Falak-Online Komuniti

Pencerapan Samawi => Pengalaman mencerap objek cakerawala => Topic started by: mahruz on December 18, 2007, 01:01:40 PM



Title: Laporan: Cerapan Meteor Shower GEMINIDS di Dataran Falak PROTON CITY
Post by: mahruz on December 18, 2007, 01:01:40 PM
- Meteor Shower GEMINDS di Dataran Falak Surau Al-Hidayah Proton City
Susunan Mahruzaman Misran

14 Dis 2007 : Walaupun sibuk dengan persiapan untuk mengadakan Hari Keluarga Kelab Instun, kembara falak Instun terus bersemangat mengadakan sesi cerapan meteor shower GEMINIDS. Tetapi lokasi cerapan kami sudah berubah, cadangan asal Pantai Pasir Panjang tetapi di tukar ke Dataran Falak Surau Al-Hidayah Proton City (Cuma risau lampu jalan yang terang benderang mungkin menganggu sedikit sudut pandangan cerapan). Pertukaran tempat ini disebabkan kami bertugas semasa Hari Keluarga Kelab Instun esoknya (15 Dis 2007).
 
Berikut adalah aturcara sesi cerapan meteor shower Geminds
7.00 : Berkumpul di Surau Al-Hidayah Proton City, Tanjong Malim, Perak.
7.08 : Solat Maghrib berjemaah
8.20 : Solat Isyak berjemaah
8.40 – 8.50 : Tazkirah
9.00 malam : Makan malam (free)-sponsored by shah rempit
9.30 malam ; Persiapan
10.00 malam : Cerapan meteor shower Geiminids bermula.
Waktu tamat : 2.30pagi
 
Sebelum sesi cerapan dilaksanakan kami solat maghrib dan Isyak secara berjemaah dan selepas solat Isyak disampaikan sedikit Tazkirah.

(http://farm3.static.flickr.com/2321/2116917985_3f01da85c0_o.jpg)

(http://farm3.static.flickr.com/2125/2116915591_bd952f4ba4_o.jpg)

(http://farm3.static.flickr.com/2286/2117642000_f6de1bedc4_o.jpg)


Title: Re: Laporan: Cerapan Meteor Shower GEMINIDS di Dataran Falak PROTON CITY
Post by: mahruz on December 18, 2007, 05:00:58 PM
Ada gambar yang menarik lagi disepanjang malam cerapan meteor shower GEMINIDS di Proton City sila layari fotopages:
Cerapan Meteor Geminids oleh kembara falak di surau proton city

http://mohd-abduh.fotopages.com/?entry=1378238