Falak-Online Komuniti

Pencerapan Samawi => Kalendar Eksplorasi Samawi => Topic started by: shahgazer on December 27, 2005, 10:59:54 PM



Title: Pengenalan ruangan baru Kalendar Eksplorasi Samawi
Post by: shahgazer on December 27, 2005, 10:59:54 PM
Assalamualaikum.

Izinkan saya memperkenalkan ruangan baru di dalam forum bertajuk "Kalendar Eksplorasi Samawi". Forum ini akan berkait rapat dengan modul Calendar di dalam forum ini, yang mana setiap event yang dimasukkan melalui Calendar akan keluar di dalam Kalendar Eksplorasi Samawi.

Ini merupakan lanjutan kepada ruangan Kalendar di dalam laman web asal Falak-Online. Yang peliknya ialah modul yang digunakan tiba-tiba tidak berfungsi sejak beberapa bulan lepas. Oleh itu saya ambil keputusan untuk mencuba modul Calendar dalam forum SMF ini.

Kali ini ahli-ahli forum dibenarkan untuk memasukkan event ke dalam Calendar dengan syarat:
i. Pastikan event itu sahih dan benar, dan berkait dengan ilmu falak (astronomi) sahaja.
ii. Digalakkan menggunakan bahasa kebangsaan.
iii. Masukkan maklumat lengkap seperti masa dan waktu.
iv. Penerangan hendaklah ringkas (elakkan melebihi 200 patah perkataan)
v. Pastikan tidak ada pertindihan event. Periksa terlebih dahulu untuk mempastikan maklumat yang diberi belum dimasukkan oleh ahli lain.

Jika ada ahli yang melanggar syarat-syarat tersebut, Moderator berhak untuk mengeluarkan event tersebut dari senarai Kalendar.  :mrgreen:

Maklumat "Kalendar Eksplorasi Samawi" disediakan oleh peminat astronomi kepada peminat astronomi. Ini bermakna ia bertujuan untuk memberi manfaat buat semua. Oleh itu gunalah ia sebaik mungkin.  8-)

Selamat Menyumbang!  :-D