arrowHome Thursday, 28 August 2008  
Blog
Masalah Login?
About me

 

My Portfolio 

Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 15 Guests and 1 User online

Personal Message MUZZAMIR
Komen Artikel Terkini
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
August 28, 2008, 07:39:10 PM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?
Konfigurasi terbaik

Falak-Online paling baik dilayari menggunakan Firefox dan Opera

Syndicate
Counters
Visits yesterday: 0
Visits today: 0
Visits total since Nov 2002: 32812
Maximum visits a day: 0
Pages visited today: 0
Bots today: 0
Suasana ketika gerhana penuh

Klik imej untuk pembesaran

Catatan pengembaraan ekspedisi Gerhana Matahari Penuh 2006 NETT di Turki

Bulan kejar Kejora lagi PDF Print E-mail
Fenomena - Himpunan Planetari
Written by Shah   
Tuesday, 20 February 2007

 Jika kita perasan semalam (19 Feb) di langit petang, kita akan dapat lihat Bulan sabit muda dan planet Kejora berada hampir antara satu sama lain. Bulan ketika itu berada di bawah kanan dari Kejora. Pada petang ini, Bulan sudah pun bergerak ke arah timur relatif kepada bintang-bintang di langit serta planet Kejora. Maka, ia akan berada di sebelah kanan atas dari Kejora pula.

Jadikan peluang ini untuk merakam pasangan objek ini dengan apa jua peralatan yang ada. Dan gunakan peluang ini juga untuk memerhatikan fenomena Earthshine yang berlaku terhadap Bulan.

Jom Teropong!

(Foto di sebelah di ambil oleh penulis pada 7 Okt 2005, sebagai gambaran fenomena yang sedang berlaku)

Last Updated ( Tuesday, 20 February 2007 )
 
Istiqbal planet Zuhal 10 Feb 2007 PDF Print E-mail
Fenomena - Lain-lain fenomena menarik
Written by Shah   
Tuesday, 06 February 2007

 (Siri imej planet Zuhal yang diambil oleh penggiat astronomi amatur Alan Friedman dari Buffalo, New York. Beliau menggunakan teleskop 10 inci, dan membuat animasi ini dari tahun 2004 hingga 2007. Perhatikan perubahan sudut gelang planet, hasil daripada kombinasi kesan sudut paksi Zuhal dan pergerakan orbit Bumi ketika mengelilingi matahari. Sumber spaceweather.com)

Zuhal akan berada di posisi istiqbal atau opposition pada 10 Feb 2007. Pada ketika ini, Matahari, Bumi dan Zuhal akan berada pada satu garisan yang lurus, dengan Bumi berada di tengah-tengah. Zuhal pada ketika ini akan disinari cahaya matahari sepenuhnya, fenomena hampir serupa ketika bulan purnama!

Apa yang bakal dilihat nanti? Ia bergantung penuh dengan peralatan yang digunakan. Namun apa yang pasti, sekecil mana pun teleskop yang digunakan, kita akan dapat lihat keadaan planet Zuhal lain daripada yang lain.

Jika kita menggunakan teleskop yang kecil, sekitar 3 inci ke bawah, zuhal akan kelihatan seperti sebuah objek berbentuk bujur. Gelangnya tidak sejelas dalam teleskop yang besar, tetapi bentuk keseluruhannya pun sudah cukup menunjukkan kehadiran gelangnya.

Apabila kita menggunakan teleskop yang semakin besar saiz cermin atau kantanya, kita sudah mula dapat mengesan beberapa buah satelit semulajadinya, terutama sekali satelit Titan. Gegelang Zuhal akan lebih jelas kelihatan, dan kawasan yang dipanggil sebagai Cassini Division, kawasan gelap yang seolah-olah membahagikan gelang planet ini, akan dapat dilihat dengan mudah.

Jika kita menggunakan teleskop lebih besar serta eyepiece yang memberi kuasa pembesaran yang tinggi, alur-jalur bewarna perang dan keemasan mungkin dapat dijejaki pada permukaan Zuhal.

Satu lagi tips yang patut diambil kira ialah, ceraplah planet ini ketika ia tinggi di langit. Jika ia masih berada hampir dengan ufuk, keadaan udara yang tidak stabil sekitar kawasan tersebut akan menyebabkan imej Zuhal dalam teleskop tidak terang dan kelihatan berombak-ombak!

Zuhal akan berada di langit sepanjang malam. Oleh itu gunalah peluang ini untuk menyaksikan keindahan planet ini. Perhatikan juga sudut bukaan gelang Zuhal kali ini lebih kecil berbanding tahun-tahun lepas. Satu lagi fenomena yang menarik untuk diperhatikan.

Apa lagi, jom teropong!

Last Updated ( Saturday, 10 February 2007 )
 
<< Start < Prev 11 12 13 14 15 Next > End >>

Results 91 - 99 of 127

Pesanan Ringkas


You must be a registered user to shout!
Get your account here!
15 Pos terkini Falak-Online Komuniti
Falak-net yahoogroup
Terkini di BruneiAstronomy
Bruneiastronomy.org
Terkini di Astronomy.com
Astronomy.com - News

 

Events Calendar
« August 2008 > »
S M T W T F S
27 28 29 30 31 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31 1 2 3 4 5 6
« September 2008 > »
S M T W T F S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 1 2 3 4
Latest Events
No events
SkyTonight Interactive Sky Charts
Carta bintang interaktif dari laman web SkyTonight.com
Cuaca Kuala Lumpur
Kuala Lumpur / Subang, MALAYSIA Weather
Pautan Nusantara

Aplikasi & Utiliti Penting
RegiStax versi 4!
Versi TERBARU Perisian pemprosesan imej Registax sudah keluar dan boleh dimuat turun di SINI ! Berbekal ciri-ciri lebih komprehensif, versi terbaru ini bakal membantu peminat astrofotografi mendapatkan hasil lebih baik!
kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.