Salam Ramadhan buat pengunjung FalakOnline. Agak lama juga saya tak mengemaskini laman web ini dengan info-info fenomena cakerawala. Mohon ampun dan maaf seadanya.
Sebagaimana yang diketahui ramai, bulan Ramadhan tahun ini diiringi cuaca yang tidak menentu. Selalunya langit sentiasa berawan, dan di kawasan utara Semenanjung Malaysia, banjir pula menjelma. Oleh itu agak sukar untuk kita meninjau-ninjau suasana langit Ramadhan kali ini.
Namun begitu, jika berpeluang dan diizinkan Allah SWT, cuba tinjau arah langit sebelah timur sekitar waktu Sahur dan menjelang Subuh. Kita akan disambut dengan kilauan sebuah objek seperti bintang yang begitu terang. Sedar tak sedar, itulah planet Kejora atau Zuhrah. Setelah berada di langit Maghrib selama beberapa bulan yang lalu, dan seterusnya melalui bergerak di dalam orbitnya, di antara Bumi dan Matahari, Kejora kini kembali muncul terang di langit Subuh pula.
Kecerahannya bukanlah satu-satunya faktor menarik planet ini. Jika kita mempunyai teleskop, walaupun sebuah teleskop pembias yang kecil, dengan menggunakan eyepiece yang memberi kuasa pembesaran yang kecil, kita akan pasti terpersona melihatnya. Ini adalah kerana, sekali imbas kita akan dapat lihat bentuk Kejora bukanlah bulat seperti planet-planet lain, tetapi ia berbentuk sabit, seperti bulan sabit!
Ini berlaku kerana kedudukan planet ini yang berada antara Bumi dan Matahari, mengakibatkan kita sedang melihat bahagian malam planet Kejora. Fenomena yang serupa ketika bulan kita berada dalam fasa bulan sabit.
Dalam masa beberapa bulan mendatang, fasa sabit Kejora ini akan menjadi seperti fasa separuh, dan seterusnya apabila ia berada nun jauh di sebelah belakang matahari, ia akan kelihatan seperti fasa penuh.
(Foto di atas merupakan kompilasi imej planet Kejora di sepanjang laluannya mengelilingi matahari. Sumber :APOD )
Ini baru sekelumit kecil daripada tanda-tanda kebesaran Allah SWT yang berada di langit, jom Teropong!
Sdra Mahruzaman telah menyediakan sebuah laporan ringkas aktiviti Seminar Falak Syarie 2007 yang telah berlangsung pada 6 Sep 2007 lepas. Laporan ini menyatakan sebanyak 5 buah kertas kerja telah dibentangkan.
Di antara pembentang yang terlibat ialah Ustaz Mohd Faizal (Jabatan Mufti Perak), sifu Rubu' Mujayyab dari Jbtn Mufti Johor, Ustaz Hanafiah Abd Razak dan lain-lain.
Laporan lanjut boleh dimuat turun di SINI dalam format PDF.
Versi TERBARU Perisian pemprosesan imej Registax sudah keluar dan boleh dimuat turun di SINI ! Berbekal ciri-ciri lebih komprehensif, versi terbaru ini bakal membantu peminat astrofotografi mendapatkan hasil lebih baik!
fuh baru lega dpt register gak akhirnya....
abae_haji, kalau boleh pos soalan ni di ...
bajet saya rm1500.00. berminat refrector...
Shah.. kena try TAMRON 300mm hehe...