Falak-Online Komuniti

Aktiviti Komuniti Astronomi => Pengumuman Aktiviti Pencerapan & Ceramah => Topic started by: shahgazer on July 13, 2008, 11:09:05 AM



Title: Konvensyen Falak Selangor 2008
Post by: shahgazer on July 13, 2008, 11:09:05 AM
Siapa pergi?  :mrgreen:

Quote
Konvensyen Falak Selangor 2008       
Berita & Isu - Berita Dalam Negara & Nusantara
Written by Shah   
Sunday, 13 July 2008

Konvensyen Falak Selangor 2008 kembali lagi. Tahun ini ia akan diadakan di SIRIM Berhad, Seksyen 2 Shah Alam pada 19-20 Julai 2008


Bersesuaian dengan tajuk "Matahari: Bintang Di Dalam Solar Sistem", seminar yang diadakan tahun ini akan berkisarkan dengan bintang yang paling hampir dengan Bumi kita iaitu matahari.

Pembentang-pembentang kertas kerja tahun ini terdiri daripada tokoh-tokoh Falak Malaysia. Di antaranya Ustaz Hanapiah (Unit Falak, Jabatan Mufti Negeri Johor), Prof. Dr. Mohd Zambri Zainuddin (UM), En.Baharuddin Zainal (UDM) dan Cikgu Kassim Bahali (Kompleks Falak Al-Khawarizmi).

Jangan lupa pada malam hari Sabtu tersebut, turut diadakan sesi cerapan Langit Malam, yang akan dilakukan selepas talk-show oleh seorang ahli astronomi amatur ;-)

Pada sebelah pagi Ahad, dijadualkan angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar akan menyampaikan ceramah "Pengalaman Seorang Angkasawan", sekitar jam 10.30 pagi.

Tahun ini saya tak sempat untuk buka gerai Falak Online di sana, ampun dan maaf ya Pak.

Jom kita berjumpa di sana!


Title: Re: Konvensyen Falak Selangor 2008
Post by: MUZZAMIR on July 14, 2008, 05:50:46 PM
kalau di ajak jadi aja..

-muzzamir-


Title: Re: Konvensyen Falak Selangor 2008
Post by: mymoon on July 14, 2008, 11:53:46 PM
Baru balik dari Shah Alam. Pi ronda2 dekat Sirim dan Uitm. minum kopi dgn anak angkat yang baru masuk Uitm tapi minggu depan dah nak keluar pi belajar tempat lain dalam kursus yang diminati.

Tempat nya gelab. Terang sungguh Jupiter dan bulan sampai jupiter ada '5' bulan... eheh... 4 bulan biasa dan satu bintang in line dengan 4 bulan lah.. :roll:

Ada kelab astronomi ke di Uitm..... Boleh atur cerapan bersama lah.

saudara muzzamir boleh uruskan :-D

cheers


Title: Re: Konvensyen Falak Selangor 2008
Post by: MUZZAMIR on July 15, 2008, 10:24:58 AM
Salam..

Mymoon kat UiTM rasanya tak ada kelab astronomi tp peminat astronomi ada.. sy dah cari beberapa manusia untuk untuk join Falak Online untuk buat cerapan malam tu nanti.. buat masa ini yg nak join kita

1. UPM
2. UPSI  :evil: kalau berani

kalau ada tambahan sy akan beritahu.. Member Falak Online yg nak pergi sila letak nama kita nak tengok sape berani beri kerjasama  :-D :mrgreen: tokei jgn lupa bawa banner ...

1. Shahgazer
2. Muzzamir


-muzzamir-


Title: Re: Konvensyen Falak Selangor 2008
Post by: mymoon on July 15, 2008, 02:23:39 PM
Salam..

Mymoon kat UiTM rasanya tak ada kelab astronomi tp peminat astronomi ada..

-muzzamir-


saudara muzzamir sama dgn david copperfield tapi bagi kelab astronomi. ikhtiar lah satu kelab astronomi di Uitm :evil: :-D

boleh lah kami tumpang buat cerapan.

cheers


Title: Re: Konvensyen Falak Selangor 2008
Post by: MUZZAMIR on July 16, 2008, 11:18:36 AM
salam..

Insyaallah jika ramai yg nak beri komitment sy akan usahakan.. takut sy dan tokei tak larat nak buat sebab MANPOWER x ada.. jika kita boleh buat MANPOWER TEAM jangan kata UiTM sekolah pun boleh kita buatkan  :evil:..

Sy dan tokei dah bincang hal ini, jika sangup kita buat satu brainstoming utk hala tuju astronomi dan falak online apa kata ANDA  :-D 

-muzzamir-


Title: Re: Konvensyen Falak Selangor 2008
Post by: farhana on July 16, 2008, 10:03:45 PM

Yup En Shah...bawa banner ngan bunting Falak Online skali! UIA support you 100%! Chewahhh :-o hehe


Jumpe semua disana  :-D


Farhana
UIA