Beberapa minggu yang lepas ini amat sibuk bagi saya untuk mengemaskini laman web ini, almaklum lah tanggungjawab di pejabat kena tunaikan! Tapi sambil-sambil free waktu makan ini, saya cuba war-warkan apa yang berlaku di sana-sini dalam dunia astronomi.
Dikhabarkan Jabatan Mufti Selangor akan mengadakan kursus Falak - Arah Qiblat pada 12-14 April akan datang.Jadi sesiapa yang berminat boleh klik link di sebelah kanan laman web ini untuk dapatkan maklumat lanjut.
Sementara itu di persekitaran planet Musytari, kapal angkasa NASA New Horizon telah merakam foto gunung berapi sulfur yang sedang memancut keluar di permukaan bulan Io. Gunung berapi Tvashtar sedang mengeluarkan lahar bersuhu ~1500 darjah Celsius setinggi 300km.
Di langit sebelah pagi, sebuah komet yang baru ditemui tahun ini, iaitu Komet Lovejoy, sedang perlahan-lahan bergerak dari kawasan langit selatan menuju ke arah utara. Pergerakannya cukup sesuai untuk dicerap kerana ia bergerak jauh dari matahari. Elemen orbitnya boleh di dapati sini . Tunggu ulasan selanjutnya di Falak-Online, InsyaAllah.
Dan akhir sekali, Universiti DarulIman Malaysia (dulu dikenali sebagai KUSZA) akan mengadakan Seminar Falak UDM 2007 Peringkat Kebangsaan pada 30 April 2007 bertemakan "Astronomi Dalam Konteks Sains dan Agama". Boleh dapat maklumat lanjut di lamanweb UDM .
Angkasa lepas merupakan kawasan yang penuh dengan objek-objek kecil yang dipanggil sebagai asteroid. Secara umumnya, asteroid merupakan serpihan-serpihan peninggalan pembentukan planet yang berlaku dengan hebatnya pada awal pembentukan sistem solar. Diketahui juga, majoriti daripada asteroid-asteroid ini mengorbit mengelilingi matahari di kawasan antara orbit Marikh dan Musytari. Namun, masih banyak juga asteroid yang melintasi hampir dengan bumi, dan kadangkala terlalu hampir!
Salah satu daripada asteroid ini ialah Asteroid 2006 VV2. Ia dijangkakan akan melintasi hampir dengan bumi pada jarak hanya 2 juta batu sahaja pada hari ini (30 April 2007) , dan menyinar pada magnitud 10. Pada tahap kecerahan ini, ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi mudah dikesan menggunakan teleskop bersaiz sederhana, 8-10 inci ke atas.
Tetapi, ketika ia melintasi Bumi, ia tidak dapat dilihat dari Malaysia. Penduduk di hemisfera barat berpeluang untuk melihat dan mencerapnya.
Seperti gambar di sebelah, yang diambil oleh Mike Broussard dari Louisiana, US, yang berjaya merakamnya melintasi berhampiran dengan galaksi M81 di buruj Ursa Major.
Tinjau-tinjaulah berita di internet dalam beberapa hari ini.
Versi TERBARU Perisian pemprosesan imej Registax sudah keluar dan boleh dimuat turun di SINI ! Berbekal ciri-ciri lebih komprehensif, versi terbaru ini bakal membantu peminat astrofotografi mendapatkan hasil lebih baik!
fuh baru lega dpt register gak akhirnya....
abae_haji, kalau boleh pos soalan ni di ...
bajet saya rm1500.00. berminat refrector...
Shah.. kena try TAMRON 300mm hehe...