Falak-Online Komuniti

ARTIKEL RASMI FALAK-ONLINE => Pengumuman Falak-Online => Topic started by: shahgazer on September 04, 2004, 04:55:36 PM



Title: EVOLUSI FALAK-ONLINE.NET
Post by: shahgazer on September 04, 2004, 04:55:36 PM
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, laman web FALAK-ONLINE telah selamat dipindahkan ke web host yang baru.

Dan bersempena dengan itu, saya telah mengambil keputusan untuk mengubah sekali lagi struktur konsep laman web FALAK-ONLINE yang sudahpun berumur hampir 2 tahun, dengan satu konsep yang beteraskan forum.

Saya merasakan sumbangan saya, terutama di dalam proses kemaskini artikel, agak terhad dengan bebanan tugasan lain. Secara tidak langsung ini menafikan hak para pengunjung yang setia meluncuri laman web ini dan senantiasa dahagakan maklumat terbaru dunia falak.

Oleh itu, saya merasakan konsep online forum adalah option yang paling sesuai yang bukan sahaja dapat membantu meringankan beban menyediakan laman web secara konvensional tetapi memberi ruang yang lebih luas bagi para pengunjung yang melawati FALAK-ONLINE untuk berinteraksi terus dengan saya dan juga pengunjung lain , di samping memberi komen dan pendapat yang tidak ternilai.

Idea online forum ini juga tercetus daripada masalah dunia email sekarang, di mana begitu banyak unsur-unsur tidak bertanggungjawab seperti SPAM dan virus-virus yang menggunapakai email mangsa-mangsa yang tidak bersalah, yang seterusnya memeningkan kepala saya untuk mengendalikan forum FALAK-NET.

Ini merupakan langkah yang agak drastik dan berisiko tinggi tetapi saya terpaksa memilih dan mencari option yang lain bagi memastikan perkongsian dan penyaluran maklumat dunia falak berjalan lancar kepada para peminat ilmu falak di seluruh nusantara.

Mudah-mudahan usaha ini mendapat keredhaan dari Allah SWT,

Wallahualam
Shahrin Haji Ahmad
Founder & Moderator Falak-Net
Owner FALAK-ONLINE.NET


Title: EVOLUSI FALAK-ONLINE.NET
Post by: abuqaw on September 05, 2004, 08:21:37 PM
:D Alhamdulillah dgn apa yg saudara Shahrin tampilkan. Saya amat suka dengan kemajuan ini.

Tahniah! Semoga sentiasa sukses! :wink:


Title: EVOLUSI FALAK-ONLINE.NET
Post by: shahgazer on September 05, 2004, 10:44:42 PM
Quote from: abuqaw
:D Alhamdulillah dgn apa yg saudara Shahrin tampilkan. Saya amat suka dengan kemajuan ini.

Tahniah! Semoga sentiasa sukses! :wink:


 :D  Terima kasih atas kata-kata semangat tu. InsyaAllah saya akan sentiasa cuba perbaiki kekurangan dari semasa ke semasa.  :mrgreen:


Title: EVOLUSI FALAK-ONLINE.NET
Post by: Anonymous on September 06, 2004, 08:09:44 AM
Tahniah!!!

p/s: saja try


Title: EVOLUSI FALAK-ONLINE.NET
Post by: Anonymous on September 06, 2004, 08:12:21 AM
Shah,

Perlu difikirkan apakah Guest boleh berforum sama.
Bukan apa kalau daftar boleh juga dikenali.
Tak ada ler kes lempar batu sembunyi tangan.

miorlatfee.


Title: EVOLUSI FALAK-ONLINE.NET
Post by: shahgazer on September 06, 2004, 06:43:47 PM
Quote from: Anonymous
Shah,

Perlu difikirkan apakah Guest boleh berforum sama.
Bukan apa kalau daftar boleh juga dikenali.
Tak ada ler kes lempar batu sembunyi tangan.

miorlatfee.


Mior, terima kasih. Saya pun tak perasan benda tu. Maklumlah baru nak belajar guna phpBB.. :-P

Nanti saya cuba check kembali....


Title: Assalamualaikum...
Post by: Khiyapu on September 13, 2004, 12:32:31 AM
Assalamualaikum... :D
         Firstly...tahniah kerana berjaya merevolusikan website ini dan website ini memperlihatkan sesuatu wajah baru yang amat menarik :wink: ...by the waysss...saya sentiasa akan menyokong saudara...bagi menjadikan website ini sesuatu yang bernilai...o.k...t.k...syabas
Wassalam... 8)


Title: tahniah..
Post by: salleh_y on November 15, 2004, 07:07:29 PM
em..tahniah untuk founder..semoga allah membalas segala usaha ini..