Assalamualaikum
Sedikit laporan aktiviti semalam.
Alhamdulillah semua berjalan lancar. Ribuan diucapkan buat Ustaz Muktasyaf dan pegawai DQ kerana sudi menerima kedatangan 'mengejut' kami ke lokasi DQ untuk buat sesi cerapan dan astrofotografi.
Tak ku sangka, kami telah sama-sama dihidangkan makanan 'rasmi' FO... mee goreng!! hehehe... maaf banyak2 kerana menyusahkan tuan rumah.
dari FO, saya, abg aziz, ainool, nasir, farhana dan geng2 (2 kereta, 2 motosikal) dari UIA, telah turut serta. Menjelang malam, kami disertai oleh sahabat-sahabat lain dari DQ! Maaf la mungkin tak ingat nama dan rupa sangat.. pasal berborak dalam gelap katakan!

Lokasi cerapan yang dibuat di DQ, memang cukup bagus! Selepas beberapa cadangan dan perbincangan, pihak DQ dengan usaha gigih Ustz Muktasyaf, telah membolehkan lampu-lampu sepanjang jalan di DQ ditutup..

Sebaik saja ditutup.. kami disajikan Orion dan buruj2 berdekatan dengan indah sekali... tapi.. untuk 15-20 min saje..
lepas tu, terpaksa main elak-elak dengan awan!

Betulla apa yang diperkatakan oleh Ustaz Hanapiah masa saya jumpa di Kuantan hari selasa lepas, yang mana awan yang bergerak laju di Kuantan ketika itu, sedang membawa hujan ke arah pantai barat dalam masa 2,3 hari..
Kena ngaji bab awan la pulak lepas ni...

.. banyak betul yang tak tau ni..
4 Teleskop , 1 bino telah dipasang.
Beberapa peminat fotografi yang juga sahabat kpd Ustz Muktasyaf turut hadir dan mendapat tunjuk ajar dr sifu Mymoon.
Memang tak ada rezki malam itu, kerana semakin lewat, semakin tebal awan, sehinggalah sekitar jam 2 pagi, kami pun tutup kedai.
Ribuan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Ustaz Muktasyaf dan pihak DQ, kerana telah memberi hospitabiliti yang cukup baik. Mudah-mudahan selepas ini kita dapat rancang lebih banyak aktiviti di sana. Lokasi memang top-class untuk cerapan, dari semua segi... langit, keselamatan dan mee goreng..

Sekian laporan. Gambar tak de..kena tunggu Abg Aziz or Ustz hantar kot.. saya tak ambil pulak.
Wallahualam