Terkini: Imej di sebelah diambil oleh Kayzack dari LNO pada 2 Julai 2008. Maklumat terperinci boleh didapati di SINI.
Agak menarik saya terlupa untuk mewar-warkan kemunculan sebuah komet bernama Komet C/2007 W1 (Boattini), yang beberapa bulan lepas berada di sekitar langit selatan , waktu selepas Maghrib dan awal Isya. Jelas ia merupakan kesilapan saya, dan saya mohon maaf.
Tinjauan di laman web "Weekly Information about Bright Comets " menunjukkan komet ini semakin pudar tetapi masih di peringkat magnitud 4.8 ke atas. Ini bermakna, ia boleh dikatakan cukup cerah untuk dijejaki menerusi binokulars. Dan jika anda cekap menggunakan mata, ia turut boleh dilihat dari kawasan langit yang gelap dan jauh dari pencemaran cahaya.
Baru-baru ini, para saintis telah pun mengumumkan (bukan harga minyak baru...) bentuk terkini galaksi Bima Sakti yang kita duduki sekarang.
Sebelum ini, kita sering diberi gambaran bahawa Bima Sakti merupakan sebuah jenis galaksi berpusar (spiral) dan mempunyai 4 atau lebih lengan-lengan disekelilingnya.
Masalah yang terpaksa dihadapi oleh para saintis ialah begitu banyak debu-debu di angkasa yang menghalang cahaya yang datang dari bintang-bintang yang berjauhan dari bumi.
Versi TERBARU Perisian pemprosesan imej Registax sudah keluar dan boleh dimuat turun di SINI ! Berbekal ciri-ciri lebih komprehensif, versi terbaru ini bakal membantu peminat astrofotografi mendapatkan hasil lebih baik!
fuh baru lega dpt register gak akhirnya....
abae_haji, kalau boleh pos soalan ni di ...
bajet saya rm1500.00. berminat refrector...
Shah.. kena try TAMRON 300mm hehe...