
Assalamu'alaikum. Bertemu kembali pada hari ini yang ceria. Saya ambil kesempatan untuk menyambung semula penjelasan mengenai aspek filtering bagi imej CCD. Jika ada yang berminat untuk mencuba memproses imej CCD, sila ke website Hubble Heritage Project di sini
http://heritage.stsci.edu/Semalam saya telah proses imej galaksi Sombrero yang didownload dari website berkenaan tetapi imej asal bagi galaksi ini hanya disediakan dalam low resolution iaitu 800 x 448 pixels sahaja. Malang sekali sebab saya tak dapat nak proses guna imej high resolution, kalau ada High Definition lagi baik. Tapi takperlah cuma lagi hasil prosesan masih tetap baik namun tak begitu puas hati sebab tak boleh nak "belasah" team Hubble

Takper, saya upload kat sini imej yang asal dari website berkenaan sebelum diproses:



Tentu ada yang akan bertanya kenapa semua imej asal ni hitam putih? Jawapannya ialah walaupun imej-imej ini semuanya hitam putih tetapi ia dirakam menurut filter yang menapis julat gelombang optik yang tak sama, sebagai contohnya Red (0.625 mikrometer), Green (0.555 mikrometer) dan Blue (0.435 mikrometer). Lebih 'Blue', julat gelombang akan menuju terus ke rantau gelombang elektromagnet Ultra-Violet, Xray dan Gamma. Selalunya imej yang dianggap kebiruan dalam imej UV dan XR sebenarnya imej tiruan (false color). Imej-imej ini tidak diwarnakan merah dan sebagainya kerana lazimnya warna hijau mewakili optikal (visible light atau cahaya nampak) sedangkan warna merah mewakili rantau infrared, sebagai contohnya semua imej IR yang diambil oleh teleskop Spitzer adalah merah belaka.
Sekarang saya memasukkan warna merah, hijau dan biru kedalam imej-imej tadi:



Sebenarnya sama ada saya mewarnakan merah, hijau ataupun biru kedalam imej-imej tadi, itu bukanlah kerana saya ingin menjadikannya imej tersebut sebagai RGB setelah diproses untuk menghasilkan imej sebenar padahal imej RGB akan bertukar menjadi warna sebenar walaupun imej yang kita gunakan adalah hitam dan putih setelah dibuat tindihan menggunakan perisian yang bersesuaian.
Imej galaksi Sombrero yang telah ditindihkan menjadi begini:

dan selepas diproses untuk menampakkan struktur tengah dan juga sekeliling galaksi dengan lebih jelas:

Bandingkan pula dengan imej yang telah diproses oleh team Hubble:

Saya tak berpuas hati sebab saya tidak dapat memproses sehingga struktur yang menyilaukan di tengah pusat galaksi dikurangkan kerana saya tidak mempunyai imej yang tinggi resolusi sedangkan team Hubble menggunakan imej resolusi tinggi sebab itulah ada perbezaan di sini. Namun begitu imej yang saya proses dianggap OKlah.
Imej asal saya ambil kat sini:
http://heritage.stsci.edu/2003/28/original.htmlApa kata kalau kita buat tindihan silang terhadap semua channel iaitu RGB kepada RBG, GRB, GBR, BRG dan BGR:
Turasan RBG:

Turasan GRB:

Turasan GBR:

Turasan BRG:

Turasan BGR:

Kenapa perlu ada turasan lain? Bagi seseorang penganalisis imej, turasan sebegini adalah penting untuk mengetahui apa-apa perbezaan dalam imej yang dapat memberikan tafsiran terhadap data yang diambil. A picture is worth than a thousand words but a spectrum is worth than a thousand images!
OK sekarang mari lihat beberapa imej cakerawala yang telah saya buatkan satu jadual dalam julat gelombang masing-masing yang dirakam oleh tiga jenis satelit berbeza:

So, bagi pertanyaan ini:
Saya x tahu apa yang X-ray image boleh bagitahu kita, tapi Sinar inframerah menunjukkan kewujudan haba kan?
Apabila kita melihat kepada gambar sinar X bagi galaksi Sombrero, kita perlu faham bahawa kepancaran sinar X di kawasan galaksi ini adalah sangat dahsyat sebab ia memancar jauh ke angkasa luar berpuluh-puluh ribu bahkan ratusan ribu tahun cahaya dari pusat. Inilah kenapa para pakar astronomi mengatakan galaksi Sombrero adalah di antara sekian banyak galaksi yang mempunyai sinaran X yang sangat hebat di alam semesta dan mereka membuat kesimpulan bahawa galaksi Sombrero adalah galaksi yang sangat aktif dan mempunyai 800 ribu juta bintang yang sedang meruntuh ke pusat. Ini bermakna ada black hole yang sangat tumpat di sini! Galaksi Bima Sakti kita tak sedahsyat ini. So, adakah akan wujud makhluk asing di galaksi Sombrero? Sudah tentu tidak wujud sebab di titik cakera paling hujung sekalipun tidak terlepas daripada sinaran X maha dahsyat yang membawa maut ini! Titik-titik biru yang terletak di luar dari rantau aktif galaksi Sombrero pula adalah bintang-bintang luar yang juga memancarkan sinar X. Jika kita perhatikan imej optikal (hijau) Sombrero akan didapati rantau dalam adalah amat cerah hingga sukar hendak dilihat struktur tengah. Ini bermakna, dalam julat optikal pun kita sudah tahu bahawa galaksi ini sangat kuat radiasinya hingga tidak dapat melihat kedalam sedangkan galaksi Whirlpool iaitu NGC5194 kita masih lagi dapat melihat ke pedalamannya. Dengan petunjuk begini kita dalam menentukan yang mana satu galaksi selamat dan mana satu yang tidak jika suatu masa ada impian untuk perjalanan antara galaksi tercapai (!!!)
Bagi imej Infrared galaksi Sombrero pula ialah kita dapat melihat kawasan yang sedikit kurang panas iaitu kawasan yang berwarna gelap. Bukan sedikit kurang panas bermaksud kawasan ini tidak panas dan "boleh didiami" sedangkan kawasan yang "tidak panas" ini adalah jauh lebih panas lagi dari mana-mana lengan dalam galaksi kita tau! Memang betullah sinar IR untuk menunjukkan kewujudan haba maka sebab itulah Spitzer menemui sekian banyak planet baru selepas Pluto. Planet-planet selepas Pluto adalah tersangat sejuk namun ia masih membalikkan sejumlah kecil sinaran matahari yang sampai kepadanya maka itulah sebabnya Spitzer boleh mengesan kewujudan walau sekecil-kecil haba yang dilepaskan oleh planet berkenaan iaitu Eris dan Sedna sebagai contohnya.
Akhirnya apabila kita telah mengerti maka fikirkanlah kebesaran Allah Ta'ala yang telah menjadikan semua ini. Inilah sains astronomi, fungsinya untuk membantu kita mengenali alam yang amat luas ini sehingga dapat mengenali Dia Yang Maha Esa. Ahli astrofizik sentiasa berterusan membuat banyak interpretasi dari analisis imej menggunakan julat gelombang elektromagnet untuk membantu manusia memahami kejadian dalam alam semesta namun hanya segelintir sahaja yang menginsafinya. Tepuk dada tanyalah iman. Sekian, wassalam.