Oleh itu sukacita dimaklumkan, Makmal Fizik Angkasa Universiti Malaya akan mengadakan cerapan umum pada malam ini , 6 Jun 2007, bertempat di Balaicerap Universiti Malaya, bermula dari jam 8 mlm hingga sekitar 11 mlm.
Jika cuaca mengizinkan, kita akan berpeluang menyaksikan planet Musytari di dalam kedudukan Opposisi menggunakan teleskop-teleskop yang disediakan pada malam ini.
Apa yang anda berpeluang untuk lihat? Pada jarak 644 juta km malam ini, dan masa cahayanya untuk sampai ke mata kita mengambil masa hampir 36 minit, kita berpeluang menyaksikan keadaan atmosferanya yang penuh dengan jalur-jalur. Dan sekitar jam 8 malam, jika sempat, kita akan cuba jejaki pusaran puting beliung gergasinya, the Great Red Spot, yang mana ketika itu sedang perlahan-lahan hilang dari pandangan kerana putaran Musytari di atas paksinya.
Di samping itu, kesemua 4 buah bulan utama , yang sering digelar sebagai the Gallileans, akan kelihatan dengan kedudukan seperti gambarajah di atas.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti di UM, boleh hubungi Makmal Fizik Angkasa di talian : 03-79674100
Jom ke sana ramai-ramai.
fuh baru lega dpt register gak akhirnya....
abae_haji, kalau boleh pos soalan ni di ...
bajet saya rm1500.00. berminat refrector...
Shah.. kena try TAMRON 300mm hehe...