muhmd
Amatur
Offline
Posts: 3
"KeranaNya Segalanya."
|
 |
« on: July 22, 2005, 09:51:11 AM » |
|
Realiti pada hari ini menampakkan falak syarie adalah sebahagian daripada juzu bidang keilmuan falak atau astronomi yang memfokuskan terhadap pembangunan bidang ilmu falak yang berkaitan dengan keperluan ibadah umat Islam sahaja.
Keperluan manusia yang pelbagai dan pegangan kuat mereka terhadap amalan kepercayaan yang berhubung rapat dengan alam sekeliling secara tidak langsung membawa kepada pewujudan bidang ilmu falak buat berkurun lamanya.
Lantaran itu, peredaran masa yang terlalu panjang telah membawa kepada proses evolusi dalam bidang ilmu falak yang mengakibatkan pembahagian bidang ilmu ini lebih meluas lagi.
Proses ini memuncak pada zaman keemasan tamadun ilmu umat Islam yang silam dimana para sarjana ilmuan Islam seperti al-Farazi, al-Tusi, al-Khayyam dan al-Battani telah terdorong untuk mengkaji serta memperkembangkan bidang ilmu falak dengan bersungguh-sungguh kerana faktor keperluan ibadah ummah. Maka, dengan kekuatan mujahadah para ilmuan ini, lahirlah bidang keilmuan yang baru dan lebih spesifik seperti aeronautik, ilmu pelayaran, matematik astronomi dan falak syarie.
Ruang lingkup setiap cabang ilmu ini walaupun pada zahirnya nampak jauh berbeza namun sebenarnya terdapat kesamaan yang meletakkan kesemuanya kedalam satu aliran iaitu perkaitan cabang-cabang tersebut terhadap sistem samawi.
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
mahruz
|
 |
« Reply #1 on: November 12, 2007, 01:45:15 PM » |
|
Dengan sedikit maklumat yang saya susun ini sekurang-kurangnya bila mendongak ke langit nampak awan, bila menaiki kapalterbang melintasi awan kita akan kenal awan-awan itu. Bagi peminat falak pula cuba kupas lagi dari pengkisahan yang diceritakan adakah boleh dengan melihat awan ia sebagai rujukan bagi kita bagi menghadpai fenomena alam, paling kurang kita akan kata awan tebal dan gelap hari akan hujan. Cuba gunakan mata kita dan lihat tentu kita rasa boleh membezakan peringkat-peringkat awan.
Pernahkah anda melihat dan terfikir bagaimana ‘halo’ terjadi ? Awan yang tinggi lagi tipis akan kadangkala memperlihatkan adanya suatu lingkaran cahaya di sekeliling matahari atau bulan. Lingkaran cahaya yang lebih dikenal dengan nama halo ini merupakan hasil pembiasan cahaya matahari/bulan oleh butiran air, sehingga menciptakan suatu lingkaran cahaya. Kadangkala muncul potongan cahaya berwarna pelangi (sundogs) pada lingkaran cahaya di kedua sisi matahari/bulan. Pernahkah anda melihat awan di waktu malam? Cuba lihat awan di waktu malam tentu kita rasa ada sedikit perbezaan bila kita lihat awan di waktu siang atau sama sahaja. LANGIT SEBAGAI CERMIN KEJADIAN DI BUMI
Pada 12 september 2007 jam 9.30pagi saya dapat email dari Ustaz Hanafiah Abd Razak dan meminta saya menyaksikan/memerhati awan di Banjaran Titiwangsa. (INSTUN berkedudukan hampir dengan Banjaran Titiwangsa)
Cuaca pada hari itu agak tidak selesa dan terasa ada tekanan, rupa-rupanya 6 jam selepas itu ( email dan gambar itu adalah pada 12 september 2007 jam 9.30 pagi) 6 jam selepas itu bermakna pukul 5.00 petang belaku gempa bumi di Sumatera.
Pangajaran yang diperolehi sesuatu kejadian di Bumi ini yang akan berlaku serasa ada faktor yang boleh dikesan. Sebarang kejadian yang berlaku, langit sebagai cermin apa kejadian dibumi........teruskan kajian anda.
|
|
|
|
|
Logged
|
Ardu al-Balad (Garis Lintang)
|
|
|
|
mahruz
|
 |
« Reply #2 on: November 12, 2007, 01:56:30 PM » |
|
|
|
|
|
|
Logged
|
Ardu al-Balad (Garis Lintang)
|
|
|
|
CassiniSoldner
|
 |
« Reply #3 on: November 12, 2007, 03:42:35 PM » |
|
tolong ejas sket 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
mahruz
|
 |
« Reply #4 on: November 13, 2007, 08:49:59 AM » |
|
Ustaz Hanafiah dari Jabatan Mufti Johor ada mengirim sedikit kisah tentang awan. SIFAT AWAN MENURUT TOKOH ULAMA’ ISLAM ZAMAN SILAM
Maksud Firman Allah SWT : ( ayat 43 , Surah al Nur ) Adakah tidak engkau perhatikan bahawa Allah SWT yang mengarakan awan , kemudian dialah yang membentuk kepulan – kepulan awan diantara satu kelompok dengan satu kelompok yang lain , kemudian dia juga yang menjadikan awan itu berlapis – lapis setelah berlakunya percantuman kepulan awan . Maka engkau akan melihat pula titisan air hujan yang keluar daripada celahan awan dan turunlah air hujan dari langit seperti turun dari kemuncak gunung yang diselaputi salji .
Al Imam al Jurjani , tokoh ulama’ Islam zaman silam ( 680 Hijrah ) berkata dalam kitabnya ‘ al Mawaqif’ diantara sifat awan ialah sentiasa bergerak dan berarakan . Apabila awan berarak maka awan-awan akan berpecah membentuk kepulan – kepulan kecil yang di namakan ‘ Mua’lif’ . Maka agak sukar membuat kepastian kerana setiap 10 minit awan ‘mua’lif ‘ boleh berubah sifatnya .
Al Imam Abu Mansur , tokoh ulama’ Islam zaman silam ( 850 Hijrah ) berkata dalam kitabnya ‘ Nihayah al Arab’ awan ‘mua’lif apabila berkumpul dan menimpa – nimpa diantara satu – sama lain akan membentuk awan ‘ al Rukam ‘ . Awan ‘ al Rukam ‘ ini apabila turun mendekati permukaan bumi dengan kadar 700 hasta maka akan turunlah hujan dari celahan – celahan awan tersebut . Bagi Negara yang berada berdekatan dengan garisan khatulistiwa maka Awan ‘ al Rukam ‘ ini di kenali sebagai awan pembawa hujan . Bagi Negara yang berada berdekatan dengan garisan Saratan dan garisan Jadi , maka awan ini boleh menurunkan salji .
|
|
|
|
|
Logged
|
Ardu al-Balad (Garis Lintang)
|
|
|
|
DinPerak
|
 |
« Reply #5 on: November 16, 2007, 03:10:26 PM » |
|
waaaaa.... ini sudah boleh kasi ceramah... berapa ratus satu jam ?
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
MUZZAMIR
|
 |
« Reply #6 on: November 16, 2007, 03:16:02 PM » |
|
jangan mahal dah.. nanti tak cukup budget nak beli umpan... good job bro.
|
|
|
|
|
Logged
|
AmiR
|
|
|
|
DinPerak
|
 |
« Reply #7 on: November 16, 2007, 03:32:26 PM » |
|
hemm... bagus jugak tu kalau buat kelas tentang awan.... sbb rasanya ramai yang tak tau tentang awan. kalau tentang bulan dah ada filem... tentang awan belum lagi.
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
mahruz
|
 |
« Reply #8 on: November 19, 2007, 03:13:47 PM » |
|
Dari Berita Harian ruangan dunia tarikh 27 september 2007, saya terbaca berita di bawah lantas teringat akan apa yang Ustaz Tuan Haji Hanafiah Abd.Razak ceritakan kepada saya, semuga penerangan ringkas ini sama-sama kita fikirkan dan teruskan kajian anda (peminat Falak).
Satu pertiga Negara Bangladesh berisiko tenggelam di mana paras air laut telah meningkat kepada satu meter melibatkan 144 juta rakyat Negara Bangladesh bakal hilang tempat tinggal .
Wakil Negara Bangladesh di PBB merayu Negara-negara Maju menghulurkan bantuan sekadar mana yang boleh bagi menangani isu yang benar-benar kritikal di negaranya.
Al-Imam al-Biruni , tokoh ahli falak Islam zaman silam mengupas teori penenggelaman Negara-negara dunia dan kemewahan yang melanda Negara-negara Arab ! ia berasaskan Hadis Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah R.A :
Tidak akan berlakunya Hari Kiamat sehingga harta yang banyak dan melimpah ruah sehingga seorang lelaki yang mengeluarkan zakat hartanya akan tetapi tiada seorangpun yang hendak menerimanya dan sehinggalah bumi Arab subur lagi mewah dan mengalir beberapa batang sungai merentasi padang pasir yang telah berubah wajah.( Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah R.A )
Al-Imam al-Biruni menjelaskan 1100 tahun yang lalu , bahawa air batu di kutub utara akan mencair yang membawa kesan yang amat ketara kepada bumi di mana ada pulau-pulau dan Negara-negara yang tenggelam . Sebaliknya negara- Negara Arab yang kering kontang dan berpadang pasir itu berubah wajah kerana limpahan air akan mewujudkan sungai – sungai yang merentasi gurun. Oleh itu gurun akan berubah wajah daripada daratan yang tandus kepada daratan yang menghijau . Al-Imam al-Biruni menjelaskan lagi kesan anjakan laluan matahari di buruj-buruj akan menjadi detik – detik perubahan ini ! Hari ini kita saksikan sendiri anjakan berlaku kepada darjah kedudukan matahari di buruj , titik awal hamal sudah pun berginjak dalam tempohan 2007 tahun dari detik kelahiran Nabi Isa AS . Kesan hakisan pantai yang amat ketara dalam tempohan 30 tahun telah membuktikan bahawa kenaikan paras air laut ! bukan memikirkan hakisan ombak laut sahaja yang menyebabkan pantai terhakis ? –sahabat-sahabat bolehlah huraikan selanjutnya bagi kita kongsi bersama.
|
|
|
|
|
Logged
|
Ardu al-Balad (Garis Lintang)
|
|
|
|
mahruz
|
 |
« Reply #9 on: November 19, 2007, 03:44:02 PM » |
|
Dalam Ruangan Dunia Berita Harian 22 Oktober 2007. 20 Kota diramal tenggelam - Bangkok, Jakarta antara diancam kenaikan air laut, banjir akibat pemanasan global.
KHUN SAMUT CHIN : Peningkatan paras air laut dan banjir yang mangkin kerap berlaku diramal bakal menyebabkan ibu negara Thailand, bangkok tenggelam pada abad ini, jika tiada usaha dilakukan untuk mengatasinya, kata pakar.
Bangkok adalah antara 13 daripada 20 bandaraya terbesar dunia yang paling menghadapi risiko tenggelam, ketika paras air laut makin meningkat menjelang abad akan datang.....
Fenomena ini juga akan dirasai dibanyak tempat diseluruh dunia dan kita akan melihat lebih jelas di Thailand kata Lisa Schipper, seorang penyelidik pemanasan global dari Amerika......
Bandar lain yang terancam termasuklah Dhaka, Bangladesh; Buenos Aires, Argentina; Rio de Janerio, Brazil; Shanghai dan Tianjin, Cina; Iskandariah dan Kaherah, Mesir; Mumbai dan kolkata, India; jakarta, Indonesia; Tokyo dan osaka-kobe, Jepun; lagos, nageria; karachi, pakistan; New York dan Los Angeles, Amerika..............
|
|
|
|
|
Logged
|
Ardu al-Balad (Garis Lintang)
|
|
|
|