Assalamualaikum...
Berikut adalah imej himpunan bulan muda berumur 2 hari bersama dengan planet utarid & zuhrah yang dirakamkan di balai cerap mini Dr Rowi dengan menggunakan kamera Canon EOS20Da dengan dedahan selama 30 saat, ISO 100 pada pukul 8.20 malam tadi. Dirakamkan bersama Astromas.

Imej ini belum lagi diedit. Planet Utarid tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi amat malap kelihatan dalam imej ini. Diharap dapat menolong mengedit gambar ini supaya Utarid kelihatan lebih jelas.
Salam.
Dr Rowi/Astromas