May 24, 2012, 07:25:56 PM
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Marikh bertemu M22 pada 18-19 Feb 2005  (Read 1522 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1726


shahgazer
« pada: February 11, 2005, 04:25:31 PM »

Assalamualaikum wbt

Di antara kejadian langit yang saya rasakan amat menarik untuk dicerap ialah suatu fenomena yang saya suka gelarkan sebagai  planetary rendezous atau persinggahan planetari. Istilah ini bertitik-tolak daripada kejadian planet-planet yang sedang perlahan-lahan merantau atau bergerak di celah-celah bintang di langit, dan pada satu-satu ketika planet ini akan menghampiri sesebuah objek-objek samawi lain, seperti gugusan  bintang, nebula atau galaksi. Jarak di antara planet dan objek tersebut hendaklah begitu hampir sehingga membolehkan kita melihat kesemua objek tersebut di dalam satu medan penglihatan sesebuah binokulars ataupun mungkin teleskop.

Setahun dua yang lepas, planet Zuhal berada begitu hampir dengan Nebula Ketam, atau lebih dikenali sebagai Crab Nebula. Tetapi disebabkan cahaya planet Zuhal terlalu cerah, menyebabkan cahaya Nebula Ketam ditenggelami terus!

Kini, kita berpeluang sekali lagi untuk menyaksikan sebuah lagi fenomena singgahan planetari, yang melibatkan planet Marikh dan gugusan globular M22.

Secara umumnya, keadaan fizikal kedua-dua buah objek ini sangat berbeza. Marikh merupakan sebuah planet yang tidak mengeluarkan cahaya, tetapi memantulkan cahaya daripada matahari. Jaraknya agak hampir dengan bumi, iaitu sejauh 16 minit cahaya. Kita selalu dengar istilah Tahun Cahaya, yang melibatkan bintang-bintang dan objek-objek di luar sistem suria. Tetapi di dalam kes planet-planet di sekeliling kita, jaraknya begitu hampir sehingga cahaya hanya perlu mengambil beberapa minit atau jam sahaja untuk sampai ke bumi. Bagi Marikh, cahaya darinya hanya perlu mengambil masa 16 minit sahaja.

Gugusan globular M22, merupakan sebuah gugusan bintang jenis globular, iaitu berbentuk sfera, yang terdiri daripada beratus-ribu biji bintang yang mengorbit di dalam satu pusat gugusan yang sama. Jaraknya dari bumi ialah sekitar 10,000 Tahun Cahaya! Menerusi teleskop kecil, ia akan kelihatan seperti sebuah kawasan putih, seperti sejemput awan putih tanpa sebarang bintang yang kelihatan. Tetapi jika kita menggunakan teleskop 8 inci ke atas, M22 akan menjadi sebuah bebola yang terdiri daripada beribu-ribu bintang-bintang yang halus-halus. Satu pemandangan yang cukup indah!

Berbalik kepada fenomena singgahan planetari itu tadi, pada 18 dan 19 Feb nanti, Marikh dan M22 dijangka akan berada di dalam kawasan yang jauh lebih kecil dari diameter Bulan! Ini bermakna jika sebelum ini, kita dapat melihat keseluruhan bentuk bulan di dalam medan penglihatan yang sama, pada tarikh 18 dan 19 nanti, InsyaAllah kita tidak akan mempunyai masalah untuk melihat Marikh dan M22 sekaligus!

Sebagai panduan maklumat teknikal:
18 Feb 2005 - Jarak sejauh 33 arc minit
19 Feb 2005 - Jarak sejauh 21 arc minit

Peta dibawah merupakan simulasi pengiraan yang dibuat menggunakan perisian Skymap Pro 8. Ia menunjukkan kedudukan planet Marikh selang beberapa hari (garisan kuning).



Peta di bawah pula ialah keadaan langit sebelah Timur pada jam 6 pagi, pada tarikh-tarikh sekitar 18 dan 19 Feb 2005 nanti. Kedudukan Marikh pada jam tersebut akan berada sekitar 30 darjah atas kaki langit.



Apa lagi, jom teropong!
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1726


shahgazer
« Reply #1 pada: February 19, 2005, 12:30:28 PM »

Assalamualaikum wbt

Langit pada awal pagi 18 dan 19 di Sri Damansara agak berjerebu dan tidak membolehkan sebarang cerapan yang bermakna terhadap fenomena "singgahan planetari" antara Marikh dan M22 ini.

Ada sesiapa yang berjaya merakamnya?
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.175 seconds with 20 queries.