|
Title: Laporan cerapan meteor Geminids di Ulu Yam pada 14 Dis 2007 Post by: me_ai on December 15, 2007, 10:38:22 AM (http://farm3.static.flickr.com/2107/2112041128_a9c561bf97_o.jpg)
keadaan langit 14/12/07 di Ulu Yam Title: Re: Laporan cerapan meteor Geminids di Ulu Yam pada 14 Dis 2007 Post by: shahgazer on December 15, 2007, 10:55:36 AM nice shots me_ai!! Sempat jugak ambik gambar... hehe... apa setting camera? ISO? exposure?
....laporan di Ulu Yam beserta gambar akan menyusul ...tunggu... Title: Re: Laporan cerapan meteor Geminids di Ulu Yam pada 14 Dis 2007 Post by: sunlay on December 15, 2007, 11:13:23 AM update dari pantai kelanang .... walaupun langit x secerah mlm sebelum tu ... meteor tetap muncul ... tapi geng kuala langat teruja dgn siakap bakar sampai lupe nak kire .. bagaimanepun pak long berjaya merekod 79 meteor muncul termasuk satu yg grand muncul antara jam 4.30pg .... yg lain semua tumbang..
Title: Re: Laporan cerapan meteor Geminids di Ulu Yam pada 14 Dis 2007 Post by: aidad00 on December 15, 2007, 01:08:18 PM :roll: :roll: :roll:wah best betullah....you all dapat rakamkan jumlah Geminids meteor shower,
If i'm not mistaken the shower starts shortly after midnight....and best around 4.30 am betul tak?? Hopefully malam ni pun boleh rakamkan lagi berapa banyak yang akan muncul pada malam ini.... :-) :-). Perluang tahun ini Geminids meteor shower at it's peak dah terlepas buat saya... :cry: :cry: :cry:tahun depan mungkin Insya Allah. amin.... Title: Re: Laporan cerapan meteor Geminids di Ulu Yam pada 14 Dis 2007 Post by: me_ai on December 15, 2007, 01:27:37 PM ramai lagi amik gambar smlm,
so tunggu diaorg buat processing dulu gambar mesti lagi power, ari isnin uplad lagi gambar, Title: Re: Laporan cerapan meteor Geminids di Ulu Yam pada 14 Dis 2007 Post by: shahgazer on December 16, 2007, 12:57:44 PM Laporan Rasmi
Aktiviti pencerapan juraian meteor Geminids telah dapat dilakukan dengan jayanya di kawasan perkhemahan P2, Ulu Yam. Tinjauan awal saya bersama dengan muzzamir mendapati beberapa kawasan perkhemahan dan perhentian baru di sepanjang jalan ulu yam telah mengelirukan kami. Sekitar jam 8.45 malam, kami pun mula berkumpul di stesyen Petronas berhampiran dengan simpang menuju ke Ulu Yam. Seorang demi seorang mula muncul di sana. Ahli forum kite, me_ai merupakan yang pertama sampai, diiringi kemudian dengan kamayok dan abang aziz (mymoon) kita. Selepas itu, team UIA (farhana dan geng) muncul dengan 4 buah kereta! Dan kumpulan terakhir ialah rombongan Haji Halim & Dr. Ariza (dari SignsLab.com ) (http://www.signslab.com/) yang pada mulanya saya sangka akan datang dengan sebuah van, rupa-rupanya datang dengan 7 buah kereta!! :-o Disamping itu, rombongan dari Kelab Astronomi Starfinder (Phang, Fung, Mok dan lain-lain) turut bersama-sama dengan rombongan FalakOnline. Satu kombinasi yang cukup powerfull dan menarik! :mrgreen: Setelah semua sampai di stesyen Petronas, rombongan ini pun memulakan perjalanan ringkas menuju ke P2. Bukan calang-calang rombongan ini, kerana dengan lebih dari 15 buah kenderaan, ia memecah kesunyian jalan Ulu Yam dan kawasan P2! Terima kasih kepada Phang dan team Starfinder, kerana menjadi guide ke kawasan cerapan dan menjadikan keseluruhan perjalanan berjalan dengan lancar. :-D Setiba di P2, cuaca sungguh berawan! dan tidak nampak ciri-ciri ia akan reda. Namun, sebaik sahaja selesai sesi penerangan ringkas selama 15 minit, tiba-tiba sahaja sebiji objek mula kelihatan. Pada mulanya, sifu-sifu yang hadir mengatakan ia adalah Marikh! Namun setelah menggunakan bino dan teleskop mula dipasang, ia sebenanya sebuah bintang, dan sangkaan kami itu adalah Sirius. Tetapi sekali lagi sifu-sifu yang hadir tersalah sangka, kerana rupanya itu adalah bintang Rigel! :roll: Dan Alhamdulillah, selepas itu, langit semakin lama semakin bebas dari awan tebal, terutama sekali di sekitar kawasan buruj Gemini, Orion, Canis Major, Taurus dan Perseus. Sesi membentang tikar pun bermula! Walaupun langit hanya kurang 50% bebas dari awan, namun para peserta telah berjaya melihat, lebih kurang 30 meteor di sepanjang cerapan yang bermula sekitar 10.30. Tidaklah banyak seperti yang dijangkakan, kerana saya beranggapan faktor cuaca yang berawan mengekang peserta daripada dapat melihat meteor dengan lebih banyak. Di samping itu, 2 buah teleskop dan sebuah binokulars telah dipasang untuk mereka yang ingin melihat keadaan objek-objek samawi dengan lebih dekat. Saya telah memasang buat seketika kamera Mallincam dan berjaya menjejaki komet Holmes, yang kini sudah begitu besar, kembang dan kelam! Menjelang 12 tengah malam, separuh dari peserta beransur-ansur pulang, dan yang terakhir pulang sekitar jam 3 pagi ialah saya sendiri, muzzamir, farhana dan team UIA, serta abang Aziz. Ini boleh dikatakan perjumpaan dan aktiviti pertama yang dianjur, dibincang dan direalisasikan oleh ahli FalakOnline, dan dibantu oleh team Starfinder. Alhamdulillah ia dapat dilakukan dengan selamat dan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu. Sesungguhnya ia merupakan satu pengalaman baru buat ahli FalakOnline, dan InsyaAllah ia akan banyak lagi menyusul selepas ini! :-D Jom Teropong! :mrgreen: Title: Re: Laporan cerapan meteor Geminids di Ulu Yam pada 14 Dis 2007 Post by: MUZZAMIR on December 16, 2007, 02:44:20 PM hu.. tak sangka selalu chat je kat sini. tak pernah bersua muke pun..
tapi kehadiran meteor akhirnya dapat juga bertemu sua ahli falak-online ni. harap selepas ini kita akan terus berjumpa dan membuat pelbagai aktiviti di lain masa.. apa pendapat bro.. layan punya layan bro shah dapat tengok 2 3 meteor je hehheh kesian.. any way bro shah telah memberi penerangan yang cukup baik.. BERAPA BANYAK METEOR YANG DAPAT DILIHAT DI ULU YAM ??? Title: Re: Laporan cerapan meteor Geminids di Ulu Yam pada 14 Dis 2007 Post by: nsyahron on December 16, 2007, 09:34:16 PM Nice report shah!
Title: Re: Laporan cerapan meteor Geminids di Ulu Yam pada 14 Dis 2007 Post by: farhana on December 16, 2007, 10:15:01 PM tu la best la mlm meteor kat ulu yam tu! ada suara2 merdu berirama skali menemani kiteorg mlm tu kan? hehehe best2
abg muzzamir....saya pon tgk 5 meteor je. haha. tapi mengikut kiraan geng UIA, 49 meteor dpt dilihat dari pukul 10pm smp 2pg..... :-D thanks to all for the fantastic experience :mrgreen: Title: Re: Laporan cerapan meteor Geminids di Ulu Yam pada 14 Dis 2007 Post by: kamayok3 on December 17, 2007, 08:57:45 AM Gambar-gambar aktiviti akan sampai di tangan shah ASAP. Nice report!
Regards, Tommy. Title: Re: Laporan cerapan meteor Geminids di Ulu Yam pada 14 Dis 2007 Post by: kamayok3 on December 17, 2007, 09:16:41 AM (http://farm3.static.flickr.com/2107/2112041128_a9c561bf97_o.jpg) keadaan langit 14/12/07 di Ulu Yam Nice description of the night skies for that night. One photos represent thousand words. Hohohohohohoho Merry Christmas to you guys. Regards, Tommy Title: Re: Laporan cerapan meteor Geminids di Ulu Yam pada 14 Dis 2007 Post by: shahgazer on December 17, 2007, 11:09:45 AM Foto-foto di Ulu Yam, sumbangan Kamayok aka Tommy!
Untuk foto bersaiz asal, boleh lihat di Galeri FalakOnline (http://www.falak-online.net/gallery2/main.php?GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXitemId=5747&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXnavId=x103ab268) (http://www.falak-online.net/gallery2/main.php?GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXview=core.DownloadItem&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXitemId=5749&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXserialNumber=2) (http://www.falak-online.net/gallery2/main.php?GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXview=core.DownloadItem&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXitemId=5753&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXserialNumber=2) (http://www.falak-online.net/gallery2/main.php?GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXview=core.DownloadItem&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXitemId=5756&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXserialNumber=2) (http://www.falak-online.net/gallery2/main.php?GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXview=core.DownloadItem&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXitemId=5759&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXserialNumber=2) (http://www.falak-online.net/gallery2/main.php?GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXview=core.DownloadItem&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXitemId=5762&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXserialNumber=2) (http://www.falak-online.net/gallery2/main.php?GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXview=core.DownloadItem&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXitemId=5765&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXserialNumber=2) (http://www.falak-online.net/gallery2/main.php?GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXview=core.DownloadItem&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXitemId=5768&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXserialNumber=2) (http://www.falak-online.net/gallery2/main.php?GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXview=core.DownloadItem&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXitemId=5771&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXserialNumber=2) (http://www.falak-online.net/gallery2/main.php?GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXview=core.DownloadItem&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXitemId=5774&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXserialNumber=2) (http://www.falak-online.net/gallery2/main.php?GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXview=core.DownloadItem&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXitemId=5777&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXserialNumber=2) (http://www.falak-online.net/gallery2/main.php?GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXitemId=5779&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXnavId=x103ab268) (http://www.falak-online.net/gallery2/main.php?GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXview=core.DownloadItem&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXitemId=5783&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXserialNumber=2) (http://www.falak-online.net/gallery2/main.php?GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXview=core.DownloadItem&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXitemId=5786&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXserialNumber=2) (http://www.falak-online.net/gallery2/main.php?GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXview=core.DownloadItem&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXitemId=5789&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXserialNumber=2) (http://www.falak-online.net/gallery2/main.php?GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXview=core.DownloadItem&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXitemId=5792&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXserialNumber=2) (http://www.falak-online.net/gallery2/main.php?GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXview=core.DownloadItem&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXitemId=5795&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXserialNumber=2) (http://www.falak-online.net/gallery2/main.php?GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXview=core.DownloadItem&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXitemId=5798&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXserialNumber=2) (http://www.falak-online.net/gallery2/main.php?GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXview=core.DownloadItem&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXitemId=5801&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXserialNumber=2) (http://www.falak-online.net/gallery2/main.php?GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXview=core.DownloadItem&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXitemId=5804&GALLERY_FORM_VARIABLE_PREFIXserialNumber=2) Title: Re: Laporan cerapan meteor Geminids di Ulu Yam pada 14 Dis 2007 Post by: biynio on December 17, 2007, 02:27:54 PM Tak sangka aku dah jd member falak ni rupanya..
bila masa aku daftar pon tak igt... tp aku join gak pgi ulu yam ni atas pelawaan me_ai mmg best!!! len kali buat lagi cik shah yer... :-D Title: Re: Laporan cerapan meteor Geminids di Ulu Yam pada 14 Dis 2007 Post by: shahgazer on December 17, 2007, 07:40:52 PM biynio, terima kasih kerana datang meramaikan majlis di tengah-tengah belantara tu... awat tak perkenalkan diri? :lol:
InsyaAllah, kita sama-sama akan plan untuk aktiviti seterusnya... Tak sangka aku dah jd member falak ni rupanya.. bila masa aku daftar pon tak igt... tp aku join gak pgi ulu yam ni atas pelawaan me_ai mmg best!!! len kali buat lagi cik shah yer... :-D Title: Re: Laporan cerapan meteor Geminids di Ulu Yam pada 14 Dis 2007 Post by: sunlay on December 18, 2007, 07:17:41 PM fulamak ... meriah betul kat ulu yam ramainye turun ..... lain kali bole buat cam ni lg ke.....
Title: Re: Laporan cerapan meteor Geminids di Ulu Yam pada 14 Dis 2007 Post by: shahgazer on January 04, 2008, 10:11:42 PM mungkin lepas ni, ada ahli yang akan guna setup macam ni untuk rakam Geminids!! :-o
(http://www.astropix.com/IMAGES/SCOPES/OBS023.JPG) :-D Title: Re: Laporan cerapan meteor Geminids di Ulu Yam pada 14 Dis 2007 Post by: mymoon on January 04, 2008, 11:01:14 PM mungkin lepas ni, ada ahli yang akan guna setup macam ni untuk rakam Geminids!! :-o :-D hati2 bila lawat website Jerry . nanti besar lobang di kocek. saya dak terkena :cry: ada ahli falak online warning kat saya: cara Jerry banyak makan wang :wink: cheers Title: Re: Laporan cerapan meteor Geminids di Ulu Yam pada 14 Dis 2007 Post by: kamayok3 on January 05, 2008, 10:51:19 AM mungkin lepas ni, ada ahli yang akan guna setup macam ni untuk rakam Geminids!! :-o :-D hati2 bila lawat website Jerry . nanti besar lobang di kocek. saya dak terkena :cry: ada ahli falak online warning kat saya: cara Jerry banyak makan wang :wink: Yah...better becareful! Tommy cheers |