Falak-Online Komuniti

ARTIKEL RASMI FALAK-ONLINE => Pengumuman Falak-Online => Topic started by: shahgazer on September 23, 2004, 08:10:47 AM



Title: Mukaddimah
Post by: shahgazer on September 23, 2004, 08:10:47 AM
Assalamualaikum wbt.

Saya mula melibatkan diri di dalam bidang Astronomi sejak di bangku sekolah rendah lagi (sekitar tahun 1984). Pada ketika itu, sumber maklumat amat terhad sehingga menyukarkan saya mendapat berita-berita terkini. Namun, Allah jualah yang telah mengizinkan saya menjumpai beberapa jenis buku Astronomi di kedai berhampiran rumah saya. Abang saya yang ketika itu sedang menyambung pelajaran di UK, turut membeli majalah-majalah seperti Astronomy dan Sky & Telescope.

Di sekolah menengah, saya bersama beberapa rakan lain, telah berjaya menubuhkan Persatuan Astronomi. Walaupun mendapat sedikit tentangan dari guru-guru tetapi kami tetap bertekad hendak mengembangkan minat astronomi di peringkat sekolah.

Di peringkat lebih tinggi, semasa melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM), saya telah diketemukan dengan Prof. Madya Dr. Zaidan Abdul Wahab, seorang pensyarah Fizik, yang mempunyai minat yang sama seperti saya! Alhamdulillah, pertemuan yang berlaku di semester terakhir saya itu, berkekalan sehingga ke hari ini.

Pada sekitar pertengahan dan akhir 90an, saya bersama En.Looi Keng Kok (dari syarikat Infinity Infocus) telah sama-sama menjadi group coordinator mengetuai kumpulan peminat Astronomi di dalam Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS). Kami telah  melakukan beberapa aktiviti ekstrem seperti bermalam & berembun di Bukit Fraser meneropong bintang dan merentasi laut ke pulau sambil mengangkut berkotak-kotak peralatan astronomi untuk mencerap gerhana matahari!  :P

(http://www.falak-online.net/Images/me_kevinty.gif)

Apabila masuk alam pekerjaan, masa aktviti saya sudah agak terhad, ditambah lagi dengan tanggungjawab keluarga. Saya mula menghadkan diri di dalam aktiviti yang membabitkan saya sebagai AJK. Saya meletak jawatan group coordinator Astronomi di MNS. Tetapi saya masih lagi ikut mana-mana aktiviti astronomi, sebagai penyumbang tenaga dan menghulurkan bantuan dari segi menyediakan peralatan astronomi untuk mencerap.

Alhamdulillah, rezeki Allah amat luas. Sehingga hari ini, saya masih dijemput memberi ceramah astronomi. Kebanyakkannya adalah dari pihak sekolah, kadang-kadang pihak FRIM (Kepong) ada jemput juga.

(http://www.falak-online.net/Images/lx90_alliya.gif)

Dari segi peralatan, saya memiliki 2 buah teleskop. Yang pertama ialah LX90 bersaiz 8", manakala yang ke-2 ialah jenis Dobsonian bersaiz 10". Saya menggunakan kamera Mintron 12V1-EX dan yang terbaru Mallincam Pro untuk membuat rakaman imej menerusi teleskop di atas.

Lihat di sini untuk maklumat lebih lanjut  (http://www.falak-online.net/komuniti/index.php?topic=40.0)

Minat saya lebih kepada pencerapan secara visual dan merakam imej objek-objek yang menarik. Saya sedang mencari jalan memperbaiki kaedah pencerapan yang saya lakukan, kerana dari segi jurusan ini (visual & imaging astronomy), saya dapati minat di kalangan umat Islam di Malaysia masih kurang.

Saya gemar membaca tulisan-tulisan yang mengaitkan setiap fenomena  cakerawala yang berlaku dengan Al-Quran serta Hadith! Ia cukup memberi kesan kepada diri saya. Amat berlainan rasanya jika kita hanya mampu baca sahaja sesuatu pengajaran dari Al-Quran & Hadith, tetapi tak dapat lihat dengan mata sendiri keindahan alam semesta ciptaan Allah.

Bagi kebanyakkan orang yang saya temui, ramai yang berasa pelik dan berasa apa perlunya bersusah payah meneropong malam-malam buta, melihat 'benda-benda' yang halus-halus dan kelam apabila dilihat dalam teropong. Bagi saya, benda-benda kecik, halus dan kelam itulah yang memberi pengajaran yang cukup besar di dalam memberi kesedaran di dalam diri seseorang akan betapa hebatnya ciptaan Allah, dan betapa kerdil dan powerless diri kita sebagai hambaNya.

(http://www.falak-online.net/Images/me_and_sultanselangor.gif)

Gabungan 2 jenis ilmu inilah yang saya amalkan sehingga kini.

Cadangan masa depan?
Allah Maha Berkuasa! Selagi minat saya masih menebal, yang mana saya anggapnya sebagai rahmat dan kurniaan dari Allah, selagi itulah saya akan terus mendalami ilmu astronomi dan selagi itu saya terus berkongsi dengan sesiapa sahaja. FALAK-ONLINE ini merupakan antara usaha saya cuba berkongsi ilmu dan minat dengan pelayar cakerawala di sekitar Nusantara!

Mudah-mudahan Allah memberkati usaha kita semua, InsyaAllah.


(http://www.falak-online.net/imej/famili.jpg)


Title: Pengenalan Diri
Post by: abuqaw on September 26, 2004, 11:33:22 PM
:)  Assalamualaikum semua...
Saya ni tak lah berapa arif sgt fasal ilmu falak ni. Tapi dengan minat yg amat mendalam, saya cuba juga mencari bahan berkenaan ilmu falak dari buku2 dan internet.

Tak sangka saya jumpa web yg dibuat oleh saudara Shah ini. So, memang saya sentiasa mengikuti perkembangan hanyalah melalui web ini dan web falak KUSZA.

Saya adalah bekas pelajar KUSZA dlm bidang Perdagangan Antarabangsa. Semasa saya di sana, saya pernah mengambil kursus ilmu Falak ngan En. Baharudin Zainal. Beliaulah pensyarah yg saya minati. Saya rasa En. Baha mungkin tak kenal saya. Tapi takper, dengan kesibukan kerja saya pada sebelah siang, saya akan sentiasa mengikuti perkembangan ilmu falak dengan melayari web Falak Online dan Falak KUSZA di samping yg lain2.

Sekian, serba sedikit infor tentang saya, Wassalam...


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. 8)


Title: Pengenalan Diri
Post by: capri on November 01, 2004, 04:25:20 PM
assalamualaikum w.b.t...
     saya mula meminati bidang astronomi sejak di sekolah rendah lg dan saya bersyukur kerana minat ini masih ada sehingga kini.saya menuntut di dlm bidang kejuruteraan aeroangkasa dan mula mengetahui laman web ini lebih kurang sebulan yg lalu.mmg seronok bila dpt tahu ramai lg yg berminat dgn kajian astronomi.saya berasa pelik sekiranya ada yg langsung tidak berminat atau mengambil tahu ttg alam semesta kita.bg    saya mempelajari bidang ini mmg menarik krn tiada penghujungnya.selain dpt menikmati keindahan s/jadi ciptaan tuhan dpt juga menilai betapa besarnya kuasa tuhan.
       saya berharap dgn adanya web site ini dptlah kita menambah dan berkongsi maklumat.
      lastly,saya ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa dan selamat hari raya aidilfitri.... :)


Title: Pengenalan Diri
Post by: ibnusina on May 13, 2005, 03:56:22 PM
salam semua,

Selamat berkenalan. Tahniah kepada webmaster kerana menghasilkan satu website yang berinformasi dan menarik.

Sejak dari bangku sekolah lagi memang saya dah berminat dengan astronomi ni cuma belum berjumpa teman yang sama-sama minat. Sampai lar nih, bekerja dan berkeluarga. Namun sejak tsunami kat sumatra hari tu, kisah hari kiamat menjadi semakin hangat. Terdetik hati untuk buat research kat internet pasal komet. Tup... Tup... jumpa website nih.

Semoga website ni akan terus aktif menyalurkan informasi astronomi terkini.


Title: Re: Mukaddimah
Post by: khafly on September 16, 2005, 06:29:54 PM

Assalamu'alaikum sahabat;

Tahun 2005 ni, bila kita tengok anak bulan untuk Ramadhan & Syawal? Ada chance nampak ke? Bolehke kita pergi sama2 tengok anak bulan tu kat Bukit Melawati dengan orang Jabatan Mufti ?

Wassalam


Title: Re: Mukaddimah
Post by: syehcooladram on October 19, 2005, 10:05:14 PM
Assalaamu`alaikum

Saya baru hendak berjinak-jinak dengan ilmu falak. Tak tahu di mana nak mula. Saya bercadang untuk membeli sebuah teropong cerap. Saya tinggal di Penang. Harap Sdr dapat memberi sedikit maklumat tentang ahli-ahli yang terdapat di Penang dan pembekal teropong cerapan di sebelah utara.

Sekian. terima kasih.

Shaikh Mahdzar Ahmad

E-Mail: datsal@tm.net.my or syehcooladram@yahoo.com


Title: Re: Mukaddimah
Post by: botok on October 20, 2005, 09:37:35 AM
Selamat berkecimpung sdr syehcooladram, kalau sdr kat penang boleh contact sdr CK Lim (nickname perseid) kedai dia ada di Kompleks Bukit Jambul atau email saja dia perseid@streamyx.com , truss tube telescope dia menarik dan mengikut review yg sdr Tommy (kamayok) bagi mmg bagus.


Title: Re: Mukaddimah
Post by: suffiyatul_abdah on February 05, 2006, 04:14:00 PM
Assalamualaikum...
Salam perkenalan semua.Alfun mabruk diucapkan kpd saudara shah kerna dpt memperkenalkan laman web ni pada semua. Alhamdulillah baru2 ni barula ana terpanggil untuk melayari website ni.. Bnyk sungguh info yg buleh didapati di sini. Ana mule meminati bidang falak ini ketika mule2 mempelajarinya di KUSZA.. Cikgu Baharrudin dan warga kerja falak bnyk mendidik kami mengenali ilmu ini. Dari situlah dtgnya minat yg mendalam terhadap bidang ni. Pernah satu ketika ana memohon untuk bekerja di bahagian falak negeri, tp ssguhnye kuota untuk kaum hawa cukup limit. Benar, tugas2 dlm bidang ini cukup terbatas untuk kami. Pelbagai pengalaman telah dapat dikutip semasa menyertai kursus falak syarie di KUSZA.

Semoga dgn usaha saudara untuk memartabatkan ilmu falak ini diberkati.. Amin Ya Rabb


Title: Re: Mukaddimah
Post by: bentze on April 17, 2006, 10:55:52 PM
Hey, you're from MNS!!


Title: Re: Mukaddimah
Post by: umifatimah on April 21, 2006, 10:56:21 PM
saya ni macam lain-lain peminat ilmu falak. Berminat sgt, tapi dok tahu nok mula. Tahniah kerana mewujudkan laman ini. My favorite web site. Teringin jugok saya nok tengok komet tu, tapi at mana duduknya bintang kappa herculis.tq. 


Title: Re: Mukaddimah
Post by: ben hassan on May 13, 2006, 05:22:13 PM
assalamualaikum...untuk encik syahgazer.. sudilah kiranya encik menceritakan kepada saya riwayat hidup bintang bermula dari mana nebula datang sehingga lah proses black dwarf dan juga keperingkat black hole dan neutron star...kalau boleh encik sertakan dengan rujukannya sekali...diharap encik sudi memenuhi permintaan saya dengan menghantar artikel encik ke email saya:  chenoob@yahoo.com  ataupun disiarkan diruangan forum ini untuk dikongsi dengan sahabat-sahabat lain. terima kasih.  :mrgreen:


Title: Re: Mukaddimah
Post by: zarqali on May 15, 2006, 12:57:12 AM
Assalamualaikum wrt,

Bila baca semua replies ni teringin saya nak kongsi pengalaman saya dalam dunia falak dgn semua. Al-kisah :....

Saya bekas pelajar seklah agama di 2 buah negeri iaitu Pahang dan Kedah. Cita2 nak jadi arkitek sbb saya suka sgt tgk situasi hidup seorg arkitek. Kenapa ? Mungkin kerana saya bayangkan betapa syoknya berimaginasi dgn lukisan, dgn komputer. Mungkin pengaruh abang saya seorang drawing desingner kuat pada diri saya. Sayangnya di sekolah saya ketika tu takdek subjek lukisan, makmal sains pun takdek, komputer...?? seingat saya ada sebijik kat pejabat pentadbiran. Maklumlah sekolah agama rakyat dulu tidak mcm sekarang. Saya nekad belajar melukis sendiri2, saya hafal buku nota sains sasbadi tu..

Bila dpt result SPM dan isi borang UPU barulah saya tahu bahawa kalau nak jadi arkitek kena ada certain qualification. Sampai sekarang kalau saya ceramah dgn student sekolah, saya akan bagi nasihat kena tahu kelayakan memohon dulu sebelum memohon. Jadi saya yg tidak ada arah tujuan ambik la Dip. Syariah di Kusza. Mula2 tu rasa tension sbb dah lari dari cita2 saya utk jadi arkitek.  :? :oops:

Sebulan pertama saya berperang dgn jiwa saya.. mcmn dgn impian aku... aku nak jadi ustaz ke...jadi ust mana ade peluang buat keja2 teknikal mcm arkitek... mcm2 lagi. Tapi alhamdulillah Allah swt takdirkan saya terus bertahan di bumi Kusza. Saya ambik kursus falak sebagai subjek ko-kurikulum dgn alasan yg cukup ntahapapa antaranya boleh naik bas campur laki2 pompuan kah..kah...  :-D

Kemudian saya sambung Pengajian di "U" ambik syariah & Qanun. Waktu tu dah tak terdetik utk jadi "arkitek". Habis pengajian saya kejar kerja sebagai seorg lawyer @ hakim. Namun Allah swt menentukan segalanya saya diterima berkerja di Jab. Mufti yg baru nak cari staff di bahagaian falak. Tak sangka dgn bekal sijil ko-kurikulum falak di Kusza dapat bg saya sikit advantage berbanding calon2 lain.

Akhirnya sudah hampir 4 thn saya dok bergelumang dgn dunia falak. Masih bertatih-tatih saya dalam falak dgn guru2 saya mcm cikgu Baha,Cikgu Mat, Mr. Shah, Azam & ramai lagi. Kehidupan saya cukup aman dgn dunia falak. Bermain dgn angka2, fakta2 agama & sains, Komputer, teleskop dan segalanya. Cuma saya baru tersedar bahawa tuhan Maha Adil kerana akhirnya saya ditadirkan juga utk menjadi arkitek... walaupun arkitek LAngit... :-)

Wassalam

P/s :Sorilah Syah pasal byk plak ambik space dalam forum ni..


Title: Re: Mukaddimah
Post by: MUZZAMIR on May 16, 2006, 02:26:22 AM
Assalamualaikum..

Sahabat-sahabat seperjuangan Angkasa. Saya pun nak tumpang cite sikit. Semenjak saya jumpa Abg. Shah dan kawan-kawan falak online yang lain saya rasa macam bersemangat untuk belajar dan manfaatkan peluang yang ada dalam falak online.

Cita-cita saya nak buat seluruh rakyat Islam di malaysia ini celik falak. Saya akan buktikan di NEGERI saya sendiri NANTIKAN !!!.

Saya tak akan lupakan Detik kali pertama saya melihat bulan mengunakan teleskop..

"MAHA SUCI ALLAH" Dialah yang maha pencipta sekelian alam.


Title: Re: Mukaddimah
Post by: amie on November 14, 2006, 12:02:02 AM
Dengan Nama Allah Yang Amat Pemurah Lagi Amat Mengasihani..

Assalamu'alaikum wrt..


   Segala puji hanya bagi Allah swt Tuhan sekelian alam.Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang hidup kekal.. lagi berdiri dengan sendirinya.. dan aku mohon taubat kepada Mu.. Amin..

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Shahgazer,kerana berjaya mewujudkan laman web ini sekaligus memberi sedikit ilmu yang amat berharga kepada semua yang mengunjungi serta membaca isi kandungan laman ini.

Tidak melampau bagi saya untuk saya katakan yang saya seorang yang meminati ilmu falak.Dengan komuniti forumer yang amat berpengetahuan di sini,saya amat berharap agar kita dapat berkongsi 'nikmat' anugerah Allah Yang Maha Besar ini!..
Saya masih lagi baru dalam bidang ini dan amat berharap agar mendapat tunjuk ajar dari sahabat-sahabat sekalian.


Sekian wassalam..



Title: Re: Mukaddimah
Post by: Penyelamat Dunia on December 09, 2006, 01:05:42 AM
Assalamualaikum, Saya Penyelamat Dunia,

Saya amat berminat dengan Astronomi semenjak saya di bangku sekolah rendah lagi. Ketika itu saya mula menjinakkan diri kerana terpengaruh dengan gambar-gambar foto astronomi dari sebuah buku di perpustakaan sekolah.
Sejak itu, saya suka membaca, membelek dan mencari apa jua maklumat mengenai astronomi. Saya cukup berminat sehinggakan saya suka bertanya kepada ibu bapa, guru dan rakan-rakan mengenai pengetahuan langit. Saya masih ingat sehingga sekarang pada masa itu saya boleh menceritakan perihal astronomi dan maklumat-maklumat tentang langit malam kepada semua orang. Mereka terkejut kerana tidak menyangka kanak-kanak seperti saya ketika itu memiliki pengetahuan yang agak mendalam. Rakan-rakan sepermainan juga sering berkumpul di hadapan saya semata-mata mahu mendengar cerita saya mengenai langit malam ketika kami berkumpul di pangkin beramai-ramai. Sungguh indah sekali pengalaman pada waktu itu.

Kemudian, ketika saya di sekolah menengah, pengetahuan dan pengalaman saya dipertingkatkan lagi malah saya buat pertama kalinya mengenali dan menyentuh teleskop milik rakan saya. Perasaan dapat menyentuh dan menggunakan teleskop untuk mencerap bintang sangat gembira dan menambah semangat saya untuk menerokai langit malam. Ketika itu juga, pengetahuan astronomi saya bertambah dengan melalui debat bersama rakan-rakan yang memiliki minat yang sama.

Kini, saya sudah bekerja, sebagai ahli pelayaran yang telah berlayar ke seluruh pelusuk dunia, saya melihat dan merenung sepuas-puasnya keindahan langit malam di tengah lautan yang gelap dan luas itu. Pelbagai fenomena telah dapat saya lihat, galaksi, planet, cluster, nebula, meteor dan pelbagai lagi objek di langit. Cukup dahsyat apabila mendongak ke langit malam di tengah lautan, bintang-bintang bertaburan penuh memenuhi langit malam, sungguh indah ciptaanMu Ya Allah, saya berasakan diri saya begitu kerdil dan lemah sekali, kadang-kadang saya menangis keseorangan melihatkan keindahan langit berbintang itu.

Kini, saya sedang berjinak-jinak untuk memulakan hobi astrofotografi, saya amat berminat dengan kamera digital DSLR Canon EOS 30D, adakah kamera ini bagus untuk astrofotografi? Saya amat berharap maklumat dari anda semua, terima kasih.


Title: Re: Mukaddimah
Post by: shahgazer on December 12, 2006, 05:17:03 PM

Kini, saya sudah bekerja, sebagai ahli pelayaran yang telah berlayar ke seluruh pelusuk dunia, saya melihat dan merenung sepuas-puasnya keindahan langit malam di tengah lautan yang gelap dan luas itu. Pelbagai fenomena telah dapat saya lihat, galaksi, planet, cluster, nebula, meteor dan pelbagai lagi objek di langit. Cukup dahsyat apabila mendongak ke langit malam di tengah lautan, bintang-bintang bertaburan penuh memenuhi langit malam, sungguh indah ciptaanMu Ya Allah, saya berasakan diri saya begitu kerdil dan lemah sekali, kadang-kadang saya menangis keseorangan melihatkan keindahan langit berbintang itu.


Assalamualaikum "Penyelamat Dunia"...

wow, menarik tu, ahli pelayaran. Pernah saya sekali bermalam di Pulau Aur dekat Mersing, masa tu menyaksikan gerhana matahari annular pd tahun 1998. Pada sebelah malam tu, langit memang clear sangat. Dan tak pernah saya menjadi saksi keadaan langit itu sebelum itu, dan sampai hari ini, tak de yang setanding keadaan malam tu....

memang langit penuh dengan RIBUAN bintang, malah bintang2 terlampau banyak sehinggakan buruj-buruj pun tak dapat saya kenal, pasal banyak bintang2 extra yang muncul!  :-o

Kalau tak silap Pulau Aur tu cukup jauh dari daratan, jadi tak de sebarang gangguan cahaya langsung dari bandar2 berdekatan....

Mungkin "Penyelamat Dunia" boleh cerita lebih sikit pengalaman mencerap di tengah lautan! menarik ni! Agak malang, saya ni bab-bab naik bot tengah laut memang saya surrender!! pening!!  :mrgreen:


Quote
Kini, saya sedang berjinak-jinak untuk memulakan hobi astrofotografi, saya amat berminat dengan kamera digital DSLR Canon EOS 30D, adakah kamera ini bagus untuk astrofotografi?

haaa, kamera tu memang ok untuk astrofotografi, mungkin kamayok/tommy boleh bagi feedback bab ni, dia lebih pakar...  :evil:

-Shah-



Title: Re: Mukaddimah
Post by: Penyelamat Dunia on December 13, 2006, 04:13:21 PM

Kini, saya sudah bekerja, sebagai ahli pelayaran yang telah berlayar ke seluruh pelusuk dunia, saya melihat dan merenung sepuas-puasnya keindahan langit malam di tengah lautan yang gelap dan luas itu. Pelbagai fenomena telah dapat saya lihat, galaksi, planet, cluster, nebula, meteor dan pelbagai lagi objek di langit. Cukup dahsyat apabila mendongak ke langit malam di tengah lautan, bintang-bintang bertaburan penuh memenuhi langit malam, sungguh indah ciptaanMu Ya Allah, saya berasakan diri saya begitu kerdil dan lemah sekali, kadang-kadang saya menangis keseorangan melihatkan keindahan langit berbintang itu.


Assalamualaikum "Penyelamat Dunia"...

wow, menarik tu, ahli pelayaran. Pernah saya sekali bermalam di Pulau Aur dekat Mersing, masa tu menyaksikan gerhana matahari annular pd tahun 1998. Pada sebelah malam tu, langit memang clear sangat. Dan tak pernah saya menjadi saksi keadaan langit itu sebelum itu, dan sampai hari ini, tak de yang setanding keadaan malam tu....

memang langit penuh dengan RIBUAN bintang, malah bintang2 terlampau banyak sehinggakan buruj-buruj pun tak dapat saya kenal, pasal banyak bintang2 extra yang muncul!  :-o

Kalau tak silap Pulau Aur tu cukup jauh dari daratan, jadi tak de sebarang gangguan cahaya langsung dari bandar2 berdekatan....

Mungkin "Penyelamat Dunia" boleh cerita lebih sikit pengalaman mencerap di tengah lautan! menarik ni! Agak malang, saya ni bab-bab naik bot tengah laut memang saya surrender!! pening!!  :mrgreen:


Quote
Kini, saya sedang berjinak-jinak untuk memulakan hobi astrofotografi, saya amat berminat dengan kamera digital DSLR Canon EOS 30D, adakah kamera ini bagus untuk astrofotografi?

haaa, kamera tu memang ok untuk astrofotografi, mungkin kamayok/tommy boleh bagi feedback bab ni, dia lebih pakar...  :evil:

-Shah-

Terima Kasih kerana reply mesej saya,
Buat masa yang terdekat ini saya akan dipanggil semua berlayar tetapi pelayaran kali ini tak jauh, cuma sekitar Asia Tenggara sahaja. Ini memberikan kelebihan kerana saya boleh berhubung dengan keluarga dan senantiasa mengambil tahu perkembangan terkini negara.

Baiklah, saudara pengembara semesta, baru2 ini saya melawat Planetarium Negara dan ingin juga mencari teleskop jika ada dijual di sana tetapi agak malang Syarikat Infinity Infocus yang menjual teleskop sudah tidak beroperasi di situ lagi malah saya bertanya dengan pekerja-pekerja di situ mereka berkata bahawa syarikat itu sudah berpindah ke Petaling Jaya akan tetapi tidak diketahui di mana tempatnya?

Boleh sekiranya diberi maklumat dimana bole saya mendapatkan teleskop dan juga peralatan2 yang lain kerana saya sedang berusaha mengumpul wang ke arah itu, terima kasih.





Title: Re: Mukaddimah
Post by: kamayok3 on December 14, 2006, 09:28:01 AM
Hi Penyelamat Dunia,

Selain daripada Infinity Infocus, ada juga telescope dealer kat Malaysia yang famous. Mereka memang pakal dalam  bidang telescope and astronomi. Kalau ada masa, pergilah bersembang-sembang dengan mereka.

1. Stargazer Scientific S/B

BUKIT JALIL GOLF & COUNTRY RESORT
LOT 11A, JALAN 3/155B, BUKIT JALIL,
57000 KUALA LUMPUR, W.P., MALAYSIA.

Telephone No. +603-8996 3378
Facsimile No.    +603-8996 3379

www.stargazer.com.my

Nama Owner ialah Bobby / Ms. Cho

----------------------------------------------------------------------------

2. Perseid Telescope & Binoculars

ADDRESS:
4-39, Kompleks Bukit Jambul,
Jalan Rumbia,11900 Bayan Lepas,
Penang, Malaysia.

TELEPHONE:
(604) 646 4250 (office - 2:00 p.m. - 9:00 p.m.) / 649 5250 (home)

HANDPHONE:
(012) 423 2111 / (012) 431 7980

http://www.perseid.com.my/

Nama Owner: Mr. Lim / CK Lim

---------------------------------------------------------------------------
You boleh inform mereka that Saya (Tommy) yang kenalkan you kepada mereka. They all know me well. Mungkin Senang sikit. :)

Happy telescope hunting!

Regards,

Tommy



Title: Re: Mukaddimah
Post by: Penyelamat Dunia on December 18, 2006, 01:03:44 AM
Terima Kasih saya ucapkan kepada anda Tommy

Stargazer Scientific, saya ada melawat kedainya petang tadi tapi tutup. Amat bernasib baik kedai ini dekat dengan kawasan tempat tinggal saya. Memang, ada banyak teleskop, binokular dan juga peralatan astronomi yang lain dijual disitu. Tapi, closed dan saya mendapat tahu tuan punya kedai sering ada aktiviti setiap minggu.

Walau apa pun terima kasih saya ucapkan terima kasih sekali lagi kerana memberi maklumat dimana kedai yang menjual teleskop, pemburuan teleskop idaman dan terbaik telah pun bermula. :mrgreen:


Title: Re: Mukaddimah
Post by: kamayok3 on December 18, 2006, 09:08:28 AM
You are always welcome. :)

Tommy


Title: Re: Mukaddimah
Post by: kamayok3 on December 19, 2006, 03:35:49 PM
Penyelamat dunia,

Sudah jumpa Bobby/Ms. Cho? Dah beli telescope idaman u?

Tommy


Title: Re: Mukaddimah
Post by: Penyelamat Dunia on December 20, 2006, 01:57:22 AM
Hello Tommy

Its nice to know you
I hope I can gain my knowledge from you.

Ok, sebenarnya saya masih belum berjumpa dengan Ms Cho lagi kerana plan saya untuk membeli teleskop dijangka tahun depan, jadi buat masa ini saya menimba pengetahuan sebanyak mungkin sebagai persediaan ke arah menjadi 'amateur astronomer'.

Saya ingin membaca pendapat anda tentang permasalahan yang saya hadapi, mungkin anda memiliki pengetahuan tentang ini. Baik, baru-baru ini saya mendapat tahu tentang Infinity Infocus Co di Petaling Jaya. Syarikat ini juga menjual teleskop dan saya inginkan kepastian dari anda.

Adakah syarikat ini benar-benar menjual teleskop dan peralatannya dari jenama terbaik dunia iaitu MEADE ?

Jika benar, berilah jawapan dan berikan saya lebih maklumat mengenai syarikat itu kepada saya. Saya juga tidak tahu di manakah lokasi syarikat itu memandangkan Petaling Jaya bukanlah satu bandar yang kecil. Saya harap anda boleh tunjukkan melalui peta.

Seterusnya pula, saya ada membaca katalog teleskop MEADE keluaran 2007. Di sana saya dapati teleskop jenis Lightbridge Series 16" Deluxe memiliki 'aperture' yang paling tinggi iaitu 16". Aperture 16" bagi teleskop ini amat tinggi dan ia sama juga aperturenya dengan teleskop MEADE LX200R 16" dan MEADE RCX 400 16" Maxmount. Soalan saya ialah adakah aperture 16" bagi Lightbridge sama kekuatannya dengan aperture teleskop MEADE LX200R 16" dan RCX 400 16" ?

Saya dapati Lightbridge 16" cuma tidak ada kelengkapan untuk astrofotografi, GPS, AutoStar dan lain-lain oleh sebab itulah harganya jauh lebih murah akan tetapi mampu mencerap bintang yang jauh.

Nampak gayanya saya pendamkan dahulu keinginan astrofotografi 'deep sky' memandangkan teleskop untuk astrofotografi cukup mahal dan mungkin akan saya dapatkan di lain-lain tahun akan datang. Cuma, saya mulakan langkah astrofotografi 'scenic' dahulu memandangkan ia hanya memerlukan kamera digital DSLR sahaja.

Saya sudah jatuh cinta dengan teleskop MEADE Lightbridge 16" Deluxe disebabkan godaan aperturenya yang cukup tinggi. Di harap Tommy memberi penjelasan mengenai kemusykilan saya diatas.


Title: Re: Mukaddimah
Post by: Penyelamat Dunia on December 20, 2006, 02:23:31 AM
Oh ya, seperti diminta oleh saudara Shahgazer mengenai pengalaman saya memerhatikan bintang di laut lepas saya akan ceritakan serba sedikit mengenainya.

Ketika saya berada di lautan pada malam hari, suasananya gelap gelita. Hanya langit, air, angin dan objek-objek angkasa lepas menemani malam saya di atas anjung kapal mengemudi pelayaran.

Saya saksikan bintang-bintang penuh mengisi di segenap penjuru langit malam. Saya saksikan sendiri Pusat Bima Sakti kelihatan jelas dan menakutkan. Jalur-jalur Awan Magellan melintasi di tengah-tengah langit. Selain itu, saya saksikan hampir setiap jam akan terlintas meteor yang menerangi langit malam buat sesaat.

Cahaya bulan bersih bersinar megah dan anggun. Jupiter, Saturn, Mars dan Venus saya cerap dengan menggunakan binokular. Saya tersenyum sendirian kerana dapat melihat Venus dengan jelas melalui binokular.

Kadang-kadang, saya dapat juga melihat satelit yang sedang mengorbit Bumi. Cahayanya berkelip-kelip dan saya jangkakan satelit itu agak dekat. Mungkin melintas untuk mengambil gambar kapal yang saya naiki.

Kemudian, saya mengambil sekstan iaitu sejenis alat untuk menentukan posisi kapal di laut menggunakan objek-objek di langit. Sebenarnya saya tidaklah terlalu mahir menggunakannya kerana teknologi terkini iaitu GPS Receiver telah menggantikan Sekstan. Sekstan hanyalah 'requirement' asas yang perlu di bawa ketika pelayaran. Haha, disebabkan terlalu bergantung kepada teknologi menyebabkan kaedah tradisional ditinggalkan. Walau apa pun, saya tetap melatih diri saya agar menjadi lebih pakar menggunakannya jika berlakunya 'black out' di atas kapal kerana jika keadaan itu berlaku maka semua alat pelayaran elektronik tidak dapat berfungsi.

Jika saya berlayar jauh ke hemisfera utara, buruj-buruj bintang berbeza dengan apa yang saya lihat di khatulistiwa dan hemisfera selatan. Saya menggunakan buku Nautical Almanac untuk mengenali buruj-buruj bintang.

Sebenarnya, pelayaran dengan astronomi ada perkaitan. Pelayaran menggunakan objek-objek dilangit seperti bintang, matahari, bulan dan planet untuk menentukan arah. Saya sering mempraktikkan pengiraan menggunakan objek-objek di langit untuk menentukan ketepatan kompas kapal. Ia amat penting kerana di situ boleh diketahui samada kompas kapal (Gyrocompass) tepat atau sebaliknya. Ia dikira menentukan 'Deviation' dan 'Variation'.

Inilah serba sedikit kisah saya mengenai angkasa lepas di lautan.


Title: Re: Mukaddimah
Post by: shahgazer on December 20, 2006, 10:24:57 AM

Saya ingin membaca pendapat anda tentang permasalahan yang saya hadapi, mungkin anda memiliki pengetahuan tentang ini. Baik, baru-baru ini saya mendapat tahu tentang Infinity Infocus Co di Petaling Jaya. Syarikat ini juga menjual teleskop dan saya inginkan kepastian dari anda.

Adakah syarikat ini benar-benar menjual teleskop dan peralatannya dari jenama terbaik dunia iaitu MEADE ?

Jika benar, berilah jawapan dan berikan saya lebih maklumat mengenai syarikat itu kepada saya. Saya juga tidak tahu di manakah lokasi syarikat itu memandangkan Petaling Jaya bukanlah satu bandar yang kecil. Saya harap anda boleh tunjukkan melalui peta.


Izinkan saya menyampuk sikit..  :-D

Kedua-dua teleskop yang saya guna , 8" LX90 dan 10" Starfinder, saya beli dari Infinity Infocus. Oleh itu ia memang menjual teleskop jenama Meade, dan mereka juga kalau tak silap authorize distributor untuk Meade di Asia Pacific.

Kedai mereka di Planetarium dah lama tutup, kerana pengurusan Planetarium ada rancangan lain. Jadi mereka terpaksa tukar tempat ke kawasan kedai di Subang Jaya. Yang Petaling Jaya tu, ialah rumah En.Looi. Di Subang ialah kedai adik dia, En.Jerry. Alamat mereka saya tak ada pulak! Mungkin boleh hubungi mereka direct di 019-2216425 (Jerry) atau 012-2956331 (Looi), sebut nama saya "Shahrin", manalah tau dapat diskaun..  :mrgreen:




Seterusnya pula, saya ada membaca katalog teleskop MEADE keluaran 2007. Di sana saya dapati teleskop jenis Lightbridge Series 16" Deluxe memiliki 'aperture' yang paling tinggi iaitu 16". Aperture 16" bagi teleskop ini amat tinggi dan ia sama juga aperturenya dengan teleskop MEADE LX200R 16" dan MEADE RCX 400 16" Maxmount. Soalan saya ialah adakah aperture 16" bagi Lightbridge sama kekuatannya dengan aperture teleskop MEADE LX200R 16" dan RCX 400 16" ?


Dari segi aperture 16 inch, memang sama saje di antara ketiga-tiganya, kalau ada perbezaan pun, sikit sangat untuk dikesan. Dan perbezaan ini bukan disebab saiz aperture, tetapi lebih kepada rekabentuk ketiga-tiga jenis ini yang berlainan.

Saya dapati Lightbridge 16" cuma tidak ada kelengkapan untuk astrofotografi, GPS, AutoStar dan lain-lain oleh sebab itulah harganya jauh lebih murah akan tetapi mampu mencerap bintang yang jauh.

Saya pun berangan-angan dari dulu hendak memiliki teleskop saiz 16" . Tapi banyak isu-isu logistik perlu diambil kira, dan nampak gaya macam tak berbaloi.... buat masa ini!  :-P



Nampak gayanya saya pendamkan dahulu keinginan astrofotografi 'deep sky' memandangkan teleskop untuk astrofotografi cukup mahal dan mungkin akan saya dapatkan di lain-lain tahun akan datang. Cuma, saya mulakan langkah astrofotografi 'scenic' dahulu memandangkan ia hanya memerlukan kamera digital DSLR sahaja.

Tak ada nak cuba menceburi video astronomi?  8-) , rasanya kita tidak perlu sangat teleskop yang mempunyai mounting yang robotik untuk merakam imej-imej deepsky.  :wink:

...godaan aperturenya...

Aperture Fever....  :evil:

-Shah-


Title: Re: Mukaddimah
Post by: kamayok3 on December 20, 2006, 11:26:14 AM
Hello Tommy

Its nice to know you
I hope I can gain my knowledge from you.

Ok, sebenarnya saya masih belum berjumpa dengan Ms Cho lagi kerana plan saya untuk membeli teleskop dijangka tahun depan, jadi buat masa ini saya menimba pengetahuan sebanyak mungkin sebagai persediaan ke arah menjadi 'amateur astronomer'.

Saya ingin membaca pendapat anda tentang permasalahan yang saya hadapi, mungkin anda memiliki pengetahuan tentang ini. Baik, baru-baru ini saya mendapat tahu tentang Infinity Infocus Co di Petaling Jaya. Syarikat ini juga menjual teleskop dan saya inginkan kepastian dari anda.

Adakah syarikat ini benar-benar menjual teleskop dan peralatannya dari jenama terbaik dunia iaitu MEADE ?

Jika benar, berilah jawapan dan berikan saya lebih maklumat mengenai syarikat itu kepada saya. Saya juga tidak tahu di manakah lokasi syarikat itu memandangkan Petaling Jaya bukanlah satu bandar yang kecil. Saya harap anda boleh tunjukkan melalui peta.

Seterusnya pula, saya ada membaca katalog teleskop MEADE keluaran 2007. Di sana saya dapati teleskop jenis Lightbridge Series 16" Deluxe memiliki 'aperture' yang paling tinggi iaitu 16". Aperture 16" bagi teleskop ini amat tinggi dan ia sama juga aperturenya dengan teleskop MEADE LX200R 16" dan MEADE RCX 400 16" Maxmount. Soalan saya ialah adakah aperture 16" bagi Lightbridge sama kekuatannya dengan aperture teleskop MEADE LX200R 16" dan RCX 400 16" ?

Saya dapati Lightbridge 16" cuma tidak ada kelengkapan untuk astrofotografi, GPS, AutoStar dan lain-lain oleh sebab itulah harganya jauh lebih murah akan tetapi mampu mencerap bintang yang jauh.

Nampak gayanya saya pendamkan dahulu keinginan astrofotografi 'deep sky' memandangkan teleskop untuk astrofotografi cukup mahal dan mungkin akan saya dapatkan di lain-lain tahun akan datang. Cuma, saya mulakan langkah astrofotografi 'scenic' dahulu memandangkan ia hanya memerlukan kamera digital DSLR sahaja.

Saya sudah jatuh cinta dengan teleskop MEADE Lightbridge 16" Deluxe disebabkan godaan aperturenya yang cukup tinggi. Di harap Tommy memberi penjelasan mengenai kemusykilan saya diatas.


Hi Penyelamat dunia,

Infinity infocus Co memang ada jual MEADE telescope. Tetapi apa yang saya tahu ialah harganya memang lebih mahal berbanding dengan dealer lain. Owner syarikat ni ilaha Mr. Looi. Dia adalah seorang yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang tinggi di bidang telescope dan astronomy.

Saya juga tak pasti kat mana Infinity Infocus pindah. Kemungkinan besar ialah di Old town, PJ sebab Mr. Looi tinggal kat sana. Jadi mungkin dia menggunakan rumahnya sebagai Kedai telescope buat sementara.

Sebenarnya di dunia astronomi, kita mesti tahu mengenalpasti apakah maksud "amateur astronomer"?  Pada pendapat saya, amateur astronomer ialah seorang yang belajar pelbagai-bagai jenis subjek di dalam dunia astronomi semasa beliau masih muda lagi ataupun yang baru sahaja minat dalam bidang astronomi.

Jadi, apakah yang harus awak belajar supaya dapat menjadi seorang amateur astronomer? Jawapannya ialah, membaca buku yang berkaitan.....belajar macam mana nak mengenalpasti buruj-buruj.......mengetahui serba sedikit theori-theori astronomi......dan akhirnya, barulah beliau belajar memilih telescope yang sesuai dan bukannya idaman dan mahal pada permulaan.

Kebanyakkan amateur astronomer bermula dengan sepasang binokular. Binokular senang nak beroperasi dan juga senang untuk anda mengetahui benda-benda yang terang ataupun yang gelap sekali di langit malam. Maksud saya benda-benda yang terang ialah, bulan...planet....star clusters dan lain-lain lagi. Manakala benda-benda yang gelap ialah, galaksi...nebula...dan sebagainya. Siapa yang kata sepasang binokular tidak dapat melihat benda-benda di atas langit malam? Jawapannya ialah memang boleh!! Anda kena cubanya dengan mata sendiri.

Selepas anda dapat mengenalpasti sekurang kurangnya 20 buruj dan bintang bintang yang terang di langit malam, barulah anda fikirkan sama ada anda perlukan sebuah telescope ataupun tidak.

Process memilih telescope yang sesuai untuk sendiri adalah process yang paling penting sekali. Anda juga kena tanya sendiri beberapa soalan yang penting.

1. Apakah sistem telescope yang sesuai untuk saya? (INGAT: Bukannya telescope idaman ataupun yang mahal sekali)
2. Mengapa saya nak memilih sistem ni?
3. Apakah objectif saya supaya memilih sistem telescope ni?
4. Adakah sistem ini sesuai untuk digunakan dalam keadaan yang mempunyai pencermaran cahaya?
5. adakah sistem ini mudah dipindah ke sana sini?

Mungkin banyak lagi soalan yang akan muncul kemudian..........

Pada penday saya, telescope yang mempunyai large aperture memang bagus dalam menikmati langit malam. TETAPI, terdapat banyak aspek yang anda harus fikirkan. Salah satunya ialah:

1. keadaan cahaya di sekeliling tempat tinggal awak. Sedikit cahaya yang terang akan mengganggu anda membuat observation. Kecuali anda ingin pindahkan monster ni ke tempat yang memang gelap sekali......

Oleh itu, Visual astronomy merupakan salah satu subjek yang penting sekali di dalam bidang astronomy.

Dalam dunia teleskop, saya akan cuba classify kan untuk anda supaya anda dapat melihat dan mengetahui dengan  lebih teliti lagi.

Terdapatnya beberapa jenis telescope yang bukannya mahal dan senang untuk beginner operasikan.

1. Refractor
2. Reflector (Newtonian)
3. Cassegrain
4. Maksutov
4. Banyak lagi yang mahal punya tak perlu sebut la..... :)

Refractor memang sesuai untuk beginner dan amateur astronomer. Terdapanya long focal length refractor dan sort focal length refractor(Short tube). Refractor memang senang untuk transport ke sana sini. Lebih besar aperturenya, lebih tinggi kosnya. Jadi, saya akan recommend 80mm to 102mm untuk beginners. Telescope semacam ni sesuai untuk melihat planet dan juga deep sky objects yang terang.

Newtonian pula sesuai untuk melihat planet dan benda-benda sama ada terang ataupun gelap sekali. Saiz yang sesuai untuk beginners adalah 4.5 inch, 6 inch dan juga 8 inch. Harganya bukan mahal sangat dan kualitinya agak baik juga.

Cassegrain dan maksutov adalah telescope sistem yang compact sekali. Ia boleh di-classify-kan sebagai "all purpose telescope". Oleh kerana sistemnya yang compact sekali, jadi maintainancenya agak rendah seperti refractor juga. Sistem yang sesuai untuk beginner ialah 5 inch, yang baru-baru ni keluarnya 6 inch pulak, 8 inch. More than 8 inch can consider susah nak transport ke sana sini dan juga mahal. Jadi, fikirkan betul betul ni...

So, banyak lagi story ni.....sampai sini sahaja yang saya boleh terangkan. Kalau ada apa yang tak faham, bolehlah join kita dan belajar more and more before you buy anything.....

Selamat datang ke dunia astronomi.....

Regards,

Tommy





Title: Re: Mukaddimah
Post by: shahgazer on December 20, 2006, 01:32:56 PM
wow Tommy, dahsyat penerangan ni! Boleh buat buku!  :-D


Title: Re: Mukaddimah
Post by: kamayok3 on December 20, 2006, 01:40:20 PM
Simply tembak saja!!!!! AHahaa :)

Hope this will help him..

Tommy


Title: Re: Mukaddimah
Post by: Penyelamat Dunia on December 20, 2006, 11:06:41 PM
Terima Kasih dengan penerangan anda Mr Tommy.
Saya gembira kerana dialu-alukan kedatangan saya ke dunia astronomi. Saya berharap Mr Tommy menjadi guru kepada saya dalam mendalami ilmu pengetahuan astronomi dan astrofotografi yang saya cintai sejak kecil lagi. Banyak lagi sebenarnya yang mahu saya belajar dan belajar.

Setelah membaca penerangan anda membuatkan saya bersemangat untuk memulakan langkah pertama menjadi 'amateur astronomer and astrophotographer' :-)

Saya sudah pun berjumpa dengan tuan punya Syarikat Infinity Infocus iaitu En Looi di rumahnya di PJ. Saya berbincang dengannya mengenai teleskop dan ternyata dia satu-satunya wakil penjual teleskop MEADE di asia tenggara.
Saya juga sudah berjumpa dengan Mrs Cho Su Fen di Stargazer Scientific di Bukit Jalil dan saya berminat untuk mengetahui astrofotografi daripadanya. Mrs Cho juga menjual barangan teleskop yang tidak kurang hebatnya. Sama-sama hebat kedua-dua syarikat ini.

Baiklah, langkah pertama saya ialah, saya telah pun mendapatkan 'Constellation Chart' dan buku 'Encyclopedia of Space'. Saya ingin mempelajari selok belok astronomi asas daripadanya. Saya mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang buruj-buruj bintang di langit. Soalan saya ialah, apakah faedah yang akan diperolehi dengan mengetahui buruj-buruj dan nama-nama bintang di langit ini? Yang saya nampak, jika kita mengetahui buruj-buruj dan nama bintang mudah lah nanti untuk mengetahui kedudukan planet, komet, asteroid dan lain-lain lagi jika melakukan pencerapan secara manual tanpa menggunakan sistem GOTO yang terdapat pada teleskop.

Saya juga ingin bertanya mengenai teleskop paling asas untuk astrofotografi. Soalan saya ialah, saya menggunakan kamera DSLR Canon EOS 30D, untuk mengambil gambar 'deep sky' benarkah teleskop yang memiliki keupayaan 'Focal Ratio' f/5 ke atas atau 1000 mm ke atas adalah yang 'ok' untuk astrofotografi?

Harap di jelaskan.Thank You.






Title: Re: Mukaddimah
Post by: kamayok3 on December 21, 2006, 10:23:38 AM
Hi Penyelamat Dunia,

You are always welcome. Saya hanya melakukan apa yang harus saya buat. Glad to hear that you dah jumpa dengan mereka. Tujuan Stargazer adalah menumpuk perhatian kepada beginners. Manakala Mr. Looi is more to Amateur dan professional. Jadi, tujuan mereka adalah tak sama.

Di bawah merupakan soalan-soalan yang anda tanya, jadi saya akan memberikan jawapan dengan perkataan dan experience saya sendiri.

1. apakah faedah yang akan diperolehi dengan mengetahui buruj-buruj dan nama-nama bintang di langit ini?

A: Memang ada faedahnya. Dengan mengetahui nama-nama buruj dan bintang di langit, anda boleh mengetahui musim dan arah dengan senang sekali. Selain daripada itu, kesemua benda-benda gelap ataupun terang di langit sebernarnya sembunyi di dalam buruj-buruj yang berkenaan. Jadi, dengan memahami pergerakan buruj-buruj dan nama bintang terang, kita dapat menggunakan telescope untuk mencari galaksi, nebula dan star cluster yang terdapat di dalam buruj-buruj atas lagin malam. Dari segi astrophotography pula, Saya akan menggunakan bintang-bintang yang terkenal ataupun yang terang sekali untuk "Drift Alignment" supaya Equtorial mount saya dapat mengikut perjalanan bintang-bintang dengan tepat sekali.

Bagi saya, saya lebih suka secara manual. Cara-cara manual memang ada kebaikan dan keburukannya. GOTO lebih  baik jikalau digunakan di public observation ataupun sekolah-sekolah sebab pencemaran cahaya yang dashyat sekali di sekeliling. Abang Shah adalah salah satu GOTO man di forum ni. Mungkin anda boleh tanya dia serba sedikit tentang GOTO. :)

2. teleskop paling asas untuk astrofotografi?

A: Semua telescope memang boleh digunakan untuk astrophotography. Hanya tekniknya yang paling penting. Astrophotography adalah satu subject yang memerlukan banyak masa dan tenaga serta kesabaran yang tinggi sekali. CCD teknologi semakin canggih pada masa kini. Jadi, tak banyak orang yang ingin mencuba film dalam astrophotography lagi. Saya masih lagi menggunakan film. Memang ada kebaikan dan keburukan dalam film astrophotography. Sama sekali dengan CCD astrophotography...... Jadi, ada satu lagi consideration yang paling penting dalam astrophotography iaitu mount. Selain daripada telescope, mounting just memainkan peranan yang penting dalam process astrophotography. Anda kena memilih mount yang sesuai sekali tetapi tak perlu yang mahal-mahal sekali. Apa kegunaannya? Saya sudah memberi jawapannya di soalan yang atas iaitu mengikut bintang/axis dengan tepat sekali.

3. Anda menggunakan kamera DSLR Canon EOS 30D, untuk mengambil gambar 'deep sky' benarkah teleskop yang memiliki keupayaan 'Focal Ratio' f/5 ke atas atau 1000 mm ke atas adalah yang 'ok' untuk astrofotografi?

A: Pada masa kini, CCD teknologi semakin canggih dan sensitif. Jadi, soalan focal ratio tak lagi menjadi masalah dalam astrophotography. Saya akan cut short this answer...

Macam mana nak dapat tahu focal ratio?

Dengan formula ni :           focal length(mm)
                             _______________________
                   
                             objective diameter lens(mm)

f/4 ~ f/6 memang baik untuk wide field dan shorter masa exposure dalam astrophotography. Scope sebegini memang bagus untuk mengambil gambar, komet...galaksi....nebula...star cluster.

f/8 ~ f/10 memang baik untuk high power astrophotography seperti planet, center core of globular cluster dan lain lain lagi. Tetapi, masa exposure nya akan lebih panjang sedikit jikalau berbanding dengan scope yang mempunyai f/4~f/6.

 >f/10 dikira sebagai maksutov system. Image nya lebih detail dan jelas tetapi contrast nya akan kurang. Sesuai untuk planet, moon, star clusters dan lain lain lagi.

Harap jawapan tersebut dapat membantu anda.

Regards,

Tommy

 






Title: Re: Mukaddimah
Post by: sufi on April 18, 2007, 11:40:35 AM
Salam,saya minat juga mahu tahu tentang astronomi,harap dapat lah saya kaji dari sini...salam. :-D


Title: Re: Mukaddimah
Post by: pakar on July 04, 2007, 11:09:48 AM
Assalaamu'alaikum wr. wb.

Saya dari Indonesia, singgah di Forum ini sangat senang bisa berkanalan dengan rekanē pecinta ilmu Falak di Malaysia ini.
Saya akan banyak belajar ke laman ini untuk menambah ilmu anak didik kami. Kami di Indonesia selalu beza dalam ramadhan, idul fitri dan idul adha. Sangat langka bisa bersepakat.
Sekali lagi saya bersykur ke hadirat Allah SWT telah menghantarkan kami ke laman ini walau sudah sekian lama mengenal, tetapi baru kali ini bisa ikut bergabung.

Jazakumullah...
Waasalaamu'alaikum wr. wb.

AR Sugeng Riyadi
http://casa.assalaam.or.id (ftp://http://casa.assalaam.or.id)


Title: Re: Mukaddimah
Post by: shahgazer on July 04, 2007, 01:28:27 PM
Assalaamu'alaikum wr. wb.

Saya dari Indonesia, singgah di Forum ini sangat senang bisa berkanalan dengan rekanē pecinta ilmu Falak di Malaysia ini.
Saya akan banyak belajar ke laman ini untuk menambah ilmu anak didik kami. Kami di Indonesia selalu beza dalam ramadhan, idul fitri dan idul adha. Sangat langka bisa bersepakat.
Sekali lagi saya bersykur ke hadirat Allah SWT telah menghantarkan kami ke laman ini walau sudah sekian lama mengenal, tetapi baru kali ini bisa ikut bergabung.

Jazakumullah...
Waasalaamu'alaikum wr. wb.

AR Sugeng Riyadi
http://casa.assalaam.or.id (ftp://http://casa.assalaam.or.id)


Assalamualaikum dan selamat datang ke FalakOnline. Mudah-mudahan, kiranya dapat turut sama-sama berkongsi pengalaman bersama-sama penggiat-penggiat astronomi di Malaysia...  :-D


Title: Re: Mukaddimah
Post by: annamir on December 03, 2008, 12:11:59 PM
Assalamualaikum...

Ini post pertama saya kat sini, sebelum ni ada sedikit masalah nak login ke sini...
Harapkan tunjuk ajar drpd tuan2 sahabat semua tentang dunia ilmu falak ni yea :)

Saya annamir (atau nama sebenar saya; Muktasyaf Ibrahim) kini bekerja di Kuala Kubu Bharu...asal K.Lipis, Pahang.
Minat juga dgn dunia astronomi, tapi pengetahuan saya ttg ilmu falak ni memang tak
banyak, yang asas pun sekadar tahu gitu2 je :p

Peralatan astronomi pun xde, dan JZKK (Jazakallahu Khoiran Kathira) pada admin falak-online;
abg.shah kerana approve keahlian saya dlm ni :) Hee...

Setakat ni dulu salam muqaddimah dari saya...

~annamir~