Daripada rekabentuk yang kita lihat dalam gambar tu, kita dapati bahagian Optical Tube Assembly (OTA) , iaitu bhg tiub besar yang selalunya membentuk badan teleskop, telah digantikan dengan "truss-tube" atau gabungan besi-besi atau pvc keras berdiameter kecil. yang membentuk rangka menggantikan OTA.
Kelebihan design sebegini ialah, teleskop ini tidak mengambil ruang yang banyak jika kita membawanya dalam kenderaan. Justeru, ia menjadi lebih "portable".
Ia juga adalah lebih ringan apabila kita berjaya meminima kan penggunaan bahan-bahan kayu.
Bagi ahli amatur luar negara, rekabentuk ini sudah menjadi lumrah. Cuma di Malaysia sahaja, konsep ini masih baru.
