Jangan lupa hadiri Seminar Pendedahan Dunia Astronomi yang buat pertama kalinya dianjurkan oleh Astronomy Club Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak!!
Tanhiah kepada ahli Falak Online kita, Farhana dan geng-geng UIA beserta dengan Bro Muzammir, yang bertungkus lumus merancang aktiviti yang akan dijalankan. Semoga semua akan berjalan dengan lancar esok dan lusa.
Pembentang kertas kerja akan membentangkan kertas kerja yang cukup informatif dan teknikal. Sebuah Cerapan umum akan dijalankan pada malam esok, bertempat di Stadium UIA, dan saya telah diamanahkan untuk mengendalikan ceramah ringkas pada malam tersebut.
Menerusi forum, saya dapati ramai juga ahli Falak Online akan turut hadir. Semoga lebih ramai yang akan turut serta dan sama-sama meriahkan aktiviti ini.
Mana Marikh? Mungkin ada diantara kita tertanya-tanya akan kedudukan planet ke-4 sistem suaria kita, yang beberapa bulan lepas mendominasi langit malam dengan kecerahan setanding bintang Sirius.
Jangan risau, pada malam ini dan juga esok, gunalah Bulan sebagai panduan untuk menjejaki planet ini.
Pada hari ini 16 Feb, sekitar jam 9 malam, dongak ke atas dan pandang arah Bulan. Pada kedudukan sebelah kiri atas dari kedudukan Bulan, akan kelihatan sebiji objek seperti bintang kemerahan. Itulah dia planet Marikh.
Jika anda ingat, sekitar bulan Disember yang lepas, planet Marikh jauh lebih cerah daripada yang kelihatan sekarang. Ini di sebabkan ia telah ditinggalkan jauh ke belakang oleh Bumi di dalam orbitnya ketika ini, menyebabkan kecerahannya jatuh mendadak. Namun masih cukup terang untuk diperhatikan.
Pada malam esok (17 Feb), Bulan sudah bergerak jauh ke kanan, tetapi masih boleh digunakan sebagai panduan, kerana Marikh akan tetap berada ke sebelah kiri dari Bulan.
Versi TERBARU Perisian pemprosesan imej Registax sudah keluar dan boleh dimuat turun di SINI ! Berbekal ciri-ciri lebih komprehensif, versi terbaru ini bakal membantu peminat astrofotografi mendapatkan hasil lebih baik!
fuh baru lega dpt register gak akhirnya....
abae_haji, kalau boleh pos soalan ni di ...
bajet saya rm1500.00. berminat refrector...
Shah.. kena try TAMRON 300mm hehe...