February 09, 2012, 02:28:03 PM
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Sertai GLOBE at NIGHT!  (Read 551 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
redzuan
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 744


Email
« pada: March 05, 2010, 06:16:52 PM »

(mungkin moderator boleh masukkan di dalam forum yang lebih sesuai?)

Anda ingin membantu rakan-rakan di Planetarium Negara dan juga rakan-rakan lain dari serata Malaysia?

Sekarang adalah peluang anda untuk berbuat demikian dengan cara mengukur kecerahan langit malam diluar rumah anda antara 3-16 Mac ini.

Untuk pengetahuan semua, langit yang gelap tanpa sebarang pencemaran cahaya adalah langit yang terbaik untuk tujuan cerapan bintang dan pelbagai objek di langit malam. Jika terdapat cahaya yang kuat menyinari langit, seperti lampu simbah yang terdapat di taman hiburan, maka cahaya bintang yang jauh lebih malap akan tenggelam dan tidak kelihatan. Bukan sahaja lampu, Bulan juga merupakan salah satu faktor langit menjadi terang dan menyukarkan peminat astronomi untuk melihat bintang dan objek malap lain.

Bagaimana cara paling mudah untuk mengenali tahap kecerahan langit di tempat anda? 

   1. Pastikan tiada bulan dilangit
   2. Jarak anda dari sumber cahaya yang paling dekat tidak kurang dari 100m
   3. Ambil masa sekitar 1 minit untuk mata anda mengadaptasi kepada keadaan persekitaran yang gelap
   4. Kenal pasti Buruj Orion dan bandingkan dengan peta bintang Orion ini (dibawah)
   5. Dapatkan lokasi anda dalam bentuk latitud dan longitud melalui GPS atau menggunakan peta disini
   6. Hantarkan keputusan anda kepada planetariumweb@angkasa.gov.my atau redzuan@angkasa.gov.my


Panduan Bintang Buruj Orion - kenalpasti tahap magnitud kecerahan langit anda daripada peta bintang dibawah:
Logged

Astronomers believe that space is not a complete vacuum- there are three atoms per cubic meter...
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.373 seconds with 20 queries.