Antara banyak-banyak objek astronomi, nak ambil gambar bulan semasa bulan terang dan secara wide-view bagi saya merupakan satu cabaran jugak. Gambar bulan secara wide-view amat menarik jika kita ambil bersama dengan objek dibumi seperti pokok, bangunan atau lanskap bersama. Jika semata-mata gambar bulan itu sahaja nampak kurang menarik. Bulan merupakan objek yg amat terang berbanding dengan latarbelakang langit atau objek-objek di bumi yg gelap.
Disini datang cabarannya, jika saya guna bukaan aperture yg besar atau shutter speed yg perlahan atau ISO rating yg tinggi, maka objek-objek di bumi nampak cantik tetapi bulan pula yg over-expose terlampau terang! Dan sebaliknya jika saya guna bukaan aperture yg kecil atau shutter speed yg cepat atau ISO yang rendah, bulan nampak cantik tetapi objek-objek di bumi pula yang terlampau malap!
Contoh saya ambil gambar di bawah: (klik pada gambar untuk resolusi besar)
Gambar dibawah saya guna shutter speed paling cepat 1/60 saat dan ISO paling rendah 50. Nampak bulan dan bentuknya dan contrast, tetapi gambar bangunan disebelah terus hilang (malap)

Gambar ini pula saya guna shutter speed biasa 1/8 saat dan ISO paling rendah 50. Bangunan nampak cantik tetapi bulan pula over-expose terlampu terang!

Malangnya kamera saya tidak boleh adjust aperture, hanya boleh ubah shutter-speed dan ISO rating sahaja. Mungkin kamera high-end seperti DSLR yg mana boleh kawal hampir semua konfigurasi secara manual, boleh kita try pelbagai konfigurasi untuk dapatkan konfigurasi yg baik.

Jika kita ambil gambar bulan secara zoom, itu tak jadi masalah kerana objek yg diambil hanya bulan, jadi kita boleh buat konfigurasi pada kamera untuk sesuaikan dengan objek bulan tersebut. Tetapi apabila kita nak gabungkan objek bumi dengan bulan itu yg jadi cabaran.

Dengan bantuan perisian grafik seperti Adobe Photoshop, macam-macam boleh kita buat hanya imiginasi kita jadi sandaran. 2 gambar diatas saya gabungkan, patching tool, layer masking, hue adjustment . . . walla!
