Assalamu'alaikum,
Saya ingin meminta izin saudara Shah untuk menjual meteorite (tahi bintang) kepada para peminat astronomi kita di falak-online ini.
Saya mempunyai baki stok meteorit saiz sederhana untuk dijual sebanyak 11 butir yang setiap satunya berharga RM150 hingga RM170.
Dalam gambar saya tunjukkan beberapa butir daripada saiz yang beraneka bentuk. Yang paling besar berlekat magnet tidak untuk dijual (berat 1.2kg). Meteorit yang paling kecil di sebelah kanan atas logo angkasawan ialah yang dijual oleh Datuk Jaafar Jamaluddin dari Jejak Juta Sdn. Bhd. yang mengkhusus dalam pameran dan jualan meteorit di serata Malaysia termasuk mengadakan pameran di Konvensyen Astronomi USM pada tahun 2005 dan 2008 lalu. Meteorit yang bersaiz kecil ini dijual oleh Jejak Juta adalah berharga RM250 tetapi saya menjual dari stok Dr. Manan Embong yang masih ada pada saya adalah jauh lebih murah. Lihat dalam gambar dan boleh bandingkan.


Sesiapa yang berminat untuk mendapat secebis cenderahati dari angkasa lepas ini untuk dibuat kenangan boleh hubungi saya di emel
azzameen@gmail.com. Saya ingin menghabiskan stok meteorit yang masih ada pada saya selepas saya telah menjual sekian banyak meteorit ini di pasaran semenjak tahun 2007 lalu di Brunei.
Harga yang saya tawarkan di falak-online ini telah diberi diskaun sebanyak 75% dari harga asal yang rata-ratanya adalah berharga RM350 hingga RM450. Jika ada yang berhasrat ingin mendapatkan meteorit berharga RM150 ataupun RM170, sila beritahu dan saya akan kirimkan ikut saiz yang saya tunjukkan di sini. Boleh bank-in kedalam akaun saya semasa hendak membeli. Saya akan kirimkan dengan pos laju. Emel saya dahulu berkenaan tawaran ini.
Begitu juga saya turut menjual logo (patches) angkasawan yang sangat berkualiti untuk dijahit pada jaket, baju, topi dan sebagainya. Logo ini berharga RM10 satu. Jika ada yang berminat boleh emel.
Sekian, untuk makluman. Terima kasih. Wassalam.
Terima kasih Shah.
