|
Title: Apa itu video astronomi? Post by: botok on November 30, 2004, 01:54:47 PM Video astronomi ni lebih kurang astrophotography jugak kan? Bezanya menggunakan video device untuk menangkap imej dari telescope? Saya rasa shah selalu guna teknik ni kan untuk merakam imej astronomi. Guna CCD camera ker?
Kalau boleh shah bagi panduan mengenai video astronomi ni. Title: Apa itu video astronomi? Post by: universe24 on November 30, 2004, 08:15:43 PM Pada pendapat saya, betul kata botok, Video astronomi kita menggunakan video device untuk mengambil celestial imej. Saya rasa, Shah punya CCD device mempunyai 2 fungsi iaitu sebagai video device dan sebagai kamera.
Dengan menggunakan teknik video astronomi, kita boleh record fenomena yang berlaku dalam masa yang singkat. Seperti: Lunar Occultation, Solar Eclipse, Venus & Mercury transit dan lain-lain. Bukan sahaja merakamkan fenomena tersebut, kita juga boleh membuat analysis tentang jangka masa sesuatu fenomena. Dari analysis, kita dapat tahu kelajuan Bumi, Bulan dan planet-planet lain. Title: Apa itu video astronomi? Post by: shahgazer on December 03, 2004, 09:23:57 PM Kamera yang saya gunakan bernama Mintron 12V1-EX. Ia merupakan video kamera berCCD. Sekali imbas nampak seperti sebuah kamera CCTV biasa. Tetapi perbezaan yang paling ketara ialah kemampuan Mintron untuk 'integrate' atau satukan imej yang diambil dan 'stack' dalam real-time.
Ini bermakna jika saya set 128X "sense-up", ia akan menindihkan kesemua imej yang diambil selama 2.3 saat. Hasilnya? Imej yang keluar "LIVE" dalam TV tu, akan kelihatan jauh lebih cerah dan lebih detail jika dibanding kita lihat menerusi teleskop! Kebaikannya? Untuk tujuan program pendidikan, kamera ini amat sesuai! Lebih senang menerangkan kepada pengunjung dengan menunjukkan imej pada TV, daripada terpaksa menerangkan "apa yang dia patut nampak" jika pengunjung tu lihat menerusi eyepiece. :D Title: Apa itu video astronomi? Post by: miorlatfee on January 24, 2005, 11:07:48 AM Apa bezanya di antara CCD dan CMOS?
Title: Apa itu video astronomi? Post by: botok on January 24, 2005, 09:26:06 PM CCD (charge-coupled device) dan CMOS (metal-oxide semiconductor) merupakan sensor yang menukar cahaya kepada bentuk signal elektrik (analog to digital). Jadi ia merupakan sel asas kepada apa2 kamera digital atau camcorder (malah webcam). Berfungsi semacam filem pada kamera traditional.
Berbezaan yang ketara antara CCD dan CMOS ini antaranya :- -CCD menghasilkan kualiti gambar yang lebih baik dan kurang noise berbanding dengan CMOS -Pada sel individu CMOS terdapat beberapa buah transistor disebelahnya yang akan menyebabkan photon cahaya tidak mengenai photodiode (sel CMOS) sepenuhnya -Sel CMOS menggunakan kuasa yang kurang berbanding dengan sel CCD sehingga 100x ganda lebih dari sel CMOS! -Sel CMOS lebih mudah untuk di buat dengan kos yang jauh lebih murah dari CCD. Tetapi sel CCD telah berada dalam pasaran lebih lama dan teknologinya lebih matang dari CMOS. Secara amnya. sel CCD mempunyai kualiti yang lebih baik (light sensitivity lebih baik) tetapi lebih mahal berbanding dengan sel CMOS yang lebih murah tetapi imej yang dihasilkan kurang dan cenderung menghasilkan noise. Title: Re: Apa itu video astronomi? Post by: antares on August 12, 2006, 07:45:16 PM akum en shahrin.saya ada baca tentang kertas kerja video astronomi tu. nak tanya, apa beza antara Mintron 12V1-EX yg en shahrin gunakan dgn mallincam hyper color yg baru ni???? :?.dua-dua tu video astronomi yg rakam imej just like webcam ke??and saya baca Mintron 12V1-EX bole stack automatik image yg kita amik and hasil picture yah kita dapat dah siap di stack dlm masa 2.3 saat bila guna software as registax. so mallincam hyper color pun sama ke image bole di stack automatik???>> :roll:.brapa harga mallincam hyper color and ada tak yg nak jual Mintron 12V1-EX 2nd hand.brapa anggaran harganya??? :-o.ok bye. :-D
Title: Re: Apa itu video astronomi? Post by: shahgazer on August 13, 2006, 11:48:00 AM Waalaikumsalam,
Beza yang paling ketara ialah dari segi kadar kemampuan kedua-dua alat tu melakukan proses "image integration" pada cipnya. Kalau Mintron, ia mampu stack imej sehingga 2.3 saat. Mallincam Hyper Color yang saya guna sekarang pun ada fungsi boleh stack 2.3 saat, tetapi kemampuannya seolah-olah kita kita selama 8 saat!. Semasa Mallincam baru-baru keluar, kemampuannya ialah setara dengan Stellacam II, yang masa tu boleh menggabungkan imej selama 8 saat. Maknanya Stellacam II (8 saat) = Mallincam (2.3 saat) :-o Kemudian versi Mallincam Hyper Color yang baru ni, ia ada fungsi baru, iaitu Hyper Mode, di mana selain dari 2.3 saat, ia boleh buat penggabungan imej selama 6 dan 12 saat! :-o Selain dari tu, beza yang paling ketara ialah Mallincam Hyper Color tu video berwarna, sementara Mintron tu hitam putih. 8-) Harga mallincam hyper color? hmmmm... mahal gak, lebih 4K.. :| Cerita seterusnya, mas sila check pm, :wink: |