|
Title: Bulan hijab Antares - 14 Ogos 2005 Post by: shahgazer on August 15, 2005, 12:17:37 AM (http://falak-online.net/portal/imej/moonantares2005.gif)
Alhamdulillah, malam tadi berjaya juga untuk menyaksikan fenomena penghijaban Antares oleh Bulan. Walaupun dengan keadaan langit yang agak berawan, tetapi bebas dari jerebu, fenomena ini tetap dapat disaksikan dan dirakam menerusi video Konfigurasi rakaman yang saya buat adalah seperti berikut: * Kamera video integrated Mintron 12V1-EX. * Teleskop 8" LX90 pada f/3 (menerusi focal reducer f 0.3) * Videocam Panasonic untuk rakaman. Klik di sini untuk muat turun fail mpg (316 Kb) (http://falak-online.net/VideoDigicamAstronomy/moon/antares2005.mpg) Pemerhatian saya ialah, ketika Antares dihijab ia hilang dengan tiba-tiba. Ini jelas menunjukkan Bulan tidak mempunyai lapisan atmosfera yang boleh membiaskan cahaya yang datang dari objek-objek seperti bintang. |