|
Title: Partial Lunar Eclipse - awal pagi 17 Ogos 2008 Post by: shahgazer on June 25, 2008, 03:17:19 PM Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pagi tadi ketika berjumpa dengan Ustaz Khairul (Jabatan Mufti Wilayah) , beliau mengingatkan bahawa pada awal pagi 17 Ogos nanti, akan berlaku gerhana bulan. Maklumat tu beliau dapat dari Ustaz Hanapiah (Johor). Mujur beliau sebut masa tu, kalau tidak saya sendiri terlupa! :-D Dan tadi pun menerusi yahoogroup falak-net, dapat email maklumat yang sama oleh rakan blogger astronomi, astromas. Maka semakin malulah saya pasal lambat nak beritau.. :-D Oleh itu, untuk menebus kelewatan maklumat ni, saya paparkan info gerhana yang didapati dari laman web NASA... dah resize kecik sikit.. (http://falak-online.net/download/LE2008Aug16Pkicik.jpg) Link utama di sini.. (http://eclipse.gsfc.nasa.gov/lunar.html) Waktu-waktu penting daripada maklumat di atas ialah P1 : 2.23 AM (Masuk Penumbra) U1 : 3.35 AM (Masuk Umbra) U4 : 6.44 AM (Keluar Umbra) P4 : 7.57 AM (Bulan sudah terbenam) Kebetulan pulak gerhana ni berlaku ngam-ngam sama tarikh dengan Konvensyen Falak Kuala Lumpur, so cantik sangat la tu... So, apa lagi... tingkatkan skill fotografi anda, gerhana sudah mari... :evil: Title: Re: Partial Lunar Eclipse - awal pagi 17 Ogos 2008 Post by: mymoon on June 25, 2008, 06:24:41 PM jom ambil gambar :mrgreen: How to Photograph a Lunar Eclipse http://www.mreclipse.com/LEphoto/LEphoto.html (http://www.mreclipse.com/LEphoto/LEphoto.html) pray for clear skies cheers Title: Re: Partial Lunar Eclipse - awal pagi 17 Ogos 2008 Post by: mymoon on July 28, 2008, 06:55:29 PM wah program dimasjid wilayah pada 16-17 Ogos tak jadi . :-( :cry:
Hajat nak tengok dan ambil gambar disana. Untuk mengetahui lebih lanjut click * What is a Lunar Eclipse? (http://www.iceinspace.com.au/index.php?id=63,494,0,0,1,0#WHAT) * Viewing Guide (http://www.iceinspace.com.au/index.php?id=63,494,0,0,1,0#VIEWING) * Photography Guide (http://www.iceinspace.com.au/index.php?id=63,494,0,0,1,0#PHOTO) * Further Reading and Resources (http://www.iceinspace.com.au/index.php?id=63,494,0,0,1,0#RESOURCES) nampaknya kena cari tempat lain . Any suggestions. cheers Title: Re: Partial Lunar Eclipse - awal pagi 17 Ogos 2008 Post by: shahgazer on July 28, 2008, 11:21:43 PM saya akan buat cerapan dari rumah je... nak rileks sikit. :mrgreen:
Besar kemungkinan akan buat LIVE internet broadcast. :-D Title: Re: Partial Lunar Eclipse - awal pagi 17 Ogos 2008 Post by: MUZZAMIR on August 02, 2008, 05:56:40 PM ehh....
x kan buat kat rumah sorang2.. x nak ajak pembantu ke?? bagus cadangan tu nanti boleh la tunjukkan kat negara luar lak org malaysia pun boleh buat telescast.... mesti menarik nihhhhhhhhhh MALAYSIA BOLEH.... -muzzamir- Title: Re: Partial Lunar Eclipse - awal pagi 17 Ogos 2008 Post by: melz on August 12, 2008, 04:41:38 PM err..
best gak kalu wat cerapan dr rumah,snang sket.. tapi..cian kt saya ni..telescope xde, DSLR pn xde..tgk ngan mata kasar nmpak x..? :-o Title: Re: Partial Lunar Eclipse - awal pagi 17 Ogos 2008 Post by: mahruz on August 12, 2008, 05:05:35 PM Apa yang menarik tarikh berkenaan adalah 15 Syabaan (nisfu syabaan). Semasa di Konvensyen Falak Selangor saya telah diberitahu oleh Ustaz Hanafiah agar bangun pada jam 3.00 pagi hari berkenaan dan sibuk-sibuk kan diri beramal ibadat yang mana termasuk solat sunat gerhana.
Bumi, bulan dan matahari bergerak dalam orbit masing-masing. Bumi mengelilingi matahari sambil membuat putaran atas paksinya. Satu putaran bumi atas paksinya mengambil masa 24 jam. Dalam masa satu tahun, bumi mengelilingi matahari satu pusingan 365.25 hari. Bulan mengelilingi bumi dalam waktu 29.5306 hari. Bila bulan melintasi bayang-bayang bumi maka akan berlaku gerhana bulan. Gerhana bulan akan hanya berlaku pada masa bulan purnama sahaja. Maka tarikh yang lazimnya berlaku gerhana bulan ahíla pada pertengahan bulan qamari atau hijri, iaitu sekitar 13hb, 14hb atau 15hb. Hukum Gerhana 1. Gerhana Bulan akan hanya berlaku pada waktu bulan purnama. Gerhana matahari pula berlaku pada waktu ijtimak bulan, bumi dan matahari. Gerhana tidak berlaku setiap bulan. 2. Sekurang-kurangnya berlaku dua gerhana matahari setiap tahun (Syamsyiah), tetapi tidak mungkin melebihi lima kali. Bilangan maksimum untuk gerhana matahari adalah 3 dalam satu tahun. 3. Gerhana sering berlaku berpasangan atau bertiga: matahari-bulan-matahari. Gerhana bulan selalu didahului atau diikuti dengan gerhana matahari, (ada 2 minggu antaranya). |