Falak-Online Komuniti

Astrofotografi => Galeri imej Matahari, Bulan, Planet, Komet, Asteroid, Meteor, Awan dan seumpamanya => Topic started by: shahgazer on October 27, 2007, 12:37:52 AM



Title: Foto Komet 17P/Holmes
Post by: shahgazer on October 27, 2007, 12:37:52 AM
Foto komet 17P/Holmes pada 11.30 pm 26 Okt 2007  :-D

(http://www.falak-online.net/myportal/images/shah17pholmes26oct2007.jpg)

Lagi imej, tapi zoom ke 55mm

(http://www.falak-online.net/myportal/images//big17pholmes26oct2007.jpg)



Title: Re: Foto Komet 17P/Holmes
Post by: hazarry on October 27, 2007, 03:04:42 PM
(http://www.bruneiastronomy.org/holmes2_27Oct07.jpg)
Above: Viewing northwest from Brunei at early dawn, Holmes is easily visible in the constellation of Perseus.
Photograph by Hazarry Haji Ali Ahmad.


     


Title: Re: Foto Komet 17P/Holmes
Post by: shahgazer on October 27, 2007, 08:24:30 PM
Untuk makluman pengunjung semua, Hazzary ada paparkan imej-imej lain komet Holmes dalam laman web beliau di http://www.bruneiastronomy.org

Hazzary, imej asal saya tu pun sebenarnya cerah , agak overexpose dengan cahaya bulan. Jadi, saya adjust sikit guna Registax, tu nampak gelap sikit..  :roll:


Title: Re: Foto Komet 17P/Holmes
Post by: hazarry on October 27, 2007, 08:39:23 PM
Shah gambar top logo [Falak Online] hyperlink dia ke http://www.falakonline.net/
(http://www.falak-online.net/myportal/templates/akogreenportal/images/falakonlinelogo4.gif)
So ko beli 2 domains ker?



Title: Re: Foto Komet 17P/Holmes
Post by: shahgazer on October 27, 2007, 08:49:09 PM
yup, dulu tah sape tah beli domain www.falakonline.net, tiba-tiba tengok available balik, terus sambar  :-D ... hehe.. sekarang tengah pening fikir nak susun atur balik semua link merujuk ke domain baru. Buat masa ni, redirect je..


Title: Re: Foto Komet 17P/Holmes [OT]
Post by: hazarry on October 27, 2007, 09:28:09 PM
oh tahniah semoga berkembang dan maju dunia falak... berapa ko storage capacity domain server tu? Bruneiastronomy.org tu 20GB space. Banyak sungguhlah and setakat ini hanya 1% je being used. Entahlah apa nak buat lagi yang lelebih space tu.

malam nie cuaca tak bleh cerap kometlah. cloudy. kena tunggu subuh lagi lah untuk confirm kecerahan 1.8th magnitude. Ada tak plan nak buat stargazing for public untuk komet ini?


Title: Re: Foto Komet 17P/Holmes
Post by: shahgazer on October 28, 2007, 12:48:50 PM
Lagi foto komet, kali ini menerusi Teleskop Meade 8" LX90 dan Mallincam Color Hyper

(http://www.falak-online.net/myportal/images/cholmes-28oct20073am.jpg)


Title: Re: Foto Komet 17P/Holmes [OT]
Post by: shahgazer on October 28, 2007, 01:03:46 PM
oh tahniah semoga berkembang dan maju dunia falak... berapa ko storage capacity domain server tu? Bruneiastronomy.org tu 20GB space. Banyak sungguhlah and setakat ini hanya 1% je being used. Entahlah apa nak buat lagi yang lelebih space tu.

malam nie cuaca tak bleh cerap kometlah. cloudy. kena tunggu subuh lagi lah untuk confirm kecerahan 1.8th magnitude. Ada tak plan nak buat stargazing for public untuk komet ini?

Alhamdulillah, sikit-sikit kembangkan service. Storage 10Gb je, tu pun tak habis-habis.. hehe.  Setakat ni tak de planning untuk buat public stargazing, tak tau lah kalau ada yang nak buat. Cuaca susah nak ramal sekarang ni!


Title: Re: Foto Komet 17P/Holmes
Post by: botok on October 31, 2007, 12:07:19 PM
Selamat Hari Raya buat semua, maaf zahir dan batin dipinta. Lama sungguh tak menjenguk masuk.  :-P
Semperna kehadiran 17P/Holmes ni, saya pun tertunggu-tunggu akan rezeki cuaca elok kat belah utara ni. Alhamdulillah tiba juga akhirnya semalam. Walaupun terpaksa menunggu awan berlalu tapi dapat juga snap beberapa keping gambar. Nice bright comet, sekali pandang jer terus saya dapat locate dengan naked eye.

Wide-field
(http://img143.imageshack.us/img143/6503/komet17pholmespe7.th.jpg) (http://img143.imageshack.us/my.php?image=komet17pholmespe7.jpg)

3x zoom
(http://img148.imageshack.us/img148/2818/komet17pholmes3xcropmc9.th.jpg) (http://img148.imageshack.us/my.php?image=komet17pholmes3xcropmc9.jpg)

3x zoom no crop
(http://img148.imageshack.us/img148/2876/komet17pholmes3xys9.th.jpg) (http://img148.imageshack.us/my.php?image=komet17pholmes3xys9.jpg)

*Klik pada thumbnail untuk tatapan resolusi asal.


Title: Re: Foto Komet 17P/Holmes
Post by: shahgazer on November 17, 2007, 10:58:35 AM
Foto dari rakaman Mallincam akan menyusul kemudian,

Dari cerapan menerusi mata, bino 9x63 dan 10" Dobsonian, saya dapati perkara berikut.

Keadaan cuaca ketika itu (sekitar jam 1.30 pagi 17 Nov 2007 ) - berawan nipis, sekali sekala awan tebal bergerak laju.

Mata :- Komet ini tidak lagi mudah kelihatan seperti 2 minggu lepas. Ia tidak nampak seperti bintang lagi. Secara umum memang susah nak nampak, mungkin antara faktor utama ialah kehadiran lapisan awan nipis dan mengganggu penglihatan.

Binokular 9x63 :- Ia dapat kelihatan sedikit, tetapi agak payah untuk dikenalpasti melainkan kita tahu kedudukannya. Kerana ia nampak seperti awan di langit. Saiznya agak besar dan malap. Cahayanya tidak lagi tertumpu kepada pusat komet tersebut, tetapi lebih terserak dan tersebar di dalam keluasan yang agak besar. Ia tidak lagi kelihatan seperti warna kekuningan.

Teleskop 10" Dobsonian :- Amat-amat susah nak lihat! Ia disebabkan saiz angular nya hampir sebesar bulan, menyebabkan cahayanya pudar dan susah hendak dikenalpasti menerusi teleskop yang sudut penglihatannya lebih kecil. Saya rasa komet ini lebihsesuai dicerap menggunakan binokular sekarang...

Wallahualam


Title: Re: Foto Komet 17P/Holmes
Post by: perseid on November 19, 2007, 02:45:03 AM
Ini foto comet holmes yang baru saya ambil sejam yang lalu. Dedahan baru 10 saat sahaja dengan menggunakan kamera canon 300D dengan kanta 50mm F1.8.

Lokasinya depan rumah saya. Biasanya ada gangguan lampu jalan, tetapi tiba-tiba ianya tak berfungsi.
(http://i190.photobucket.com/albums/z85/perseid/comet_holmes_50mmF1.jpg)

Komet ini masih boleh lihat dengan mata kasar, tetapi mesti tahu lokasinya dan dari tempat yang gelap.


Title: Re: Foto Komet 17P/Holmes
Post by: shahgazer on November 19, 2007, 12:00:48 PM
Ini foto comet holmes yang baru saya ambil sejam yang lalu. Dedahan baru 10 saat sahaja dengan menggunakan kamera canon 300D dengan kanta 50mm F1.8.

Lokasinya depan rumah saya. Biasanya ada gangguan lampu jalan, tetapi tiba-tiba ianya tak berfungsi.

Komet ini masih boleh lihat dengan mata kasar, tetapi mesti tahu lokasinya dan dari tempat yang gelap.

Ye ke lampu depan rumah "tiba-tiba" tak berfungsi? hehehe..   :wink:

Tapi memang cantik foto tu. Cuaca di sana jauh lebih baik berbanding di KL. Kalau letak 2 saat pun, gambar dah jadi terlampau terang.

Keep on updating!


Title: Re: Foto Komet 17P/Holmes
Post by: MUZZAMIR on November 19, 2007, 06:27:45 PM
cantik la Ck... Tp yang kuning tu apa dan yang berkepul tu awan ke asap rokok.?. kalau gelap lagi cantik.. good ck


Title: Re: Foto Komet 17P/Holmes
Post by: kamayok3 on November 19, 2007, 06:52:24 PM
cantik la Ck... Tp yang kuning tu apa dan yang berkepul tu awan ke asap rokok.?. kalau gelap lagi cantik.. good ck

Asap rokok??????????????????????? :evil: Hahahahahahaa......mana rokok tu? Mungkin CK boleh tunjukan... :)

Tommy



Title: Re: Foto Komet 17P/Holmes
Post by: perseid on November 20, 2007, 01:30:28 AM
rokok? Hoi..tak ada lah. Mana ada rokok???

Itu awan lah. Warna itu datangnya dari lampu jalan berdekatan. Lepas ambik gambar, awan terus tutup langit.  Malam ini, hujan pulak!


Title: Re: Foto Komet 17P/Holmes
Post by: shahgazer on November 22, 2007, 09:03:30 AM
Foto yang dirakam oleh team UIA dan Dr.Rowi, seperti dalam artikel ini  (http://www.falak-online.net/myportal/content/view/211/60/).

Sila komen hasil kerja yang cukup menakjubkan ini!  :mrgreen:

(http://www.falak-online.net/gallery2/main.php?GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXview=core.DownloadItem&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXitemId=5741&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXserialNumber=1)



Title: Re: Foto Komet 17P/Holmes
Post by: MUZZAMIR on November 22, 2007, 09:25:03 AM
hu teruja tengok... cite la sikit pengalaman..


Title: Re: Foto Komet 17P/Holmes
Post by: mahruz on November 23, 2007, 03:33:16 PM
Tahniah Dr.Rowi dan team UIA (Farhana dan rakan2) gambar cantik begitu juga dengan nebula Orion M42, boleh sebarkan tak sedikit kaedah gambar itu diambil, saya nak belajar lah.