|
Title: Misi mencari tempat mencerap paling ideal Post by: shahgazer on September 22, 2004, 11:05:51 PM Assalamualaikum wbt
Dah lama tak tulis, malam ni teringin pula untuk mencerita perihal idaman saya mencari tempat paling ideal untuk buat cerapan. Ketika ini, saya menetap di tengah-tengah kawasan perumahan. Di sebelah timur bandar Kepong & KL, manakala Sg Buloh berada di Barat. Boleh dikatakan di mana-mana saya pandang, langit malam begitu cerah! Dan nak dijadikan cerita, sebulan dua lepas, entah dari mana, tiba-tiba muncul pula spotlight dari kedai mana entah yang menyuluh bagaikan rumah api! :shock: Kalau diikutkan hati, ingin saja pindah ke tempat rumah sewa saya yang lama dulu di Bangi, tapi saya dapat tau juga kawasan itu pun dah teruk 'tercemar' dari lampu spotlight plaza tol Bukit Mahkota! Jadi, nampak gaya memang segala-galanya tidak memihak kepada hobi saya ni! Lebih-lebih lagi bila dah bekerja ni, waktu lepas kerja memang selalu dah penat & exhausted. Kalau nak travel jauh-jauh takut tertidur masa drive pulak!! :shock: Oleh itu, agaknya mana tempat yang paling ok, tak terlalu jauh dari rumah saya di Sri Damansara, tapi cukup jauh dari bandar dan sebarang pencemaran cahaya? Kuala Selangor nampak paling ok. Tapi masalah di sana, tak ada tempat yang boleh dikira 'selamat' untuk pergi teropong sendirian! Kali terakhir pergi sana pun (bulan Mei lepas) kejap saja, tak berani tunggu sampai ke pagi!! :lol: Bukit Fraser pula antara tempat yang bila time langit bebas dari awan, memang , Subhanallah, cukup fantastik! Tapi masalah di sana ialah kadar kelembapan yang terlampau tinggi! Teleskop kita boleh jadi basah lencun jika tak dijaga betul-betul! Jadi agaknya di manakah kawasan yang paling sesuai untuk digunakan sebagai lokasi favourite meneropong? Ada idea? Title: Misi mencari tempat mencerap paling ideal Post by: universe24 on November 29, 2004, 10:13:56 PM Hi Shah,
Selepas membaca post anda di atas itu, saya teringat 2 tahun yang lalu di mana saya sentiasa buat cerapan dan astrofotografi perseorangan. Pada masa tu memang susah nak cari tempat yang bebas dari pencemaran cahaya dan selamat. Saya masih ingat pada bulan Mei, 21hb tahun ini(2004), untuk melihat komet T7 yang baru sahaja muncul jauh dari twilight after dawn, saya seorang pandu ke Sepang membuat cerapan. Pada pukul 8:30pm, saya telah dapat lihat komet T7 tu 15 darjah dari horizon. Pada hari itu juga seluruh dunia hanya saya yang dapat mencerap T7. Pada masa itu, saya tidak berani keluar dari kereta saya dan enjin kereta masih berjalan. Takut betul!!! Tetapi selepas Astrophotography Group of Malaysia ditubuhkan, kumpulan kita telah discovered beberapa tempat di mana sesuai untuk buat pencerapan dan astrofotografi. Yang paling dekat sekali adalah Batang Berjuntai. Tempat pencerapan ini dikira di tepi jalan tetapi lampu kereta lain tidak mengganggu. Langit di sana...arah Utara totally clear and free from light pollution. Sebelah Selatan, cahaya dari KL dan bandar-bandar berdekatan sangat kuat. Pada keseluruhannya, tempat itu bagus. Kumpulan Astrofotografi kita dapat mangambil M31, Andromeda Galaxy selama 30 minutes disana!!! (http://img.photobucket.com/albums/v98/universe24/Messier%20Objects/M31-60minsas.jpg) Title: Re: Misi mencari tempat mencerap paling ideal Post by: mymoon on October 16, 2007, 11:29:02 PM Wah sungguh cantik. Kalau tak diberitahu tentu anggapan gambar di ambil di luar negeri. Boleh sesiapa update tentang Astrophotography Group of Malaysia. Email yang dihantar tidak dibalas.
Disebab kan Astrophotography baru nak popular tempat2 sesuai waiting to be discovered. Tempat nya mesti selamat dari serangan binatang dan manusia. Boleh kah sifu2 beri requirements/criteria of a suitable site supaya sama2 boleh tolong cari. 1. distance how many hours drive from KL maximum. 2. wind shelter? 3 ground condition ...grass but hard soil ideally tarred...?? 4. dll cheers |