Alhamdulillah aktiviti cerapan dan talk show di Surau As-Sakeenah telah berjalan dengan jayanya.
Walaupun hujan lebat menjelang Maghrib, masih ramai rakan-rakan dari FO yang sudi datang juga untuk membantu.. tabik dan salute!!

Terima kasih kepada
1. Redzuan, Farahana dan team ANGKASA/Planetarium
2. Pak Aziz yang serba evergreen
3. Bro Saiful yang datang dari pejabat sebelah
5. Farhana dan Aima (best fren sana sini)
4. Team dari unit Falak Jabatan Mufti Selangor
Sebaik tamat sesi syarahan, sekitar jam 11, awan mula buka sedikit demi sedikit. Bulan main sorok-sorok. Tapi para hadirin yang masih menunggu dapat juga meneropong bulan.
Dan menjelang waktu tutup kedai, seperti biasa tiba-tiba langit terbuka dan Zuhal mula jelas kelihatan tegak atas kepala. Memang rezeki bagi yang masih kekal sehingga lewat tengah malam.
Terima kasih buat tuan rumah (Surau As-Sakeenah) kerana sudi menerima kedatangan kami. Mudah-mudahan dipanjangkan aktiviti ini lagi, InsyaAllah.
Photos anyone?