Pengumuman buat semua peminat Falak yang akan menyertai cerapan meteor Geminids di Ulu Yam malam ini.
Semua diminta berkumpul di 2 tempat.
Bagi yang dah tahu di mana kawasan perkhemahan P2, sila terus ke kawasan tersebut pada jam 9 malam.
Bagi yang tak pasti kawasan itu, sila berkumpul di stesyen minyak Petronas, di sebelum simpang masuk ke jalan hala ke Ulu Yam pada jam 8.45 malam. Saya akan tunggu di situ , dan bergerak ke P2 pada jam 8.55 malam.
Sila bawa peralatan sepatutnya, alas tikar, baju sejuk, torchlight.
Semalam, saya dan Muzzamir, telah menyertai team Sunlay yang berada di Pantai Kelanang Baru untuk buat cerapan 'main-main' meteor Geminids! Turut bersama ialah Cikgu Mohd Noor dan Pak Long, otai Falak di Kuala Langat!
Cuaca sungguh cantik, dengan buruj Orion, Gemini begitu penuh dengan bintang-bintang. Dah lama tak dapat tengok bintang sebanyak itu!!
Dan cerapan selama 1 1/2 jam, bermula dari 11.30 malam hingga ke 1 pagi, kami telah mengira sebanyak 45 buah meteor Geminids, yang muncul dalam pelbagai bentuk! Subhanallah! Memang cantik dan indah sekali!
Dijangkakan jika cuaca OK malam ini, lebih banyak Geminids akan dapat dilihat. Jom ke Ulu Yam malam ni!!
Versi TERBARU Perisian pemprosesan imej Registax sudah keluar dan boleh dimuat turun di SINI ! Berbekal ciri-ciri lebih komprehensif, versi terbaru ini bakal membantu peminat astrofotografi mendapatkan hasil lebih baik!
fuh baru lega dpt register gak akhirnya....
abae_haji, kalau boleh pos soalan ni di ...
bajet saya rm1500.00. berminat refrector...
Shah.. kena try TAMRON 300mm hehe...