May 24, 2012, 08:01:19 PM
News: Portal Falak Online sedang menjalani proses pengubahsuaian dan penyelenggaran tahunan. Harap Maaf atas segala kesulitan yang mungkin berlaku
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Retrograde, Marikh dan Matahari terbit sebelah barat  (Read 8133 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1726


shahgazer
« pada: March 18, 2005, 03:46:26 PM »

Quote

[petikan soalan yang diajukan menerusi Falak-Net]


>> Assalamualaikum.
>>  
>> Baru-baru ini seorang kawan saya menerima e-mail daripada kawannya.
>> E-mail tersebut menyatakan bahawa matahari akan terbit dari sebelah
>> timur di planet marikh. Mereka berkata fenomena ini juga akan dialami
>> oleh bumi. Maklumat tersebut beliau  ambil drp laman web NASA.Beliau
>> mengatakan hari kiamat semakin hampir. So, saya diam sahaja, sbb tak
>> pandai nak komen.
>>  
>> So saya harap saudara Shah dapat membantu saya untuk menjelaskan
>> fenomena yang berlaku ini. Satu lagi, apakah yang dimaksudkan dengan
>> "FENOMENA RETROGRADE". Adakah fenomena ini sama seperti fenomena di
>> atas.Mengapa fenomena ini berlaku. Sekian harap diberi penjelasan.
>>  
>> Terimakasih.



Assalamualaikum wbt

Permasalahan berkenaan email tersebut sebenar dah bermula sejak tahun
2003 lagi. Pada masa tu, Marikh berada di kedudukan paling hampir dengan
Bumi setelah beberapa puluh ribu tahun (masa istiqbalnya). Ketika itu
email tersebut menyatakan Marikh akan berhenti bergerak ke seketika pada
30 Jun ( sekitar tarikh posisi Istiqbal Marikh), dan kembali normal
selepas tarikh tersebut.

Kemudian tahun 2004, muncul lagi sekali email tu, tapi dengan tambahan
sikit. Email tu tulis, fenomena itu berlaku hasil kajian NASA yang
menghantar robot ekplosari Spirit dan Opportunity! Pulak dah...

Kemudian tahun 2005 ni muncul lagi, cuba tengok sisipan versi email tu
di bawah

The science of astronomy states that the speed of planet Mars has been
decreasing in its course toward the eastern direction in the few past
weeks to the level we notice the "waver" between the east and the
west..and on Wednesday the 30th of July the planet movement stopped
going toward the eastern direction.. Then in the months of August and  
September...Mars changed its course in the opposite direction to the
West- and that until the end of September..which means the sun will rise
now from the west on Mars!! And this weird phenomena of the opposite
movement called "Retrograde Motion" Most scientist state that all the
planets will go through the same once at least and our planet Earth is
one of them. Planet Earth will move in the opposite direction some day
and the sun will rise from the west!! This might occur soon and we are
unaware! The rise of the sun from the west is mentioned in the hadith
and this is the major sign of the day of judgment, most if not All, the
minor signs have occured. Wake up. Our beloved messenger Mohamed (Peace
Be Upon Him) said: "One of the signs of the hour..the sun will rise from
the west, where no longer tauba (forgiveness) will be granted" !! And
the strange thing..most of our Shariah scholars mentioned that the rise
of the sun from the west occurs only once..on that day..the sun will
rise from the west..then again from the east..and continues until Allah
wishes..and this is similar to what is happening to Mars..it stops, then
it changes its course of direction for a short period of time..then
returns to way once it was. And Abdullah Bin Amro (R.A.) said: (I
memorized from the messenger (SAW) a hadith I will never forget..I heard
the messenger of Allah (SAW) say: The first aya to come the rise of the
su! n from the west) [Ahmad] And the messenger SAW "Allah (SWT) places
HIS hand at night to forgive his morning sinners, and places in the
morning to forgive his night sinners until the sun rises from the west"
[Muslim] This piece of news is very important as it brings  with it a
great sign of warning and remembrance of the coming of a new WORLD - the
world of the Hereafter And it is also good material for calling others
to ALLAH s.w.t. - whether for muslims, the unwary of us or the kufar.
When we show this hadith that was told 1400 years ago about this
miracle..you will see InshaALLAH, a lot will enter this beautiful
religion...And the muslims if they see this phenomena happening in
Mars..who knows maybe it would bring them closer to our CREATOR. May
Allah  (swt) keep all of us in the Right path and provide us with
success in this world as well as in the hereafter.



Kita harus faham fakta sains secara jelas sebelum membuat sebarang
rumusan dan menyebarkan berita ini kepada orang ramai, seterusnya
memalukan umat Islam itu sendiri!

Perkara pertama yang harus faham ialah berkenaan putaran paksi
planet-planet. Semua planet (kecuali Zuhrah) berputar dari barat ke
timur, ikut arah lawan jam jika dilihat dari kutub utara). Disebabkan
putaran atas paksi inilah, yang mennyebabkan semua objek di langit,
bulan, bintang, matahari terbit di timur dan terbenam di barat. Cuma
posisi terbenam matahari tidak semestinya tepat di barat, bergantung
kepada kecondongan paksi sesebuah planet.  

Rujuk artikel yang cukup bagus dari laman web KUSZA yang bertajuk Arah Matahari Terbenam Vs Arah Kiblat

Putaran ini juga yang
menghasilkan fenomena yang dipanggil siang dan malam!

Perkara kedua ialah laluan planet-planet di orbitnya. Semua planet
mengelilingi matahari di dalam orbit masing-masing pada jarak tertentu.
Lebih dekat planet itu mengorbit matahari, lebih pantas ia bergerak di
dalam orbitnya dan melengkapkan satu pusingan keliling matahari.
Pergerakan orbit ini tidak menyebabkan siang dan malam, ia cuma effect
pada musim, dan perubahan posisi buruj-buruj di langit. Kita boleh
bayangkan semua planet sedang berlumba di atas trek lumba lari 400
meter! Jika semua bermula serentak pada garis permulaan yang sama,
planet yang paling ke-dalam akan menang dulu!

Perkata ketiga ialah fenomena retrograde. Sebelum saya pergi jauh ke
dalam lagi, ada satu fakta yang kita kena faham, objek-objek sistem
suria kita, matahari, bulan dan planet, sebenarnya bergerak ke arah
timur pada hampir sepanjang masa, relatif kepada kedudukan buruj-buruj
di langit. Ini bermakna, sebagai contohlah, hari ini jika kita pandang
ke Timur dan melihat buruj Orion, dan kelihatan juga planet Zuhal berada
di atas buruj Orion, beberapa bulan yang akan datang, jika kita pandang
ke buruj Orion tersebut, kita akan dapat lihat Zuhal sudah bergerak dan
berada di sebelah bawah Orion pula. Sama juga kes dengan Bulan, hari ini
bulan sabit berada di barat, dalam masa 7 hari, bulan separuh dah berada
tegak atas kepala, 7 hari lagi, bulan penuh dah berada di timur pulak!
Itu jelas menunjukkan pergerakan timur relatif kepada bintang-bintang.

Perkara ini adalah normal dan berlaku tiap-tiap hari, cuma kita perasan
tak perasan je.

Berbalik kepada fenomena retrograde, ia sebenar satu ilusi langit, yang
mana planet-planet luaran (outer planets) spt Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus,
Neptune dan Pluto, yang apabila ketika normal bergerak arah timur
(relatif kepada bintang) tiba-tiba kita nampak seperti ia semakin
perlahan dan berhenti, kemudian bergerak ke barat (relatif kepada
bintang) buat beberapa ketika, kemudian berhenti kembali, dan bergerak
kembali ke arah timur (relatif kepada bintang). Keseluruhan fenomena ini
mengambil masa 2,3 bulan.

Apakah yang sebenarnya berlaku?

Cuba kita ambil kes Bumi dan Marikh. ketika ini Marikh berada jauh di
hadapan kita di dalam orbitnya, Bumi sedang mengejar Marikh. Disebabkan
Bumi mempunyai orbit ke-dalam dari Marikh, maka lambat laun Bumi akan
berjaya memotong Marikh. Ketika ia hendak memotong, Marikh akan
kelihatan seperti semakin perlahan, ketika ketika Bumi memotongnya,
iaitu masa posisi Iqtisbal, Marikh akan kelihatan seperti tidak bergerak
(berhenti), kemudian bila kita dah semakin jauh meninggalkan Marikh di
belakang, ia akan bergerak normal kembali ke timur.

Tak faham? Cuba tengok animasi di website di bawah:
http://www.astro.uiuc.edu/projects/data/Retrograde/
http://www.flex.com/~jai/astrology/retrograde.html
http://mars.jpl.nasa.gov/allabout/nightsky/nightsky04.html

Oleh itu, jelas isi email yang tersebar luas itu , mempunyai fakta-fakta
salah yang dicampuradukkan!

ayat "Most scientist state that all the planets will go through the same
once at least and our planet Earth is one of them" adalah salah kerana
fenomena retograde bagi Marikh berlaku hampir setiap 2 tahun, manakala
bagi Musytari, Zuhal, Uranus, Neptune dan Pluto berlaku setiap tahun!
Dan jika kita berada di atas planet Zuhrah, kita akan dapat lihat Bumi
pula yang mengalami fenomena yang sama!

ayat "Planet Earth will move in the opposite direction some day and the
sun will rise from the west"   cukup mengelirukan kerana pergerakan
planet di atas orbit tidak menghasikan fenomena terbit terbenamnya
matahari. Putaran bumi atas paksilah yang menyebabkan ia berlaku demikian.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah, berita perihal matahari terbit di
barat hasil fenomena retrograde ini , mempunyai fakta-fakta salah,
mengelirukan. Mungkin penulis asal email ini berniat baik untuk
mengingatkan kita perihal tanda-tanda besar Kiamat, tetapi jika tujuan
asal penulis ini adalah untuk mengelirukan umat Islam, dan menyebarkan
berita-berita pelik tanpa asas kepada umat Islam, saya berpendapat
penulis tersebut hampir berjaya, berdasarkan berapa ramai orang yang
telah menerima dan menyebarkan email tersebut!

Semoga penerangan ringkas ini dapat menejaskan segala kebuntuan dan
kekeliruan di dalam diri kita. Sebar-sebarkan email ini bagi menangkis
segala dakyah palsu yang telah tersebar luas.

Segala kekurangan adalah dari diri saya sendiri, yang Haq dan baik
adalah kepunyaan Allah SWT semata-mata.

Wallahualam
-Shah-
www.falak-online.net
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.106 seconds with 20 queries.