahkan hasil. Ini disebabkan kondisi langit ketika rakaman video diambil tidak bagus untuk deep-sky:
1. Bulan mengambang cerah di langit Timur di dalam buruj Gemini
2. Langit silau dengan cahaya bulan, sehingga bintang sekitar magnitud 3 hingga4 sahaja yang mampu bercahaya dan dilihat dengan mata kasar
3. Altitud kedua-dua objek ini hanya antara 14 hingga 16 darjah sahaja dari kaki langit, dan betul betul berada di atas bumbung rumah jiran!!

Di bawah ialah imej wide-field yang diambil oleh kamera digital Sony Cybershot DSC-P73 dedahan selama 30 saat. Ia merupakan kawasan langit Tenggara (SouthEast). Keadaan langit lebih kurang seperti dalam gambar, tetapi jumlah bintang yang dirakam menerusi kamera tersebut jauh lebih banyak dari apa yang dapat dilihat menerusi mata kasar. Saya juga telah menandakan posisi buruj-buruj Carina, Vela dan Pictor, serta kedudukan objek Eta Carinae Nebula dan Tarantula Nebula



Alhamdulillah cuba lihat hasilnya. Imej di bawah diambil menerusi teleskop LX90 8 inci.



Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
botok
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 163


« Reply #1 pada: January 30, 2005, 06:18:51 PM »

Wah cantik shah! malang sekali langit selatan kat rumah saya nih teruk betul pollution (mengadap bandar alor setar yang menara alor setarnya tak pernah padam spot light!) kalau tak nak gak cuba locate. Tapi pada gambar shah tu apa bintik2 hitam yg muncul pada imej? Lens kotor ker?



Gambar sebelah kiri tuh cantik sungguh mesti guna APO tuh.. contrast cantik!
Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1726


shahgazer
« Reply #2 pada: January 30, 2005, 06:28:47 PM »

hahaha.. memang kotor pun! embarassed   Puas dah guna hand blower , tapi asyik ada je. Ada idea lain camne nak hilangkan?

Lagipun imej tu tak guna dark frame method, terlupa nak ambil. Jadi memang jelas betul bintik-bintik habuk tu..
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 1.114 seconds with 20 queries.