Assalamualaikum WBT.
Buat julung kalinya, sebuah aktiviti bersama dengan kumpulan peminat astronomi dari Singapura, iaitu Singastro, akan diadakan pada tempat dan tarikh berikut:
Lokasi:
Punggai, Johor (berhampiran Desaru)
Tarikh:
19-21 Mac 2010 ( 3D2N )
Aktiviti stargazing di Punggai merupakan aktiviti tahunan group Singastro. Jadi, ini merupakan kali pertama group Falak Online akan turun padang turut serta mencerap bersama mereka.
Dikhabarkan langit di sana cukup baik sekitar bulan Mac ini, Bima Sakti 'bersepah' sana sini..
Bagi tempat tinggal, chalet di Punggai sudah penuh di-book oleh Singastro. Jadi, sekarang Pak Aziz (yg berada di sana sekarang) sedang bantu recee2 untuk chalet2 yang lain yang berhampiran. Tetapi lokasi cerapan dijangkakan akan bersama-sama dengan group Singastro di chalet Punggai. Sifu dari Singapore, Remus akan turut serta.
Tarikh tersebut ialah weekend terakhir sebelum habis cuti sekolah awal tahun. Oleh itu, sesiapa yang berminat, kena cepat2 booking.
Untuk ahli FO, kenderaan adalah masing-masing. Mungkin boleh tumpang sana-sini jika ada kekosongan. Perjalanan sekitar 4-5 jam.
Saya alu-alukan
sesiapa yang ingin organize dan uruskan accomodation di sana, jika ada. Kalau tidak, kita akan bergerak dan tinggal di tempat preference masing-masing, dan mencerap bersama-sama pada waktu malam tersebut.
Ada lebih kurang 6 minggu sebelum event. Boleh rancang awal. Kalau bawak famili pun lagi ok.. boleh jadikan hari keluarga FO..

Maklumat lanjut boleh dilihat di
SINI.
Gambar chalet di Punggai di
SINI.
(Credit to Pak Aziz kerana bagi info di atas)
Jom pakat-pakat cerap!