Falak-Online Komuniti
December 04, 2008, 09:28:27 AM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
 
   Home   Help Search Calendar Login Register  
Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Rukyah atau Imkanurukyah  (Read 800 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
sr_sahs
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 4


View Profile Email
« on: August 30, 2008, 08:54:28 PM »

Salam.
Sekadar meminta padangan daripada semua berkenaan dengan Rukyah atau Imkanurukkah bagi penentuan Awal bulan islam. Banyak pandagan dan penulisan lama mengatakan Rukyah adalah cara yang diamalkan oleh para ahli sunnah waljamah.saya ada baca artikel didalam warta kerajaan negeri johor( tahun tak ingat tapi yag lama). Hanya mereka yang menggunakan rukyah dalam penentuan awal bulan islam adalah mengikut ahli sunnah waljamaah.
sekian
Logged
salleh_y
Pendekar Bulan
**
Offline Offline

Posts: 17

m_salleh_y
View Profile WWW
« Reply #1 on: September 09, 2008, 10:28:02 AM »

boleh cuba tgk islam-online mengenai permasalahan ini...bleh tgk area fatwa.. smiley
Logged

Falak 4 Human Being!
Jom Teropong : )

Smiley   Smiley
Hafizfirdaus
al-ahkamian
DinPerak
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 170


falakperak
View Profile WWW Email
« Reply #2 on: September 19, 2008, 08:54:24 AM »

Salam.
Sekadar meminta padangan daripada semua berkenaan dengan Rukyah atau Imkanurukkah bagi penentuan Awal bulan islam. Banyak pandagan dan penulisan lama mengatakan Rukyah adalah cara yang diamalkan oleh para ahli sunnah waljamah.saya ada baca artikel didalam warta kerajaan negeri johor( tahun tak ingat tapi yag lama). Hanya mereka yang menggunakan rukyah dalam penentuan awal bulan islam adalah mengikut ahli sunnah waljamaah.
sekian

Secara amnya yang kita tahu Rukyah = Lihat/Nampak manakala Imkanurrukyah = Kebolehnampakan/Kebolehlihatan.
Kaedah rukyah tetap sama, cuma pendekatan di Malaysia adalah hisab dan rukyah. Apabila dinamakan hisab dan rukyah, maka hisab atau pengiraan telah dilakukan dengan lebih awal bagi menjangkakan kewujudan atau kebolehnampakan hilal pada sesuatu tarikh. Dan aktiviti rukyah adalah perlu bagi memastikan sama ada hilal kelihatan atau tidak berdasarkan hisab yang telah dilakukan.

WaAllahua'lam
Logged

Biar berjuta dugaan... Hidup mesti TERUSS..
Album Falakperak
DinPerak Fotopages
mahruz
Pendekar Bulan
**
Offline Offline

Posts: 28


mahruz


View Profile WWW Email
« Reply #3 on: September 22, 2008, 04:46:40 PM »

Kenapa Kajian Hilal ini dilaksanakan?

Persidangan Hilal Negara-negara Islam di Istanbul pada tahun 1978 telah memberi impak yang positif dalam penggunaan kaedah-kaedah saintifik sebagai asas penentuan awal bulan di Malaysia. Syarat kenampakan anak bulan ini atau dikenali dengan Resolusi Istanbul (1978) telah menjadi asas pembaikan takwim hijri yang menggunakan jangkaan kenampakan anak bulan atau imkanur rukyah. Persidangan kedua Akademik Fekah Islam Sedunia di Jeddah pada tahun 1986 telah membuat ketetapan yang hampir sama, iaitu permulaan bulan hijri hendaklah berdasarkan rukyah dan hasil pengiraan astronomi yang menunjukkan anak bulan berada di atas ufuk dan boleh kelihatan.

Bermula tahun 1993, Negara-negara anggota MABIMS (Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura) bersepakat menerima-pakai kriteria Imkanur-Rukyah bagi menentukan awal Ramadhan dan awal Syawal, di mana sebelum matahari terbenam ijtimak (apabila bulan, bumi dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama) telah berlaku pada 29hb Qamariah dan melalui perkiraan anak bulan dianggap boleh kelihatan sekiranya tidak terlindung oleh keadaan cuaca apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:

• Ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada 2° dan jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 3° atau
• Ketika hilal terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam (selepas ijtimak berlaku)

Menurut Baharuddin (2004) Justeru itu, rukyah dan hisab dalam konteks Malaysia hendaklah ditakrifkan sebagai penggunaan syarat kenampakan anak bulan dalam membuat justifikasi keputusan rukyah. Berdasarkan dalil-dalil daripada Al-Quran, hadith, pendapat para ulama dan hasil kajian tempatan, penentuan awal Ramadhan dan Syawal di malaysia telah dibuat bedasarkan kaedah Rukyah dan Hisab. Hukum yang digubal berdasarkan kaedah jamak, iaitu menggunakan semua dalil Al-Quran, hadith serta pendapat ulama.

Aktiviti melihat anak bulan tetap dipraktikkan. Selaian daripada merupakan sunnah Rasullah saw, melihat anak bulan juga merupakan penyelidikan takwim yang saintifik. Malahan telah sepakat ulama menyatakan bahawa melihat anak bulan pada setiap bulan adalah fardu kifayah (Hasbi 1989).
 
Logged

Ardu al-Balad (Garis Lintang)
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1 RC3 | SMF © 2001-2006, Lewis Media Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.213 seconds with 20 queries.