Falak-Online Komuniti

Pencerapan Samawi => Log Cerapan => Topic started by: botok on September 04, 2005, 08:54:04 AM



Title: Buruj Cygnus dan Lyra Wide Field
Post by: botok on September 04, 2005, 08:54:04 AM
Berikut adalah gambar Wide Field Buruj Cygnus dan Lyra yang memonopoli langit utara pada awal malam sekarang. Imej ni dah diambil lama dah 17 Julai yang lalu tapi malas nak proses simpan je dulu, sekarang dah tau guna IRIS baru la rajin skit nak proses. Kalau dulu guna Photoshop secara manual. Dekat sini saya cuba nak highlight kelebihan proses "align & stack" yang mana jika banyak imej dikumpulkan dan ditindan maka lebih banyak detail yang kita dapat dari imej tersebut dan "noise" menjadi kurang. Perhatikan imej disebelah kiri adalah 1 imej yg diambil tanpa apa-apa proses (kecuali dalam Photoshop untuk kecilkan resolusi) dan disebelah kanan imej yang telah diproses "align & stack" dalam perisian IRIS dan proses "noise reduction" dalam NEAT image.

Buruj Lyra dan Cygnus
(http://img400.imageshack.us/img400/3780/lyracygnusnopro1by.th.jpg) (http://img400.imageshack.us/my.php?image=lyracygnusnopro1by.jpg) (http://img400.imageshack.us/img400/4598/lyracygnus0am.th.jpg) (http://img400.imageshack.us/my.php?image=lyracygnus0am.jpg)

Buruj Cygnus dan Lyra
(http://img400.imageshack.us/img400/809/cygnuslyranopro7ht.th.jpg) (http://img400.imageshack.us/my.php?image=cygnuslyranopro7ht.jpg) (http://img400.imageshack.us/img400/9359/cygnuslyra6pf.th.jpg) (http://img400.imageshack.us/my.php?image=cygnuslyra6pf.jpg)


Title: Re: Buruj Cygnus dan Lyra Wide Field
Post by: shahgazer on September 04, 2005, 08:39:24 PM
wow.. memang cantik. Bagus dapat tunjuk perbandingan dan keberkesanan proses "stacking". Untuk setiap satu frame tu, berapa lama exposurenya?

Boleh nampak milky way dengan jelas antara Vega dan Deneb tu!  :mrgreen:


Title: Re: Buruj Cygnus dan Lyra Wide Field
Post by: botok on September 05, 2005, 02:19:03 PM
Untuk satu imej, exposure 15 saat dengan ISO rating 200. Try ISO 400 tapi malangnya light polution teruk juga Alor Setar ni jadi over-expose plak. Baru je balik dari Trg haritu mmg cuaca sungguh menarik, tertinggal pulak kamera Canon terbawa kamera Sony yg dah kuno tu. Try berhenti kat tepi Lebuhraya Pantai Timur amik beberapa keping gambar tetapi memang hasil kurang menarik, lain kali kene bawak Canon jugak.  :lol: