Falak-Online Komuniti

ARTIKEL RASMI FALAK-ONLINE => Pengumuman Falak-Online => Topic started by: shahgazer on January 19, 2008, 12:40:54 PM



Title: Tambahan ruangan komen dan senarai posting forum
Post by: shahgazer on January 19, 2008, 12:40:54 PM
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Saya ada buat 2 penambahan kecil di FalakOnline...

1. Ruangan komen untuk artikel-artikel di laman utama FalakOnline.

2. Senarai 50 posting terbaru di dalam Forum FalakOnline.

Kedua-dua ruangan ini adalah khas untuk ahli-ahli berdaftar sahaja. Untuk (1), sebelum ini saya ada cuba beberapa modul joomla untuk membolehkan pengguna memberi komen terhadap artikel-artikel utama di laman FalakOnline, tapi saya dapati features-nya agak limited. Hari ni, saya akan cuba lagi satu modul dan diharapkan ahli-ahli akan dapat cuba menggunapakai dan tengok keberkesanannya.

Untuk (2), saya dapati perbincangan di forum begitu hangat di pasaran sejak kebelakangan ini. Malah, jika tak login satu hari, senarai posting "NEW" akan melebihi had di muka hadapan. Oleh itu, saya telah sediakan satu ruangan khas untuk paparkan 50 posting terbaru di Forum FalakOnline.

Anda perlu login terlebih dahulu untuk menggunapakai kedua-dua tambahan ini. Oleh itu, jom la login ramai-ramai dan janganlah sekadar tengok dari jauh. Sokongan anda untuk menyemarakkan aktiviti Falak di Malaysia amat-amat dihargai... lebih-lebih lagi menjelang International Astronomy Year tahun 2009 nanti...

 :mrgreen: