Saya baru sahaja beli teleskop reflektor buatan jepun (tiada jenama) dari
www.lelong.com.my (tujuan untuk bagi anak2 saya guna mengelakkan dari kacau saya

)
Pada mulanya saya ingatkan telescope ni macam toy scope (dah pernah terkena sekali dulu) yang banyak dijual dekat lelong dan ebay tapi sekali dah dapat tengok buatannya agak baik dengan EQ mount yg boleh tahan laa dan tripod buatan dari kayu yg agak stabil. Kondisi cermin nya baik dengan focal length f/8. Yg kurang menariknya ialah focuser dan eyepiece bersaiz 0.965

Masa mula dapat collimation memang berterabur, tetapi proses collimation mudah dan tepat. Sekali proses jer, buat star test terus dead on! Kemudian slew pergi tengok Jupiter, cantik dan ada nampak hint2 Great Red Spot pada permukaaannya. Seterusnya slew pergi ke Bulan, blinding dengan cahaya tetapi ada nampak false colour pada tepi (edge). Eh eh macam refractor pulak?? Saya ambil gambar bulan guna kamera dengan cara hand-held eyepiece projection. Memang jelas nampak false colour nya.

Walaupun dah set shutter speed paling laju dengan set EV -3 lagi dan ISO 50, untuk mengelakkan imej terlampau terang, tetapi masih lagi nampak false colour berwarna ke-ungu-an pada tepi (edge).
Otai2 semua, ada apa-apa pendapat?