Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.
Sedikit laporan bergambar yang sempat dibuat.
Saya, Redzuan dan Team dari Planetarium Negara bersama-sama dengan KZ bersama dengan team LNO telah melakukan sesi cerapan umum Gerhana Matahari Separa di Kompleks Pekan Rabu, Langkawi.
Cuaca Alhamdulillah dari awal 1st contact sehingga tamat 4th contact amat baik, dengan hampir 99% pencerapan kami dibuat dalam langit yang bebas tanpa awan dan angin bertiup kencang!
Cadangan awal untuk melakukan Live dari sana agak terbantut kerana tak cukup tangan! Simpati kepada bro Redzuan dan team kerana untuk mengendalikan ribuan orang yang hadir dengan hanya ada kurang dari 10 orang agak kelam kabut.
Saya cuba upload beberapa keping gambar dan hanya sempat sebaik sebelum maksimum. Lepas tu dah tak mampu kerana terpaksa melayan tetamu dan buat fotografi. Mohon maaf buat semua. Tangan hanya ada 2 je..

Server Falak Online boleh diaccess sepanjang gerhana dari Langkawi. Saya check bandwidth untuk 15hb sahaja naik melebihi 15GB! berbanding average 300-400 Mb sehari!! dan 102 permohonan baru ahli forum dalam masa 24 jam!

Saya tak sure berkenaan dengan video streaming dari web ANGKASA, kerana dari sana agak susah nak bukak webpagenya. Ada sesiapa yang dapat access video streaming tersebut?

Walaubagaimanapun, semua telah tamat dan berjalan lancar.... dan berikut adalah berita dalam gambar....
(WARNING! ada 36 gambar dalam laporan ini)(Kredit: Melainkan dinyatakan digambar, semua foto adalah sumbangan oleh Redzuan dari Planetarium Negara)
Keadaan cuaca di Langkawi sepanjang sesi cerapan. Setup teleskop di stesyen saya ialah C8(Angkasa's) di atas mount HEQ5 (Saiful's). Di belakan tu, Mallincam pada lens 300mm Tamron

En.KZ dari LNO yang cool and steady..


Sekitar tengahari, sebelum masuk solat Jumaat, beberapa adik-adik kita telah singgah menjenguk ketika persiapan sedang di jalankan.

Sementara orang tak ramai, bergambar je la ...

2 buah kiosk telah dipasang untuk tatapan umum. Di bawah ialah kiosk di stesyen KZ di mana beliau akan pancar imej gerhana yang diambil menerusi teleskop Coronado (nun jauh di belakang tu... )

Stesyen KZ.. do not disturb!


Di sinilah saya ditempatkan. Foto yang diambil menerusi C8 akan dimuaturun di PC untuk di-resize, upload ke laman web FO... cadangnye la..


Sebaik sahaja tamat solat Jumaat, kami diserbu dengan orang ramai yang datang bagai ombak.. berduyun-duyun. 2 buah teleskop, LX200 8" dan Celeston C11 telah dipasang di sebelah kawasan khemah untuk cerapan menerusi eyepiece. Perhatikan penapis Thousand Oaks yang dipasang di hadapan teleskop tersebut.

Orang kuat program di Langkawi, bro Redzuan.. tangan tokey ada nampak sebelah kiri bawah... huhu

Di stesyen Kiosk lagi satu, paparan video gerhana yang diambil menerusi Mallincam dan lens 300mm dipaparkan terus ke skrin. Dan di sebelahnya, perisian Stellarium turut dipaparkan dengan waktu terkini. Pengunjung dapat buat perbandingan antara yang sebenar dan simulasi.

Cik Aishah kita dari LNO sedang mengendalikan Mallincam secara manual..guna tripod kamera je masa tu..

Orang ramai makin... ramai...

Bak kata orang.. Murphy's Law sentiasa berlaku pada saat-saat kritikal. Entah mengapa setup equipment saya ni tak mahu ikut perintah.. apa lagi... ke hulu hilir dari PC ke Teleskop kena buat adjustment... penat wooo...

Krew pemberita dari stesyen television turut merakam gerhana menggunakan kaedah tersendiri.

Satu sudut pandangan dari tepi ke arah kawasan khemah di mana kami lakukan cerapan.


Lagi suasana orang ramai yang hadir


di Stesyen KZ, imej matahari menerusi Coronado yang telah diproses dan stack melalui rakaman video dipancarkan terus ke skrin.

Krew berita RTM dan Astro Awani sedang menemuramah bro Redzuan... control kening bro..


Seperti biasa, cameraphone merupakan equipment paling efektif untuk merakam gerhana... pada skrin ..


Imej matahari yang terhasil daripada lubang-lubang topi koboi yang kami pakai.... kaedah pin-hole camera, paling selamat paling seronok!

Bagi yang takde topi.. jari pun jari lah...

Pengunjung cilik tidak melepaskan peluang melihat menerusi cermin mata khas gerhana ... steady dik..

Mana aci... orang lain dapat tengok... tokey nak tengok jugak la.. macam kukenal je t-shirt tu..tapi di mana yek..

Menunggu 4 tahun untuk merakam kembali cara sebegini... berjaya akhirnya!


Tukar plan, teleskop C8 terpaksa dipindah ke backup mount GP...

..stesyen KZ tetap jadi tumpuan...


..tetapi stesyenku, mana pigi lari semua orang..?


Pelik bin Ajaib, kenapa ramai bebenor ke stesyen KZ ni... nak tengok jugak la... pinjam ilmu sikit..


Yes... berjaya jugak kumpul ramai-ramai... hehe.. ilmu berguna ni

Para pelajar dari MRSM Langkawi... stready dik.. setia menunggu sehingga akhir

Mana aci.. kami pun nak posing gak..


Aktiviti tamat sebaik sahaja 4th contact. Tahniah kepada team Planetarium Negara dan LNO kerana berjaya mengendalikan program walaupun dalam amat terhad kakitangannya.

