Falak-Online Komuniti

FORUM UMUM => Lain-lain hal => Topic started by: shahgazer on April 17, 2008, 08:50:13 AM



Title: Faiz terkejut kenyataan Sheikh Muszaphar
Post by: shahgazer on April 17, 2008, 08:50:13 AM
Petikan dari KOSMO (http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0417&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm)

Interesting twist of event..  :-o

Quote
Faiz terkejut kenyataan Sheikh Muszaphar

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my

FAIZ KHALEED

KUALA LUMPUR - "Saya terkejut dengan kenyataan beliau (Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha) dan ia sama sekali bertentangan dengan matlamat kerajaan."

Demikian reaksi angkasawan kedua negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed terhadap pandangan Sheikh Muszaphar yang menyarankan kepada kerajaan agar menghentikan sementara misi penghantaran angkasawan kedua Malaysia ke angkasa lepas.

Sebaliknya, ujar angkasawan pertama negara itu, adalah lebih baik jika kerajaan memberikan perhatian kepada bidang pendidikan dan menarik minat golongan muda.

Mengulas lanjut mengenainya, Faiz berpendapat, Sheikh Muszaphar tidak berhak berkata demikian kerana menurutnya, hanya kerajaan saja yang boleh memutuskan perkara itu.

"Saya rasa kenyataan seumpama itu sepatutnya datang daripada kerajaan dan kerajaan kini masih dalam proses mengkaji sama ada perlu diteruskan Program Angkasawan Kedua yang dijadualkan akan diumumkan dalam masa beberapa bulan lagi," katanya kepada Kosmo! semalam.

SHEIKH MUSZAPHAR

Mengenai kos penghantaran yang dikatakan mencecah hampir RM100 juta yang menjadi kekangan, Faiz berkata, kerajaan perlu melihat usaha memajukan industri angkasa melibatkan pelaburan seperti negara lain di dunia.

Justeru, menurutnya, adalah wajar sekiranya program itu diteruskan dan perlu ada kesinambungannya kerana ia bukan saja menguntungkan malah dapat meningkatkan kajian dan pembangunan.

Ditanya tindakan selanjutnya, Faiz berkata beliau akan mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili di Putrajaya hari ini.



Title: Re: Faiz terkejut kenyataan Sheikh Muszaphar
Post by: MUZZAMIR on April 18, 2008, 01:32:51 PM
Hu.. ini lagi kacau... rasa nak gelak gak hehehehhe... wah nak makan sorang je bunyinye..
kesian la Dr faiz.. ni yang nak banded Dr. syeikh... heheeheheheeh..

apa-apa pun terima kasih la pada yang berkenaan...

-muzzamir-


Title: Re: Faiz terkejut kenyataan Sheikh Muszaphar
Post by: Jazlan_Drift on January 04, 2009, 05:47:02 PM
100 juta tu banyak lor....nape Malaysia xtubuhkan tempat pelancaran roket, adoyaiiii....biler
lah Malaysia nak maju dlm sains angkasa


Title: Re: Faiz terkejut kenyataan Sheikh Muszaphar
Post by: melz on January 04, 2009, 10:51:19 PM
 :-o 100juta???!! banyak tu...berjuta2 lemon..eh,duit..:)

teman stuju sgt..kalau kerajaan berbelanja duit tu utk membina universiti sains angkasa seperti penah diwar-warkan dulu adalah lebih baik..pe kata, wat memorandum cadangan dan dihantar ke Kementerian Sains dan Teknologi...
cheers..

Regards,
Kamil (MeLz)


Title: Re: Faiz terkejut kenyataan Sheikh Muszaphar
Post by: shahgazer on January 05, 2009, 10:39:09 AM
... membina universiti sains angkasa seperti penah diwar-warkan dulu adalah lebih baik..

ahhh.. cerita ni cerita sebelum pilihanraya haritu  :evil: ... jeng jeng.. nak tahu selanjutnye.. jom TT.