|
Title: Perbezaan Mallincam dan Celestron Neximage Post by: MUZZAMIR on June 11, 2007, 11:59:01 PM Wah meriah betul rasa nye siap ada MODEL FALAK ON LINE hehehe.
Ok nak tanya pendapat sikit tentang. 1. Mallincam Hyper Plus Colour. 2. Celestron Neximager. Apa kelebihan nya dan adakah mudah di pelajari. Title: Perbezaan Mallincam dan Celestron Neximage Post by: kamayok3 on June 12, 2007, 09:05:59 AM Muzammir,
Mari kita bincang topic ni kat tempat lain..... :) Shah...sila pindah topic imaging ni ket topic baru, boleh? Tommy Title: Perbezaan Mallincam dan Celestron Neximage Post by: shahgazer on June 12, 2007, 09:28:04 AM disclaimer: falak-online tidak terlibat secara langsung dalam pengambilan foto-foto suasana tersebut. :-D
1. Mallincam Hyper Plus Colour. 2. Celestron Neximager. Apa kelebihan nya dan adakah mudah di pelajari. Muzzamir, perbezaan secara nyata antara kedua-dua alat ini ialah Mallincam ialah sebuah "integrated video" atau senang cakap sebuah video recorder (tapi ada ciri-ciri khas yang membezakan ia dari video kamera biasa), manakala Neximager ialah mirip kepada sebuah webcam (macam Toucam). Daripada segi cara penggunaannya: Mallincam : Mempunyai video output (S-VIdeo dan Composite) , imej boleh diproses secara internal (dalam kamera itu sendiri) dan boleh dikeluarkan terus ke TV atau Projector yng boleh menerima input S-Video atau Composite, atau PC yang ada Video card Neximage: Output menerusi USB , dan melalui perisian khas dalam Komputer. Tidak boleh keluar direct ke TV atau Projector. Image perlu diproses di dalam komputer untuk mencapai hasil yang baik. Daripada segi objek yang dicerap: Mallincam: Kesemua range objek dari keadaan langit/Buruj (wide ange), planet-planet, komet, bulan, matahari sehinggalah ke deep-sky objects yang kelam-kelam tu. Neximage: Objek yang cerah-cerah seperti planet, bulan, matahari. Daripada segi harga: Mallincam: Agak mahal... tapi berbaloi.. tak percaya? cuba tanya mereka yang dah beli... :wink: Nextimage: Lebih murah dan affordable. Daripada segi "mudah untuk dipelajari" Kedua-dua memang senang nak belajar. Hasil imej bergantung kepada ke-kreatifan masing-masing. :mrgreen: Daripada mana nak beli: Mallincam: Boleh beli dari saya (dealership dapat direct dari pengeluarnya, Rock Mallin) :-D Nextimage: Online atau mungkin ada vendor yang boleh supply Begitulah ceritanya.... Title: Re: Perbezaan Mallincam dan Celestron Neximage Post by: kamayok3 on June 12, 2007, 09:44:06 AM :-D Good explaination, Video sifu!! :-o
Tommy Title: Re: Perbezaan Mallincam dan Celestron Neximage Post by: MUZZAMIR on June 13, 2007, 12:34:21 AM TQ Bro.
Bro nanti boleh msg kat hp saya nak tahu berapa harganya.? sebab lupa nak tanya Bro di ipoh ari itu pasal ada orang nak beli.. Bro kalau gambar pameran ari itu ada tunjuk kan la kat sini. TQ Title: Re: Tanye pendapat Post by: MUZZAMIR on June 14, 2007, 11:45:15 PM Bro,
Etx-80At Meade. nak tanye pendapat teleskop jenis ini.. Title: Re: Perbezaan Mallincam dan Celestron Neximage Post by: kamayok3 on June 15, 2007, 12:19:46 AM Hi bro,
Telescope kecil ni memang sesuai untuk dibawak ke mana mana saja. Ia juga sesuai untuk melihat benda benda seperti bulan, planets, clusters, nebula terang and juga galaksi-galaksi yang terang. Tetapi, kalau adanya budget yang lebih sikit, saya recommend u beli ETX90 lebih baik. Sebab dari segi quality optics nya, ETX90 memang menang ETX80. Oleh kerana ETX80 adalah jenis refractor(Ahcromat), jadi kemungkinan besar planet planet akan muncul chromatic abbreation kat luar lapisan planet tersebut. Tetapi bagi ETX90, hal ini tidak akan muncul sebab ia adalah jenis telescope maksutov. Bagi high magnification, ETX90 memang dapat menghasilkan planet yang lebih cantik dan realistic. Harap bro faham... Tommy Title: Re: Perbezaan Mallincam dan Celestron Neximage Post by: MUZZAMIR on June 15, 2007, 12:25:01 AM TQ ok saya paham..
Macam mana dengan untuk astrofotografi sesuai tak? betul ke telescope ini perlukan komputer untuk auto star? Title: Re: Perbezaan Mallincam dan Celestron Neximage Post by: kamayok3 on June 15, 2007, 12:36:48 AM depends on what you want to shot.
kadang kala ETX series memang susah nak ambil gambar yang longer exposure sebab design fork mountnya yang pendek. Imagine kalau u nak ambil gambar di kepala atas awak, camera ataupun CCD akan langgar dengan base fork mount tu. Jadi, benda yang berada kat 0~45deg masih boleh lagi ambil... Autostar ni memang boleh control dengan menggunakan computer, tetapi sebenarnya controllernya dah merupakan sebuah computer kecil....dalam controller kecil ni terdapat database database planet, deep sky objects dan banyak lagi. Jadi, kenapa nak bawak satu benda lagi? :) nSaya pernah sambungkan autostar ke notebook saya...memang bagus untuk education wise. Mereka dapat tahu di mana lokasi benda benda tu... Regards, Tommy Title: Re: Perbezaan Mallincam dan Celestron Neximage Post by: MUZZAMIR on June 15, 2007, 12:45:09 AM untuk yang baru nak belajar ok kot. buget tak ada nak beli mahal-mahal compeny tak kasi. dapat yang biasa pun ok janji i nak buat astrofoto. dan dapat buat live..
|