Assalamualaikum.
Saya teringat sewaktu saya masih kecil dahulu, saya ternampak sesuatu di langit Sarawak (Kem Batu Kawah). Ia seperti bintang, tetapi apa yang berbeza, ia seolah-olah mempunyai
bayangan mengikutinya, sukar nak diceritakan dengan kata-kata, jadi saya telah membuat satu
ilustrasi mengenai apa yang saya nampak.

Maaflah jika x cantik.
Saya yakin ia adalah objek samawi, kerana ia tidak bergerak dengan laju dan dapat dilihat pada malam-malam berikutnya (saya x ingat berapa lama ia dapat dicerap, ada tempoh macam komet)
Saya juga x ingat umur saya berapa tahun, tetapi saya anggarkan ia berlaku dalam tahun 1993-1996.
Yang anehnya, saya teringat pula tentang kejadian ini masuk dalam TV3

.
Saya berharap sangat nak tahu, apa yang saya tengok malam tu, adakah ia komet? jika benar, maka amat aneh untuk sebutir komet untuk mempunyai ekor sedemikian (berbayang-bayang).
Jika sesiapa tahu dan ingat akan perkara ni, harap boleh beritahu apakah objek tersebut sebenarnya, dan kalau boleh, berserta dengan gambar sebenarnya.
(P.S:Memory can change over time, but im feeling so sure about this)