Falak-Online Komuniti

ARTIKEL RASMI FALAK-ONLINE => Pengumuman Falak-Online => Topic started by: shahgazer on October 20, 2006, 02:08:01 PM



Title: Salam AidilFitri!
Post by: shahgazer on October 20, 2006, 02:08:01 PM
Assalamualaikum wbt

Kami sekeluarga ingin mengambil peluang yang masih ada ini, untuk mengucapkan Selamat Melipatkan Gandakan Amal Ibadah kita di hari-hari terakhir bulan yang penuh barakah ini, dan

Selamat Menyambut AidlFitri, buat semua pengunjung setia Falak-Online, di mana jua anda berada. Jika ada tersillap kata, terkasar bahasa, tersindir tulisan, sepuluh jari disusun mohon kemaafan.

Bagi yang pulang ke kampung, selamat pergi dan kembali. Sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Bagi adik-adik, jangan main mercun. Bukan saja jari hilang, muka melecur, tapi akan mengakibatkan pencemaran cahaya di langit!!  :-D

Ikhlas dari kami,  :mrgreen:

Shahrin Ahmad
Mardiana Sulaiman
Nur Alliya Sorfina Shahrin
Nur Amyra Sorfina Shahrin
Ikhwan Syahmi Shahrin