|
Title: Cerapan Gerhana Bulan Penuh di Pantai Kelanang Baru, Banting (4 Mac 2007) Post by: shahgazer on March 05, 2007, 01:21:47 PM Quote (http://www.falak-online.net/myportal/images/artikel/4march2007.jpg) Aktiviti cerapan Gerhana Bulan Penuh telah berjaya dilakukan di Pantai Kelanang Baru, Banting pada awal pagi 4 Mac 2007. Terima kasih diucapkan buat ahli falakonline kita, Sunlay, yang membantu beri tunjuk jalan ke arah pantai ini. Setibanya di pantai tersebut, saya bersama rakan, Joko, serta Kamayok dan rakannya Lim, telah bertemu dengan Sunlay dan rakan taulan saudara maranya. Pak Long (seorang penggiat astronomi di kawasan ini, dan Cikgu Mat Noor, seorang lagi sifu lama bidang falak turut berada di sini). Seorang peminat astronomi dari UIA, dan ahli falakonline, Farhana, turut hadir. Cuaca sekitar jam 2 pagi agak berawan. Bulan sekali sekala dapat menjenguk keluar dan tersemput-semput menunjukkan diri. Apabila menghampiri jam 4 pagi. kami pun mula memasang beberapa peralatan yang dibawa. Kami pilih lokasi yang agak hampir dengan kenderaan kami dan mempunyai pandangan arah ufuk barat yang cantik bebas dari sebarang gangguan cahaya dan bangunan serta pokok. Pada jam 4.15 pagi, Bulan sudah pun memasuki ke kawasan Penumbra. Namun dengan mata kasar masih tak nampak perbezaannya. Hanya sekitar 4.30 menerusi kamera Sony Mavica, setelah dilaraskan kecerahan dan exposure time, kami boleh lihat sedikit kawasan bayang-bayang penumbra yang masuk dari arah atas kiri Bulan. Telepon saya bertalu-talu mendapat berita terikini dari rakan-rakan dari Negeri Sembilan, dan KL. yang turut melakukan cerapan. Sekitar jam 4.45, pemerhati yang berada disekitar pantai kelanang ini telah dapat lihat kesan bayang-bayang penumbra dengan mata kasar. Dan sedikit demi sedikit Bulan yang penuh mengambang sebelum ini, mula kelihatan sompek seolah-olah di gigit macam biskut. Menjelang fasa gerhana penuh, Bulan semakin hampir ke laut arah ufuk barat. Namun, apa yang menggusarkan kami ialah kehadiran awan dan kilat yang mula memenuhi ufuk selatan dan bergerak perlahan-lahan ke arah barat! Ini bakal melindungi Bulan ketika ia terbenam. Dan sekitar 6.30, lebih kurang 15 minit sebelum gerhana penuh, Bulan sudah semakin hilang dan sukar dilihat kerana dilindundi awan. Menjelang 6.45 Bulan dah hilang terus! Berita dari KL, menyatakan cuaca di sana amat cerah dan bebas dari awan! Walaupun agak kecewa kerana tidak dapat melihat keadaan Bulan Gerhana terbenam ke laut, namun fenomena ini cukup indah dicerap dan dirakamm walaupun menggunakan kamera biasa. Mudahan-mudahan Gerhana Bulan Penuh seterusnya (yang dijangka akan berlaku 28 Ogos 2007 nanti) akan diiringi cuaca yang lebih baik. Sekian laporan ringkas dari Pantai Kelanang Baru, Banting untuk FalakOnline. Title: Re: Cerapan Gerhana Bulan Penuh di Pantai Kelanang Baru, Banting (4 Mac 2007) Post by: kamayok3 on March 05, 2007, 03:38:09 PM Bagus sekali....... tapi lupa nak mention kita setup kat belakang tandas awam!!!!! WANGINYAAAaaaaaaa..Hahahah :mrgreen:
Tommy Title: Re: Cerapan Gerhana Bulan Penuh di Pantai Kelanang Baru, Banting (4 Mac 2007) Post by: farhana on March 05, 2007, 05:41:54 PM Apa khabar En Shah, Tommy....
Yelaaaa btol la Tommy..wangggiiiii!! hahaha Anyway I had a great time kat pantai kelanang! Thank you for having me there! En Shah, terima kasih for the knowledge and full use of the teleskop besar milik En Shah tu! :-D And Tommy thanks for the experiences you shared! Terima kasih sgt2!! Farhana Title: Re: Cerapan Gerhana Bulan Penuh di Pantai Kelanang Baru, Banting (4 Mac 2007) Post by: sunlay on March 05, 2007, 07:35:16 PM time kasi shah, tommy, joko dan farhana bersama mak & bapak dia sudi turun ke pantai kelanang baru banting yg indah walaupun terpaksa cerap sebelah tandas, terpaksa pekakkan telinga dek karaoke yg m'sakitkan telinga hingga m'undang awan kelabu m'tutup bulan. saya x perasan lak kat situ malam ade spot light & karaoke kat situ...
Title: Re: Cerapan Gerhana Bulan Penuh di Pantai Kelanang Baru, Banting (4 Mac 2007) Post by: shahgazer on March 05, 2007, 08:28:13 PM sama-sama semua..
tak sangka pulak, majoriti daripada kita yang ada di sana, lebih "ingat" bau wangi tu dan teringiang-ngiang dalam kepala lagu karaoke tu, berbanding ingat keadaan gerhana bulan.. :-D Title: Re: Cerapan Gerhana Bulan Penuh di Pantai Kelanang Baru, Banting (4 Mac 2007) Post by: sunlay on March 05, 2007, 08:49:54 PM yg wangi & halwa telinga tuh salingan je.... yg pasti x sabar nak saksi gerhana yg takjub ciptaan ilahi.....
Title: Re: Cerapan Gerhana Bulan Penuh di Pantai Kelanang Baru, Banting (4 Mac 2007) Post by: kamayok3 on March 06, 2007, 08:57:30 AM Sama-sama semua.... Hari ini saya akan hantar slides saya pergi develop. Harap dapat result yang memuaskan. :) Terima kasih kepada Shah kerana sudi uploadkan photos yang menarik di Galeri Falak-online.
Regards, Tommy |