Falak-Online Komuniti
November 21, 2008, 09:18:32 PM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
 
  Home Help Search Calendar Login Register  
  Show Posts
Pages: [1] 2
1  Astrofotografi / Galeri imej Matahari, Bulan, Planet, Komet, Asteroid, Meteor, Awan dan seumpamanya / Re: Musytari dan Kejora pada 16 Nov 2008 on: November 20, 2008, 05:21:54 PM
Shah...Syahdu lihat pokok kelapa...teruja dengan Musytari dan Kejora.
2  Aktiviti Komuniti Astronomi / Pengumuman Aktiviti Pencerapan & Ceramah / Re: LNO-SKY IMAGING WORKSHOP 2008 on: November 19, 2008, 03:05:13 PM
sugguh bagus . 2 malam imaging. sentuh pengunaan semua jenis camera. termasuk juga processing.

Berjenama pula penceramah.

Percuma pula.

tapi bertindih dengan program dengan kaum asli.

So sorry.

Lain kali.

cheers



mahruz n cassini mungkin nak join mymoom boleh ke
3  Aktiviti Komuniti Astronomi / Pengumuman Aktiviti Pencerapan & Ceramah / Re: Promosi Falak Online dan Unit Falak Jabatan Mufti Sngor di Radio IKIM esok 9am on: November 05, 2008, 04:43:10 PM
Kembara falak Instun jika tiada aral melintang akan hadir pameran. suka cerita falak dengan anak-anak sekolah. tengah sedia barang-barang cenderahati untuk mereka
4  Aktiviti Komuniti Astronomi / Pengumuman Aktiviti Pencerapan & Ceramah / Re: Konvensyen falak kuala lumpur 2008 on: October 21, 2008, 02:46:59 PM
sahabat semua.
Kami Falak Instun mungkin tidak dapat join Konvensyen falak kuala lumpur (maaf dari kami ustaz Khairul), kerana pada tarikh berkenaan ramai yang bertembung tarikh dengan adik nikah, anak saudara nikah, kakak nikah, abang nikah dan ramai lagi lah yang bernikah (tunggu muzzamir nikah...jangan marah mil) jadi sekali lagi kami Falak Instun mohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung jari kaki.
5  Aktiviti Komuniti Astronomi / Pengumuman Aktiviti Pencerapan & Ceramah / Re: Laporan BerFoto - KONVENSYEN DAN EKSPO ASTRONOMI UPSI 2008 on: October 15, 2008, 04:20:56 PM
sahabat2 semua,
Bila sudah tamat dengan jayanya program pada hari berkenaan rasa macam hendak menitis air mata kegembiraan. semua yang terlibat memang tersangat memberi komitmen dalam tugasan masing-masing rasa tidak puas pulak. Hari Isnin bila mula bertugas mula terasa penat. tapi bila melihat gambar-gambar yang dipaparkan terubat rasa penat lelah. Semuga Konvensyen Astronomi UPSI menjadi acara tahunan terus menjadi kenyataan, tapi jangan setakat konvensyen tetapi pengisian kajian diteruskan, apa yang diperjuangkan ada hasilnya untuk manafaat manusia sejagat. harapan UPSI yang mempunyai cendikiawan akan terus melahirkan pemikir, pengkaji yang bersaing dengan dunia astronomi. Bagi mereka yang seangkatan dengan saya akan terus menabur setakat yang kami mampu sememangnya banyak perkara yang perlu dilaksanakan oleh anak Malaysia dalam dunia ASTRONOMI/FALAK.

Terima kasih kerana menghargai penginapan di INSTUN, risau juga takut kawan-kawan tidak selesa.
6  Astrofotografi / Galeri imej objek-objek Deep-Sky seperti Galaksi, Gugusan bintang, Nebula dan seumpamanya / Re: Orion Nebula (M42 region) on: October 13, 2008, 10:35:40 AM
kawan-kawan falak online
Semasa Konvensyen di UPSI adalah mymoon bagi cadangan bengkel astrofoto di buat di kampus inst.tanah dan ukur negara (instun) untuk tempat penginapan tak ada masalah saya rasa boleh di taja. untuk itu saya akan buat sikit paper work (untuk mendapatkan tajaan makan lak) cuma kekawan (ck lim n william)yang ada modul untuk bengkel tu boleh lah email kat sya mahruz@instun.gov.my untuk dimuatkan dalam paper work saya (untuk dapatkan tajaan dari instun)

cadangan saya berkaitan dengan program berkenaan :-

Course : Astrofotographer workshop
Date    : February or march 2009 (buat 2 days workshop)
Peserta : 30 orang (sesuai jika kekawan falakonline)
penceramah : ck lim n William

7  FORUM UMUM / Islam dan Ilmu Falak / Re: Rukyah atau Imkanurukyah on: September 22, 2008, 04:46:40 PM
Kenapa Kajian Hilal ini dilaksanakan?

Persidangan Hilal Negara-negara Islam di Istanbul pada tahun 1978 telah memberi impak yang positif dalam penggunaan kaedah-kaedah saintifik sebagai asas penentuan awal bulan di Malaysia. Syarat kenampakan anak bulan ini atau dikenali dengan Resolusi Istanbul (1978) telah menjadi asas pembaikan takwim hijri yang menggunakan jangkaan kenampakan anak bulan atau imkanur rukyah. Persidangan kedua Akademik Fekah Islam Sedunia di Jeddah pada tahun 1986 telah membuat ketetapan yang hampir sama, iaitu permulaan bulan hijri hendaklah berdasarkan rukyah dan hasil pengiraan astronomi yang menunjukkan anak bulan berada di atas ufuk dan boleh kelihatan.

Bermula tahun 1993, Negara-negara anggota MABIMS (Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura) bersepakat menerima-pakai kriteria Imkanur-Rukyah bagi menentukan awal Ramadhan dan awal Syawal, di mana sebelum matahari terbenam ijtimak (apabila bulan, bumi dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama) telah berlaku pada 29hb Qamariah dan melalui perkiraan anak bulan dianggap boleh kelihatan sekiranya tidak terlindung oleh keadaan cuaca apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:

• Ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada 2° dan jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 3° atau
• Ketika hilal terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam (selepas ijtimak berlaku)

Menurut Baharuddin (2004) Justeru itu, rukyah dan hisab dalam konteks Malaysia hendaklah ditakrifkan sebagai penggunaan syarat kenampakan anak bulan dalam membuat justifikasi keputusan rukyah. Berdasarkan dalil-dalil daripada Al-Quran, hadith, pendapat para ulama dan hasil kajian tempatan, penentuan awal Ramadhan dan Syawal di malaysia telah dibuat bedasarkan kaedah Rukyah dan Hisab. Hukum yang digubal berdasarkan kaedah jamak, iaitu menggunakan semua dalil Al-Quran, hadith serta pendapat ulama.

Aktiviti melihat anak bulan tetap dipraktikkan. Selaian daripada merupakan sunnah Rasullah saw, melihat anak bulan juga merupakan penyelidikan takwim yang saintifik. Malahan telah sepakat ulama menyatakan bahawa melihat anak bulan pada setiap bulan adalah fardu kifayah (Hasbi 1989).
 
8  Aktiviti Komuniti Astronomi / Pengumuman Aktiviti Pencerapan & Ceramah / Re: Malam Penghayatan Alam Semesta on: August 29, 2008, 11:36:49 AM
Sahabat-sahabat semua.

Saya ingat malam itu hendak test power dengan EQ mount baru sebab CK baru hantar last week, so saya macam kanak2 dapat toy baru lah...teruja bila muzammir beritahu mr Universe akan join...boleh lah tanya banyak benda yang tidak faham. TQ bro...banyak yang dipelajari malam itu walaupun buat cerapan dalam dewan. Dalam hati harap juga mymoon akan singgah.....last-last malam tadi dapat sms dari mymoon yang nampak gambar teleskop kembar (bukan kembar siam) dalam forum falakonline....so mesti banyak perkara yang saya hendak belajar lah dari mymoon, terutamanya dalam astrofotografi. Sekarang tengah cari peruntukan yang tidak dibelanja and jika ada hendak lah beli aksesori yang sesuai (perkara ini yang perlukan penerangan juga cadangan dari sahabat falakonline).

Dalam pada itu memang ck akan beri latihan selanjutnya menggunakan EQ mount itu...jika ada yang berminat boleh join kut...atau kita buat bengkel 1 hari kat Instun dan yang sudi mengajar kita alu-alukan. Peruntukan saya akan cuba cari (jika buat kat instun lah) atau kita buat rombongan ke penang n berkemah kat mini observtory ck sambil jab.mufti pulau pinang boleh come down dgn idea buat sambutan kompang geng falkonline...lagi teruja.....
9  FORUM UMUM / National Eclipse Tracker Team (NETT) - Malaysia / Re: Ekspedisi Shanghai 2009 on: August 18, 2008, 05:32:25 PM
Wah..lagi adventure lak. Saya nak cuba submit lah kertas kerja kepada pihak pengurusan Institut tanah dan Ukur Negara, dan kaedah apa yang patut diuruskan boleh tidak pihak yang reti nyatakan bagi saya buat garis panduan, sebab jabatan kerajaan ni kena buat kertas kerja dulu baru boleh dapat sponser...saya nak headline kan sebagai projek kajian....ada apa-apa cadangan dari sahabat-sahabat falakonline.
10  Pencerapan Samawi / Pengumuman Fenomena Terkini / Re: Partial Lunar Eclipse - awal pagi 17 Ogos 2008 on: August 12, 2008, 05:05:35 PM
Apa yang menarik tarikh berkenaan adalah 15 Syabaan (nisfu syabaan). Semasa di Konvensyen Falak Selangor saya telah diberitahu oleh Ustaz Hanafiah agar bangun pada jam 3.00 pagi hari berkenaan dan sibuk-sibuk kan diri beramal ibadat yang mana termasuk solat sunat gerhana.

Bumi, bulan dan matahari bergerak dalam orbit masing-masing. Bumi mengelilingi matahari sambil membuat putaran atas paksinya. Satu putaran bumi atas paksinya mengambil masa 24 jam. Dalam masa satu tahun, bumi mengelilingi matahari satu pusingan 365.25 hari. Bulan mengelilingi bumi dalam waktu 29.5306 hari.

Bila bulan melintasi bayang-bayang bumi maka akan berlaku gerhana bulan. Gerhana bulan akan hanya berlaku pada masa bulan purnama sahaja. Maka tarikh yang lazimnya berlaku gerhana bulan ahíla pada pertengahan bulan qamari atau hijri, iaitu sekitar 13hb, 14hb atau 15hb.

Hukum Gerhana

1.   Gerhana Bulan akan hanya berlaku pada waktu bulan purnama. Gerhana matahari pula berlaku pada waktu ijtimak bulan, bumi dan matahari. Gerhana tidak berlaku setiap bulan.
2.   Sekurang-kurangnya berlaku dua gerhana matahari setiap tahun (Syamsyiah), tetapi tidak mungkin melebihi lima kali. Bilangan maksimum untuk gerhana matahari adalah 3 dalam satu tahun.
3.   Gerhana sering berlaku berpasangan atau bertiga: matahari-bulan-matahari. Gerhana bulan selalu didahului atau diikuti dengan gerhana matahari, (ada 2 minggu antaranya).
11  Aktiviti Komuniti Astronomi / Pengumuman Aktiviti Pencerapan & Ceramah / Re: Stargazing & Astrophotography session 09Aug2008 on: August 11, 2008, 11:30:56 AM
hai kawan-kawan falakonline,

Sememangnya program berkenaan amat berkesan bagi kami dari Instun (rasa tidak puas pulak), banyak perkara yang kami dapat belajar pada malam itu.

Terima kasih pada mr.William kerana pengkesahan pengalaman cerapan Gerhana Matahari di China dan foto gerhana yang sangat teruja saya tenguk dan jadi satu visi hendak ambil gambar yang hebat dan cantik tu. Apa yang penting dapat tahu serba sdikit tentang keperluan peralatan dan juga teknik yang sesuai sebelum kita hadir ke China tahu 2009 (mungkin falakonline boleh jadi pengurus bagi team yang teringin kesana).

kami juga rasa gembira dapat bersua muka dan bersalaman dengan My Moon, bagi kami mymoon antara mereka yang begitu super aktif akan bidang Astrofotografi. Person yang begitu murah hati untuk berkongsi pengetahuan yang jarang semua orang ada. Bila kita bertanya pasti ada answer yang bernas...syabas tuan.

Terima kasih bos falakonline yang begitu komited curahan ilmunya kerana dapat beri penerangan khusus untuk adik-adik dari UPSI semuga adik-adik upsi yang akan berdepan dengan golongan anak-anak sekolah akan terus menggali ilmu astronomi/falak untuk dicurahkan kepada generasi muda...itu lah mereka anak-anak masa hadapan yang bakal mewarisi ilmu yang ada.

Bagi bro dari angkasa...anjurkan program yang boleh kami join bagi menembahkan pengetahuan kami yang cetek ini, juga bro dari jalan kelang lama mungkin ada perkara yang kita boleh buat kerjasama. bagi geng UIA Fahana dan....(tidak sempat kenal nama lah) semangat awak berdua hebat...also pasangan dari UPM adik nor n couple mungkin ada kajian yang boleh kita kongsi.

dan lain-lain team tahniah. tidak lupa saudara Muzammil yang begitu pro. lah.
12  Aktiviti Komuniti Astronomi / Pengumuman Aktiviti Pencerapan & Ceramah / Re: Stargazing & Astrophotography session 09Aug2008 on: August 07, 2008, 03:33:22 PM
Silap tulis lah Canon 40D (itu pun pinjam lah - sebab teruja dengan astrofotography)
13  Aktiviti Komuniti Astronomi / Pengumuman Aktiviti Pencerapan & Ceramah / Re: Stargazing & Astrophotography session 09Aug2008 on: August 07, 2008, 03:27:57 PM
kawan-kawan,team instun bawan camera je boleh tak...mungkin nak bawa DSLR Nikon D200 dan Canon D40, sebab memang tiada pengalaman dalam astrofotography, juga hendak jumpa kawan-kawan terutama Aziz Mymoon...asyik dengar suara je. Muzamir dah kenal sangat...dengar batuk dan nampak bayang je dah kenal...Shah dengar tapak kaki pun dah cam...tu shah. farhana jumpa masa kat Konvensyen falak selangor. Din Perak dan macam keluraga sendiri...tapi yang tidak tahan tenguk pic buah durian mymoon...ada dusun kut...
14  FORUM UMUM / Rubu' Mujayyab / Re: Scan image Rubu' Mujayyab on: December 24, 2007, 04:40:11 PM
sememangnya walaupun sudah berkursus selama 4 hari (4 hari tidak cukup kena tambah seminggu) saya hanya tahu apa itu Rubu Mujayyab. Lepas balik kursus tidak amalkan...jadi bertambah lah tak retinya. Walaupun hanya ada sedikit ilmu tapi alhamdulilah sedikit telah saya ceritakan kepada yang berkesempatan. Boleh lah anjur kursus untuk ulangkaji...rasanya Ustaz hanafiah dari jabatan Mufti Johor tidak keberatan mengajar.
15  Pencerapan Samawi / Pengalaman mencerap objek cakerawala / Re: Laporan: Cerapan Meteor Shower GEMINIDS di Dataran Falak PROTON CITY on: December 18, 2007, 05:00:58 PM
Ada gambar yang menarik lagi disepanjang malam cerapan meteor shower GEMINIDS di Proton City sila layari fotopages:
Cerapan Meteor Geminids oleh kembara falak di surau proton city

http://mohd-abduh.fotopages.com/?entry=1378238

Pages: [1] 2
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1 RC3 | SMF © 2001-2006, Lewis Media Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 1.732 seconds with 18 queries.