Salam Ramadhan buat pengunjung Falak-Online semua. Alhamdulillah kita sudah perlahan-lahan memulakan langkah merentasi bulan yang penuh barakah ini. Di samping sibuk menunaikan ibadah puasa di siang hari, sebaik sahaja terbenam matahari, kita mula sibuk untuk mempersiapkan diri menggandakan ibadah sebelah malam pula.
Sebagai peminat alam cakerawala ciptaan Allah SWT ini, kita sentiasa menantikan keajaiban fenomena yang akan berlaku di langit. Namun, kita sering lupa, langit malam kita sentiasa dinamik dan berubah-ubah. Dan di antara objek yang paling ketara perubahannya ialah Bulan kita sendiri.
Oleh itu, sambil-sambil kita dalam perjalanan ke masjid untuk bersolat jemaah Isya' dan Tarawih, jenguk-jenguk lah ke arah langit dan perhatikan kedudukan Bulan kita, yang sentiasa mengiringi seribu satu macam makhluk Allah yang lain, seperti planet dan bintang-bintang yang membentuk buruj, dan cuba selami apakah rahsia disebalik keunikan, keindahan objek-objek ini, yang sekali imbas nampak ringkas tetapi membawa pelbagai rahsia dan hikmah.
Artikel ringkas ini akan memberi gambaran secara kasar apa yang ada disekeliling Bulan sepanjang minggu pertama bulan Ramadhan ini.
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad, 24 Sept, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah menerusi siaran radio dan televisyen. - BERNAMA
Falak-Online mengucapkan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa kepada semua umat Islam.
Versi TERBARU Perisian pemprosesan imej Registax sudah keluar dan boleh dimuat turun di SINI ! Berbekal ciri-ciri lebih komprehensif, versi terbaru ini bakal membantu peminat astrofotografi mendapatkan hasil lebih baik!
fuh baru lega dpt register gak akhirnya....
abae_haji, kalau boleh pos soalan ni di ...
bajet saya rm1500.00. berminat refrector...
Shah.. kena try TAMRON 300mm hehe...